Lazada Malaysia

Thursday, February 28, 2013

Home » » Tips : 7 Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat

Tips : 7 Tips Kulit Cantik Bebas Jerawat


1) Pilih Sabun Bebas Minyak

Sabun bebas minyak tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

2) Jangan Picit Jerawat Anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

3) Jangan Biarkan Diri Anda Berjemur Dibawah Terik Matahari

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

4) Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit.

5) Pastikan Rambut Tidak Menutupi Bahagian Muka Anda

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

6) Jangan Sentuh Muka Anda!

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

7) Minum Banyak Air

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A, vitamin C dan juga vitamin E. 3 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda.

♥ Sharing is Caring 

10 sweet comments:

Miss N™ said...

bab picit tu..nur kadang2 mmg tak boleh tahan..

TERpicit...huhuh

Chic Na said...

good tips!

fieda said...

nice sharing..

Unknown said...

sis deqla mmg tak penah picit jerawat.. x suka...huhu

SHaeezah said...

nice tips :)

lelamaisara said...

nice tips ni...:)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

tima kasih solehah kongsi tips ni

Mrs Velentine said...

no.2 tue yg susah

RIZZNA said...

hurmmmm...jeerawat ni mmg musuh semua org. CiM ingatkn masa muda remaja jer jerawat suka tumbuh, dah remaja dewasa ni pown jerawat nak dtg jugak...huhuhu....

CiM tak bleh elak dr berjemur, mcm mana?

Si Matatajam said...

Tq for sharing dear....