Assalamualaikum. Korang dah baca tajuk entri ni kan. Oh tidak! Mesti korang terkejut baca tajuk entri ni kan. Sebenarnya betul lah tu saya seorang pemandu pelancong. Tetapi bila? Apa kata korang baca entri ni untuk tau kisah sebenarnya.
Petang semalam, saya sajelah main app WeChat dalam handphone saya ni. Sesiapa yang ada WeChat, mesti tau dalam app ni ada satu setting di bahagian Social, kita boleh guna setting "Shake" untuk cari kenalan baru yang jauh-jauh. Saya ingat apalah benda shake-shake ni kan. Jadi saya pun klik setting Shake tu dan terus shake handphone. Nah, sekali keluar nama orang, yang tinggal beribu-ribu batu dari Malaysia pun boleh kesan tau. Memandangkan saya tak reti nak add orang dari situ, jadi saya approve sajelah orang yang add saya... :)
Sekali sedang saya tengah seronok shake-shake handphone, adalah seorang mamat dari Saudi Arabia umur 25 tahun add saya dalam WeChat ni. Dah, apa saya nak buat ni. Saya pun approve dia dan layan sajelah. Rupa-rupanya dia add saya kerana ada tujuan penting. Sebenarnya, dia nak datang Malaysia pada bulan Mac nanti untuk berbulan madu dengan isterinya. Oh baru kawin rupanya mamat ni. Dia tanya saya camne dia nak bercuti kat Malaysia ni. Untuk tak kecewakan dia, saya pun tolonglah dia dengan bagi info-info yang dia nak walaupun saya ni bukan pemandu pelancong yang sah taraf.
Saya send semua ni ke dalam emel dia. Banyak lagi sebenarnya yang saya bagitau pada dia. Dia bagitau, dia nak lawat Kuala Lumpur dan Langkawi. Jadi rasanya, ini saje yang saya mampu tolong. Sebelum ni saya pernah belajar daripada sepupu saya bagaimana nak jadi pemandu pelancong. Dengan sedikit ilmu ini, saya mampu untuk mempraktikkannya sedikit demi sedikit. Kan best kalau saya seorang pemandu pelancong, dapatlah saya melancong sekali... :)
Menjadi seorang pemandu pelancong adalah impian saya sejak kecik lagi. Tetapi tunggulah nanti selepas saya belajar, samada saya ingin teruskan cita-cita ni ataupun hanya jadi seorang guru. Masa kecik-kecik dulu, apa impian dan cita-cita sebenar korang? Ceritalah pada saya... :)
11 sweet comments:
Bagus3x. Nnti bln 3 padangan arab dtg, solehah gi lahhh set kan jumpa diorg.
Owhhh nk jd pemandu pelancong yepppp...CiM ada kwn2 yg belajar di korea & china yg buat partime memandu arah pelancong espesially yg dtg dr asia
Bagus3x. Nnti bln 3 padangan arab dtg, solehah gi lahhh set kan jumpa diorg.
Owhhh nk jd pemandu pelancong yepppp...CiM ada kwn2 yg belajar di korea & china yg buat partime memandu arah pelancong espesially yg dtg dr asia
tercapai cita2 solehah nk jd pemandu pelancong. huhu..
langkawi, tempat yg menarik tu..hrap diorg jadi dtg..bolehlah solehah ikut melancong sekalikan.. :)
hihihi elok bebenor solehah jadi pemandu pelancong....
owh begitu ceritanya..hihihi..moga setiap impian kamu termakbul dik :)
semoga apa yg solehah impikan tercapai yer
good for you dear..nnt akan nak melancong cari solehah jg hihihi
lepas ni nk cari solehah je la kalo nk p melancong..boleh kan solehah? hihi
bagus lah tue..sekurang2nya solehah membantu mereka
baguslah kalau ada cita-cita nak jadi pemandu pelancong. bacalah entri diari pemandu pelancong di blog saya. mesti awak berminat. :)
salam kenal dari saya
jemput singgah. http://iluvtour.com
Post a Comment