Assalamualaikum.
Pada 24 Ogos 2014, saya dan keluarga telah mengadakan jamuan rumah terbuka Hari Raya 2014. Menu utama : nasi arab dan ayam goreng berempah. Menu lain-lain : nasi impit, rendang daging, kuih serimuka pandan, air sirap, air teh, kuah durian, roti, pisang, dokong, rambutan, tembikai dan biskut raya. Jamuan diadakan pada pukul 2 petang - 7 petang.
Alhamdulillah, ramai juga tetamu yang hadir. Terima kasih kepada saudara-mara, jiran tetangga, guru-guru sekolah mama, kawan-kawan sepejabat abah dan kawan-kawan saya Ain Naa, Shuhada Mohamed Abdul Hadi, Shera Azamli, Nurul Hidayanti dan Syed Zainuddin Isa yang datang ke rumah terbuka kami. Terima kasih kerana meramaikan suasana rumah terbuka umpama kenduri kahwin. Maaf andai ada yang terkurang daripada kami. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
1 sweet comments:
xjemput akak pun kan.hahaha
Post a Comment