Lazada Malaysia

Monday, August 4, 2014

Home » Seminggu Berhari Raya, Seminggu Juga Blog Menyepi

Seminggu Berhari Raya, Seminggu Juga Blog Menyepi

Assalamualaikum.

Wah, rupanya dah seminggu hari raya Aidilfitri berlalu. Dan seminggu juga blog saya ini menyepi. Bukan sebab malas nak update, tapi tiada masa mahu update. Setiap hari ada saje tetamu yang datang ke rumah sehingga ke hari ini. Berharap tunggu di rumah dan sambut tetamu, manalah tahu ada orang datang untuk meminang ke tetapi harapan itu sekadar mimpi. Heee... okay, inilah ceritera saya di Aidilfitri buat seminggu yang lepas.

Raya Pertama

Punyalah semangat saya seterika baju raya saya dan famili di hari raya pertama supaya dapat beraya dengan saudara-mara di kampung opah (belah abah), rupanya tiada seorang pun balik ke kampung opah. Jadi kami hanya beraya dengan anak-anak makngah yang tinggal berdekatan kampung opah sajelah. Walaupun raya pertama agak hambar, tetapi kami tetap gembira sebab hari raya pertama juga kami balik ke kampung atok (belah mak). Rindu makngah dan maklong sebab sudah sebulan tak balik ke sana. Seminggu sebelum raya, makngah sudah telefon kami bertanyakan bila nak balik raya. Katanya rindu. Sesampainya di kampung atok, keadaannya sama juga. Keluarga makteh dan paksu tak balik juga, jadi agak sunyi juga ketika tu. Cuma keluarga pakngah dan kami saje yang ada. Tidak mengapalah, yang penting saya dapat lepaskan rindu dengan sepupu saya, kak Huda. Rindu betul kat dia. Dia ini blogger baru juga tau. Baru buat blog, klik SINI untuk tengok blog dia.

Raya Kedua

Di awal pagi lagi maklong sudah menyuruh abah untuk sembelih ayam. Walaupun saya pernah sembelih ayam, tetapi jangan haraplah untuk saya buat lagi. Saya pernah belajar sembelih ayam ketika di sekolah menengah dulu. Itulah kali pertama dan terakhir untuk saya sembelih ayam kerana saya menggigil selepas tengok darah menitis selepas ayam disembelih. Nasiblah ayam tu sah dimakan. Kalau tak, sia-sia sajelah saya sembelih.

Inilah ayam yang abah sembelih tu setelah saya siap togelkan bulunya. Aww, melentik pula saya tengok ayam ni. Heee...


Adegan selepas sembelih ayam di hari raya kedua.

"Tengok ni, lentik tak I?", kata si ayam jagau.

Selepas saya selesai cabut bulu ayam ini, saya 'posing'kan ayam ini. Makngah geli hati bila tengok saya buat camni. Ayam ni dah jadi arwah, dah jadi rendang ayam.

Pada waktu tengaharinya pula, kami sekeluarga ke Pinang Tunggal. Kami ke sana bukan untuk jalan-jalan tetapi untuk melawat mak saudara kami di sana. Dan yang paling penting dapat jumpa sepupu saya. Punyalah lama kami tak jumpa, sampai di sana macam-macam kami sembang. Selalu sembang di Facebook sajelah sebab masing-masing jauh dan sibuk. Di hari raya inilah kami dapat meluangkan masa.

Raya Ketiga & Raya Keempat

Di hari raya ketiga dan keempat, keluarga sepupu saya (anak sulong makteh) balik ke kampung dan masa ni memang best. Saya dan adik bongsu melayan karenah anak-anak sepupu kami pada hari ini. Yang tak tahan tu, siap minta saya snap gambar mereka. Jadi layankan sajelah.

Pada hari inilah saya sibuk melayan anak sepupu sampaikan saya nak online pun asyik terbantut saje. Line wifi sentiasa nazak dan anak-anak sepupu pula asyik guna hp saya untuk main game dan tengok Youtube. Jadi maklong yang ini jugalah kena beralah dengan mereka.

Yang paling best, dapat mandikan dan bagi makan pada mereka. Seharian jugalah saya ni jadi ibu tumpang mereka bertiga ni. Beruntungnya korang dapat maklong yang suka budak-budak ni ye. Dan bertuahnya saya dapat anak-anak sepupu yang manja ni.









Habis segala bakul kain jadi mainan mereka bertiga ni. Dan hp yang anak sepupu saya pegang itulah hp saya. Seharian jadi harta mereka. Tapi bila ada orang telefon dan mesej saya, mereka akan bagi hp saya ini. Jadi privacy sentiasa terjaga. Maklong sayang korang bertiga. Muaahhh...


Sebelum mereka balik ke Melaka, saya buat muka sedih sebab mereka dah nak balik. Yang paling sweet, mereka pujuk saya sambil usap kepala saya "Maklong janganlah sedih. Nanti kaklong, kakngah n Rumaisha akan datang sini lagi. Nanti kita main sama-sama ye". Rasa nak menangis lagi adalah masa mereka pujuk tu. Alahai, tiba-tiba mood rindu datang pula ni...

Raya Kelima

Jika tak singgah ke Ban Pecah, memang bukan orang kampung kami ye. Untuk ke sini, dalam masa 1 minit pun boleh sampai. Punyalah dekat Ban Pecah ini dengan kampung atok. Jadi kepada sesiapa yang tak tahu kampung atok saya ini, bolehlah jadikan Ban Pecah ini sebagai rujukan. Menghadap laut dengan angin yang kuat begini, memang saya suka.


Adik-adik sibuk mengutip kulit siput sampai tak sedar saya snap gambar diorang.haha



Subhanallah, cantiknya laut ini. Sungguh tenang suasana ketika ini.

Ini sajelah coretan saya buat kali ini. Selepas ini, saya nak sambung beraya di rumah jiran pula. Mood raya tak habis lagi. Raya kan seminggu. Heee... :)

1 sweet comments:

Syira Lokman said...

selamat malam..mata mengantuk -_- tp sempat blogwalking ni...hehe