KENING KANAN
Sekiranya kamu mempunyai tahi lalat pada kening sebelah kanan, kamu dikatakan seorang yang mempunyai akal yang cerdik dan cekap melakukan setiap tugas yang diberikan. Maksudnya kamu mampu memikul segala tanggungjawab yang diamanahkan ke atas kamu.
KENING KIRI
ANTARA DUA KENING
Kamu dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Selain itu, kamu juga selalu berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan. Kebanyakannya mempunyai kerjaya yang mantap dalam masa yang singkat.
Kamu dikatakan mempunyai sikap baik hati dan disenangi orang lain. Tidak hairanlah kamu mempunyai ramai teman tidak mengira status, jantina dan kedudukan.
Ini menunjukkan kamu mempunyai ramai teman. Mungkin kerana kamu seorang yang peramah dan tak sombong. Kamu juga tak kisah berkawan dengan sesiapa sahaja asalkan ikhlas.
Kamu sentiasa menjadi pujaan ramai peminat dari jantina yang berlawanan. Tidak hairanlah jika kamu mudah mendapat pengganti walaupun baru sahaja putus cinta.
Tahi lalat di bahagian ini menunjukkan kamu ini cukup bernasib baik dan murah rezeki. Kebanyakan mereka ini mampu hidup senang-lenang.Bertuahnya badan!
Tahi lalat di bahagian ini dikatakan lebih bertuah. Kamu lebih mudah memperolehi kekayaan dalam hidup dan dicintai sepenuh hati oleh yang tersayang. Kamu juga dikatakan hanya melalui satu perkahwinan sahaja seumur hidup.
Kamu seorang yang petah berbicara. Mempunyai banyak rezeki dan pandai.
Kamu dikatakan mempunyai ramai kawan kerana sikap baik hati dan suka menolong orang.
Kamu seorang yang disegani oleh ramai orang. Mungkin kerana sikap peribadi kamu sendiri membuatkan orang suka kepada kamu. Selain itu, ia juga turut membuatkanwajah kamu manis dan sedap mata memandang.
Kedudukan tahi lalat ini menunjukkan kamu seorang yang pandai berbicara. Setiap kali bercakap orang akan rasa kagum terhadap kamu. Jadi tak hairanlah kamu mampu menjadi penceramah/pemidato yang baik. Pekerjaan yang sesuai dengan kamu ialah pekerjaan yang memerlukan kamu berkomunikasi dengan orang lain secara langsung. Kamu juga seorang yang tidak mudah mengaku kalah.
Kamu jenis yang tak mudah menyerah kalah dan akan mencuba sedaya-upaya. Mereka ini mempunyai semangat juang yang tinggi. Walau bagaimanapun, mereka perlu bekerja keras untuk hidup senang.
Awas! Kamu dikatakan seorang yang suka berfoya-foya dan bersosial. Personaliti kamu yang menarik membuatkan diri kamu mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.
Kamu dikatakan mempunyai sifat mulia sehingga membuatkan ramai orang menyukai kamu. Kamu jujur dan baik hati dengan semua orang. Namun begitu, akan ada orang mengambil kesempatan di atas kebaikan kamu.
Ia menandakan kamu ini seorang yang bijaksana dan mempunyai jiwa yang suci daripada hasad dengki dan cemburu.
p/s : Eh, rupa-rupanya tahi lalat di muka pun ada maksudnya. Saya cuma ada tahi lalat di kening kanan. Korang pula ada tahi lalat di mana? :)
29 sweet comments:
yayyy.. ada bawah dagu kiri. ;)
arggghhhh.....mujur xder tahi lalat kat muka
CiM ada byk kat kaki. Org tu2 kata kuat berjalan. Ngeeeeeeee....
saya x ada tahi lalat.
lalat dtg je x sempat nk membuang....saya dah halau siap2 heheee
Bunda pulak atas mata kanan...:)
Kat hidung ada gak... hehe
hihihi
ada kat pp kiri..eh btul ke ai ramah..jom jumpa tgk Solehah..ramah x ai?hahaha
hihihi akak kat tepi kening...
muka kina xde tahi lalat asenye...tahlah x [pasti..huhu
sis byk jugak taik lalat kat muka..hihi.. kat kening kiri tp di dok jauh sikit, pipi kanan, batang hidung, bibir atas kiri & dagu bawah kiri. =)
dya pipi kiri..hehehhe
Nur dekat Bibir atas kanan...
kalau kat muka saya ada kat kening kanan n kiri je. hehehe
ada juga
akak ada taik lalat 1 jer kat dagu bawah kiri=)
oh,gitu.. kita pun ada tahi lalat =P
pipi kanan
Sy.ad tahi lalat kat bwah bibir kanan :).
Sy.ad tahi lalat kat bwah bibir kanan :).
Sy.ad.tahi lalat dkat. Bwh. Bibir kanan:).
Saya ade byk tahi lalat kt muka, pipi kiri dan kanan,antara kening, ats kening kanan dan bwh dagu..huhu
Ade 10 tahi lalat kt muka..tatau la dri keturunan mne nie..hahah
Ade 10 tahi lalat kt muka saja..tatau la dri kturunan mana nie..hehehe
Suka2 baca pasal tahi lalat..info yg menarik :-)..bila tilik2 banyak tahi lalat kat muka..pipi kanan ada..pipi kiri ada..bwh bibir kanan ada..bawah mata ada..dekat dahi sebelah kanan ada...x blh nk ingay semua ciri2 walaupun pada diri sendiri..hihihi
Info yg sangat menarik...tahi lalat yg banyak dimuka..pipi kanan & kiri..bwh bibir kanan..bwh mata kanan..dahi sebelah kanan...hihihi ;-)
Kening kiri ,dahi kiri,bawah mata kanan ade 2,btang hidung,dagu kiri..haha..bnyakk kann :P
Dahi kiri, kening kiri , btang hidung , bwah mata kanan ade 2, bibir bwah kiri , dagu kiri..hahaha..banyak kann :P
Kening kiri ,dahi kiri,bawah mata kanan ade 2,btang hidung,dagu kiri..haha..bnyakk kann :P
Byk Sgt Kat muka ni..tahi lalat..sume ade
Post a Comment