Assalamualaikum.
Sebenarnya dah lama saya nak ajar kawan-kawan untuk mendapatkan semula fail microsoft yang hilang. Microsoft yang saya maksudkan di sini adalah untuk semua fail microsoft samada word atau powerpoint atau excel. Cara-caranya mudah sesangat. Oleh kerana ramai kawan-kawan tanya camna saya selamatkan fail-fail penting diorang sebelum ni, maka lebih baik saya ajar terus di sini. Ilmu untuk dikongsi, jadi apa kata korang cuba sendiri nanti.
1. Mula-mula korang mestilah ada microsoft word / powerpoint / excel. Kalau tak, camna korang nak buka fail. Tak gitu?
2. Buka blank document seperti gambar di bawah.
3. Kemudian klik perkataan "File" dan korang akan dapat setting seperti di bawah. Saya guna Microsoft Office 360 ProPlus, sebab tu setting Microsoft saya berbeza. Tapi bukan bermakna saya nak korang dapat setting yang sama macam Microsoft yang saya guna ni, cuma setiap setting Microsoft mesti ada setting "Options" seperti gambar di bawah ini. Apa lagi, klik lah situ.
4. Selepas buka setting "Options", korang akan dapati banyak lagi setting seperti gambar di bawah. Jadi, klik pada setting "Save" pula. Di bahagian "Save AutoRecovery information every ... minutes" itu, apa kata korang ubah jadi 1 minutes. Bukan apa, sebagai keselamatan fail korang juga. Okay bila dah ubah, di bahagian setting "AutoRecover file location" di sinilah tempat di mana fail recovery korang terletak.
Setiap orang berbeza-beza auto recover file location, jadi bukan bermakna satu tempat saje tau untuk auto recovery. Apa kata korang ubah fail auto recover location tu. Bukan apa, nanti senang sikit korang nak cari. Jangan jadi macam saya. Suka ubah-ubah, akhirnya susah nak cari. Okaylah itu saje saya nak share. Kepada sesiapa yang tak paham nanti, silalah pm Facebook saya ye. Maklumlah saya dah jarang update blog. Sekian.
2 sweet comments:
Sgt bermanfaat tips yg u bagi.
hihii..firstime g blog sni...da folow pon..
jemput singgah blog sy :) http://www.yayacendana.com
Post a Comment