Kami tak sambut Hari Valentine, sebab hari-hari adalah Hari Kasih Sayang.
Cinta dan kasih sayang ditunjukkan setiap hari, tidak hanya sekali dalam setahun.
Sebab-Sebab Pengharaman Valentine’s Day
1. Tanggal 14 Februari setiap tahun seluruh penduduk khususnya di Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.
2. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, membuat upacara tari-menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan diri sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing. Sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah disisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.
3. Tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. Mereka meraikan hanya kerana suka-suka dan terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.
4. “Hari Kekasih” yang dibawa oleh orang barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan serta merosakkan aqidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut ”Hari Kekasih” berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbangkan kepada pelbagai kerosakan aqidah, akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.
5. Harus diingat mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumus umat Islam kepada kehancuran. Hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang Islam, bahkan boleh menjejaskan keimanan dan aqidah mereka.
12 sweet comments:
haram sambut valentine..MV ada velentine jer...done digi
haram...sambut valentine day...
ramai yg pndg ringan & ambil mudah je ttg sambutan ni dik.. tp alhamdulillah ramai yg dh ade ksdrn
setuju.. x penah sekali pun sis sambut valentine dgn hubby..
betul anasir2 yang mempengaruhi minda dan budaya kita sebagai umat islam harus haram!!jgn sambut!!hari2 pun boleh bagi hadiah dan yang penting ianya halal disisi agama islam
say no to valentine day
ouwchhhhhh...haram sambut. ni CiM kt shoping mall tengah lepak2, mmg rmailaaa si penjual bunga dn coklat. yg mmbelinya pownnn rmailaaa si pasangan2 belum halal. boleh nmpklaaaa halal ke tak halal kannnn.
smlm ank CiM tanya gak pasal V day ni sbb dia tengok kartun dora. then CiM explain kt dia, kita org islam haram cakap pasal ni sbb hari ni adalah hari org kristian mmperingati sorg kristian dulu yg bunuh diri sbb kekasih dia. jd kita org islam haram bunuh diri, dan org islam haram memperingati org yg mati bunuh diri.
no no no.. mmg tak pernah celebrate.
laa..hari ni ke?
patutlah ramai beno org dekat mall tadi...
grrr...tak pasal2 jammed.!
memey ler x pernah celebrate pun...
say no to valentine..
kalau ade jugak yg celebrate ni tak tahu lah. mcm mcm dah pendedahan pasal ni kan. :)
Post a Comment