Lazada Malaysia

Monday, February 4, 2013

Home » Buah Naga

Buah Naga


  • Buah naga atau umumnya dikenali sebagai pitaya atau dikatakan berasal dari negara-negara Amerika Latin iaitu Chile, Argentina, Peru dan Mexico tergolong dalam keluarga kaktus.
  • Buah naga terbahagi kepada tiga jenis iaitu isi berwarna putih, merah dan kuning. Namun hanya dua jenis sahaja yang sesuai ditanam di Malaysia iaitu putih dan merah.
  • Jenis tanah yang sesuai bagi tanaman buah naga ialah yang berpasir yang kaya dengan bahan organik selain tanah juga perlu mempunyai saliran semulajadi yang efisien.
  • Bersifat fisiologi long day plant iaitu memerlukan temph cahaya matahari yang panjang pada waktu siang dan pokok buah naga hidup secara menjalar.
  • Pokok buah naga memerlukan para untuk menyokong batangnya yang lembut dan berfungsi bagi memudahkan batang dan dahannya memanjat dan menjalar.
  • Penanaman pokok buah naga boleh dibuat menerusi proses pembiakan dengan semaian biji atau keratan batang. Penanaman melalui keratan batang lebih baik kerana bahan tanaman mudah diperoleh selain pokok membesar dengan cepat.
  • Pokok buah naga secara amnya tidak memerlukan air yang banyak kerana dari jenis keluarga kaktus padang pasir yang boleh menyimpan air yang banyak. Air hanya diperlukan secukupnya pada musim panas.
  • Pokok itu akan mula berbunga selepas setahun ditanam dan kembang pada waktu malam.
  • Pemangkasan merupakan aktiviti penjagaan penting. Dahan yang cukup panjang dan telah menghasilkan buah perlu dipangkas, manakala dahan matang yang dipangkas boleh dijadikan keratan bahan tanaman.
  • Pokok buah naga sangat sensitif pada racun rumpai. Batangnya yang berkulit nipis mudah melecur dan mengelupas apabila terkena racun rumpai. Kerja pengawalan rumpai tidak boleh menggunakan bahan racun atau kimia.
  • Antara makhluk perosak yang biasa menyerang tanaman buah naga ialah burung, tupai, tikus, kumbang dan kelawar dengan memakan buah yang sudah masak.
  • Selain serangan virus Erwinia, ia juga boleh terkena penyakit batang reput yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas Campestris dan penyakit Antraknos.
  • Buah naga yang sudah masak akan menukar warna kulitnya daripada hijau kepada merah dan mempunyai berat antara 200-600 gram dan boleh mencapai sekilogram sebiji.
  • Mutu buah dinilai dari segi saiz dan berat buah dan juga kemanisan. Cara penggredan buah yang diguna pakai bagi industri buah naga ketika ini adalah seperti berikut :

      Gred   Berat                    Harga/kg

      AA    601 gram ke atas        RM 12
      A       451 - 600 gram           RM 8
      B       356 - 450 gram           RM 6
      C       350 - 250 gram           RM 4
      D      250 gram ke bawah    RM 3

  • Buah naga boleh diproses antaranya menjadi produk makanan seperti aiskrim, jem, jus buah, jeli buah dan puding. Kulitnya banyak kandungan vitamin dan sesuai untuk kosmetik. Bunga pokok boleh dimasak sebagai sayuran.

20 sweet comments:

Chic Na said...

jus buah naga besttt..

Cinta hazanis said...

sedap jugak buah naga ni. hehe

Nastyna said...

Suka buah ni, tapi tak pernah jumpa pulak yang kaler kuning.

Pen Biru said...

sygnya sy x mkn buah naga...x lalu.x tau knp

Nyue said...

nyue suka buah naga yg isinya warna merah tuu...sedappp..tambah kalu simpan dlm peti ag sedap rasanya...

Deqla manjew said...

owhh.. buah naga kuning pun hado..patot la x penah nmpk.. x sesuai ditnm kat sini rupanya.. huhu

izan mama mia said...

dl glamer buah ni,..sekarang dah makin kurang..org cina suka makan buah nie..banyak khasiat juga yer tapi akak xpernah try

wan nurul hezrina abd halim said...

sedap suka 2,2 jenis buah naga nie..buah nie agak mahaikan??

are_lin@yu said...

ayu pnh rsa skli..hihi..sdp jgk,.

BUNDA a.k.a KN said...

bunda kembali..

Rosmiza Ali said...

Buah naga mmg sedap! ^_^

Rosmiza Ali said...

DONE Nuff! ^_~

atiera said...

slalu beli yg merah tu. nyum2. :)

Cik Nur said...

kecur liur lak tgk buah naga tu...

aReLaN said...

sedap ke???tak pernah makan.hehehe

Mrs Velentine said...

sedap ni

N.Aima K said...

sedap!! pernah makan tp jarang!

BaNu Syah said...

jarang makan buah naga ni..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

buah naga peberet qalief :-)

9n0L4 said...

akak tak pernah mkn buah ni. hehe.