Lazada Malaysia
Showing posts with label Alexa. Show all posts
Showing posts with label Alexa. Show all posts

Saturday, September 15, 2012

Tutorial : Memasang Widget Alexa Rank

Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh laman web Alexa berdasarkan jumlah trafik ataupun pengunjung pada sesebuah laman. Alexa Rank pada sesebuah laman akan selalu berubah kerana ianya akan dikira berdasarkan analisis jumlah trafik atau pengunjung setiap hari.

Terdapat dua ranking yang berbeza iaitu Ranking Global (Global Rank) dan juga ranking pada Ranking Dalam Malaysia (Rank in MY). Kita boleh mengetahui ranking Alexa kita melalui laman web Alexa itu sendiri.

Atau dalam erti kata yang lebih senang difahami – Lebih rendah angka Alexa Rank kita, lebih popular blog kita. Tidak semestinya Global Rank akan sama turun jika Rank MY turun.

CARA MUDAH MEMASANG WIDGET ALEXA RANK

Cara Pertama : Memasang widget alexa pada blog anda.

Cara Pemasangan :

1. Buka "SINI" dan klik "Create an Account".

2. Selepas siap mendaftar, masuk semula ke akaun Alexa.

3. Masuk "SINI".

4. Pada bahagian "Free plan", klik "Sign up".

5. Masukkan link blog ke dalam kotak "Website URL".

6. Pilih "Option 2". Di dalam "Option 2" akan ada kod. Copy semua kod tu. Bukak dashboard blog korang di new tab dan paste kod tadi di bahagian "Layout" blog. Kemudian "Save".

7. Pada bahagian kod Alexa yang korang copy tadi, klik perkataan "Verify my ID".

8. Siap! 

Cara Kedua : Menginstal alexa toolbar pada browser anda.

Cara Pemasangan :

1. Pada halaman alexa.com, klik "Toolbar".

2. Jika menggunakan browser Firefox, maka halaman yang tampil adalah seperti ini.


3. Klik "Get Sparky" lalu ikuti petunjuknya untuk menginstal alexa toolbar.

4. Jika anda menggunakan browser Internet Explorer, maka halaman yang muncul adalah seperti ini.


5. Klik "Install Now" untuk menginstal alexa toolbar pada browser anda.

6. Jika sudah restart browser anda lalu lihat hasilnya.

Selamat Mencuba.

Tuesday, June 12, 2012

Alexa Rank Kini Bawah 1 Juta Setelah 6 Bulan Berblogging. Terima Kasih Alexa!

Assalamualaikum.

Apa khabar pembaca semua harini? Harap semuanya sihat-sihat belaka. Pada hari yang indah ini, saya ingin berkongsikan sesuatu mengenai Alexa Rank ni. Sebenarnya saya masih lagi tak berapa nak paham mengenai Alexa ni. Maksudnya bagaimana Alexa rank ini dikira. Tapi yang penting semakin kukuh trafik kita, semakin hebat Alexa rank kita, gitu kan? Sebagai contoh dalam ENTRY INI.

Tetapi blog yang otai-otai tu, memang hebatla rank mereka. Kadang-kadang saya jadi cemburu bila tengok rank mereka sebab saya ni memang suka tengok Alexa rank blog orang. Nak tau sebab apa saya suka tengok alexa rank blog seseorang? Mestilah sebab saya nak tengok tahap rank blog tu, jika rank blog tu semakin hari makin hebat itu bermaksud blog tu selalu update entry. Jadi ini akan menarik minat saya untuk selalu masuk ke blog dia. Tak ada la blog tu jadi suam-suam kuku saje kan.hehe


Usaha demi usaha akhirnya alexa rank blog saya kini sudah bawah 1 juta. Sebenarnya saya tak percaya bila tengok, tapi check punya check memang betul rank blog ni sudah bawah sejuta. Terima kasih kepada semua yang selalu singgah ke sini. Tanpa kalian, sunyi-sepilah blog saya ni. Blog ni mula dibuat pada 1 Januari 2012, maksudnya tahun ni la saya mula berblogging dan sehingga sekarang memang saya tak nafikan memang susah untuk saya menarik perhatian orang lain masuk ke blog sendiri. Dengan segala keramahan diberikan disertai dengan ketabahan, saya yakin yang saya mampu berjaya seperti orang lain. Pabila tengok orang lain boleh berjaya, semestinya kita pun boleh berjaya seperti beliau. Sekali lagi saya nak ucapkan terima kasih pada semua pembaca setia saya. Tanpa kalian, tiadalah blog ni juga. Saya tak pentingkan bilangan follower, yang penting orang suka masuk sini dan menjadi pembaca tetap. Jika tiada pembaca, tak da guna juga kan. Jika kita beri satu kebaikan kepada orang lain, kemungkinan kita akan dapat lebih banyak kebaikan dari orang lain. Semoga kita terus maju di masa hadapan.

p/s : Saya masih tak sempat lagi nak balas kunjungan korang ke sini. Nanti bila saya betul-betul free, saya akan balas kembali ye. Sebelum saya terlupa, korang jenguk-jenguklah bloglist kat sidebar tepi blog ni. Mana la tau dapat menambahkan kenalan korang semua.hehe