Lazada Malaysia

Wednesday, August 20, 2014

Home » » Beli Novel Cerita Cinta Ahmad Ammar & Buku Rahsia Solat Tahajjud

Beli Novel Cerita Cinta Ahmad Ammar & Buku Rahsia Solat Tahajjud

Assalamualaikum.

Berjaya juga saya dapatkan novel Cerita Cinta Ahmad Ammar ini. Bukan apa, merata saya mencari dan tak ketemu. Tetapi setelah saya cuba mencari novel ini di Kedai Buku Popular di Aeon Manjung, Perak akhirnya dapat juga saya beli novel ini. Novel ini belum habis saya baca, baru separuh saya siap baca. Sebenarnya saya bukan pencinta novel, tetapi saya beli buku ini kerana saya nak tahu kisah hidup Ahmad Ammar. Harga novel ini ialah RM 23.000/SM & RM 26.00/SS. Jom beli, novel ini "bestseller" tau.



Buku Rahsia Solat Tahajjud ini pula, mama saya yang beli. Saya ini hanya tumpang membaca sajelah. Apabila saya di kedai buku, hanya segelintir buku yang saya suka. Buku berunsur ilmiah, keagamaan dan berciri kewanitaan adalah ciri-ciri buku yang saya suka. Korang suka baca buku jenis apa?

2 sweet comments:

kayyana said...

akak pun teringin nak bc buku Ahmad Ammar tu solehah.. ada yg ckp best sgt buku tu sebab tu asyik abes je.

Vanilla Maple said...

wah... bestnya.. teringin jugak nak beli.. huuuu