Lazada Malaysia

Sunday, December 16, 2012

Home » Kecomelan Tan & Tam

Kecomelan Tan & Tam

Rasanya sudah 3 hari saya tak update blog. Siapa rindu saya, tolong layan entri ni ye.heee :) Sebenarnya sekarang saya sibuk mengemas rumah kerana ada pembinaan dalam rumah. Nak buat bilik adik saya yang kecik sekali. Tapi saya sedaya-upaya untuk update entry hari ni. Okay kali ni saya nak bercerita mengenai kucing peliharaan kami sekeluarga. Dah lama agaknya saya tak bercerita pasal diorang kan... :)


Korang masih ingat si ibu kucing ni? Ni lah satu-satunya si ibu kucing yang masih kami ada. Namanya Tan. Asal-usul nama rasanya disebabkan senang nak disebut, sebab tu mama saya gelarkan dia sebagai Tan. Sebelum ni Tan merupakan yang kedua dari 3 adik-beradik. Yang lagi dua ekor ialah Tin (sudah mati) dan Tun (hilang entah kemana).


Ni video Tan bersama anaknya, Tam. Tam (anak kucing jantan). Walaupun Tam ni anak Tan, tapi dia lagi besar dari ibunya. Maklumlah, kuat makan :)


Tan, si ibu yang comel + cantik.


Tam, si anak yang gagah + hensem.

p/s : Maaf video kurang jelas, rakam guna kamera hp biasa saje ni. Sejujurnya, sejak-sejak ni saya malas nak update entry. Esok sampai hari ahad depan saya balik kampung atok pulak. Alahai, maknanya tak berupdate lah lagi nanti. Maaf semua.