Assalamualaikum.
Perhatian kepada semua ahli Group Segar Follower (GSF) sekalian, Big Boss kita iaitu Mama Arina dengan berbesar hati menyuarakan pendapat sekali lagi pada kita semua untuk menganjurkan GSF Gathering buat kali kedua. Kali pertama dulu kita mengadakannya di Melaka dan pada kali ini Big Boss mencadangkan kita buat gathering lagi bertempat di Langkawi, Kedah.
Gathering kedua ini bakal berlangsung pada 25 hingga 28 Disember 2014 (Khamis-Ahad) iaitu 4 hari 3 malam. Kepada ahli GSF yang nak join, sila lapor diri pada Big Boss kita Mama Arina Craft pada hari Sabtu ini. Kepada sesiapa yang masih belum dapat membuat keputusan, boleh lapor diri pada Mama Arina Craft selewatnya pada hari Isnin depan. Kepada ahli GSF yang join gathering ini di Langkawi, wajib tempah baju khas gathering kita. Kepada ahli GSF yang tidak dapat join gathering ini, boleh juga tempah baju ini. Sesiapa yang nak tempah baju boleh bagitau pada Kinara Kinatara.
Mengenai penempatan untuk bermalam pula, saya ada mencadangkan Mama Arina Craft untuk bermalam di The Cabin, Langkawi. Mama Arina ada beri cadangan juga kita bermalam 3 hari 2 malam di The Cabin, Langkawi dan 1 hari 1 malam terakhir gathering bermalam di The Gemalai Village, Langkawi.
Mengenai pemilihan saya di The Cabin, Langkawi kerana harga sebilik untuk 1 malam ialah RM169+breakfast, 10 minit dari lapangan terbang, 40 minit dari jeti Kuah, berdekatan dengan Underwater World, 2 minit dari Pantai Cenang, Langkawi dan berdekatan dengan tempat membeli-belah dan kedai makan. Saya juga memilih The Cabin ini kerana ingin mengurangkan penggunaan transport dan juga melihat pada kriteria penempatan yang Big Boss cadangkan. Mengenai The Gemalai Village pula kita hanya tempah 2 bilik sahaja iaitu bilik untuk lelaki dan bilik untuk perempuan.
Apa pendapat ahli GSF semua, korang setuju pada cadangan ini ataupun ada cadangan lain? Jika ada sesiapa yang ingin beri cadangan selain ini, sila contact Big Boss kita ataupun chat sahaja di Facebook Coversation Group kita.
Kepada para readers yang baca entri saya ini, saya juga ingin bertanyakan kepada kalian. Chalet/resort/hotel/motel ataupun penginapan mana lagi yang berbaloi dari semua ini? Mohon beri cadangan kepada kami dengan hanya komen entri saya ini. Terima kasih.
2 sweet comments:
GSF???? ena bukan ahli rasanya.. heheh ena doakan semua nya berjalan dengan lancar
akak setujuuu. haha.. tetibe.. :p in shaa Allah akak join kalo xde aral..
Post a Comment