Masalah memilih bakal pasangan hidup,
perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan
masing-masing. Untuk seseorang wanita memilih lelaki yang bersesuaian
dengan mereka adalah merupakan satu proses yang sukar. Ia amat berbeza
dengan pemilihan lelaki yang lebih mengutamakan kecantikan fizikal.
Faktor ini lebih merumitkan jika ianya melibatkan mengenai soal pemilihan pasangan hidup. Jadi, apakah tanda-tanda teman lelaki anda tidak sesuai untuk anda jadikan pasangan hidup?
1.
Dia selalu lewat ketika ingin berjumpa dan kadangkala tidak muncul
langsung. Dia selalu memberi janji manis dan mengharapkan anda percaya
sedangkan dia tidak pernah tunaikan janjinya. Jangan lihat apa yang
lelaki tersebut kata sebaliknya lihat apa yang lelaki tersebut lakukan
untuk anda.
2. Anda tidak gembira apabila bersama dengannya kerana dia tidak tahu bagaimana hendak melayan anda dengan baik.
3. Dia selalu bercerita mengenai perempuan lain di hadapan anda tanpa mengambil kira apa yang anda rasa.
4.
Dia selalu bermain sms ketika bersama dengan anda. Apabila anda tanya
dengan siapa dia bersms, dia akan kata kawan atau urusan tertentu.
Ingat, lelaki ini licik. Lagipun, dia lebih rela melayan sms dari
melayan anda yang berada di hadapannya. Jadi, siapa yang lebih penting
sekarang?
5.
Anda telah selalu keluar bersama tetapi anda tidak tahu perkara
peribadi mengenai dia. Antaranya anda tidak tahu impian dia atau dia
selalu menyembunyikan perkara tertentu dari anda.
6. Dia selalu terlepas perkara penting seperti hari jadi anda atau appointment penting.
7.
Dia selalu cemburu akan tindakan anda tetapi apabila anda ajak
berkahwin, dia akan berikan 1001 alasan. Selain itu, dia juga selalu
elakkan diri dari bersembang hal perkahwinan.
Perbalahan mungkin berlaku disebabkan petanda-petanda yang ditunjukkan. Tidak kira sebesar mana perbalahan yang berlaku. Pasangan anda harus bersikap terbuka untuk meminta maaf dan tidak melakukan perkara yang sama. Jika perkara ini berterusan dan pasangan anda tidak juga berubah, perpisahan adalah jalan terbaik.
12 sweet comments:
nice tips solehah..!
kadang-kala mungkin kita rasa pasanngan itu adalah yang sesuai buat kita, tapi dimata org lain, mungkin tidak..
sebab itu pentingnya istiqorah..dan restu kedua org tua.. :)
alhamdulillah. setakat ni belum ada lg tanda2 tu. :)
err.. ok. ;)
salam..baru sempat BW.tips terbaikkk
hati2 ye dear dlm memilih pasangan hidop.. yg terlalu mengongkong pun x elok jugak.. just nasihat sesama rakan blogger.. x slh kami suarakan pndpt..utk kebahagiaan solehah jugak..ye dear... :)
hahahahahah....thanks share tips nie..ehehehe
nice tips
tak sangka ada tips
stuju2...:)
org laki yg mcm ni mmg taknak komitmen. :)
kalu tak gembira dengan die mcm ne kalu dah kawin nanti kan..huhuuu
Alhamdulillah. My hubby mmg xda ciri2 tu sejak dulu lg..
Post a Comment