Selamat malam dan selamat pagi. Eh? =.= Diharapkan semuanya sihat belaka. Harini entri saya adalah mengenai cuti Tahun Baru Cina. Wah cuti CNY dah lama lepas, baru nak cerita ye.hahaha Semestinya kalau ada cuti yang panjang sikit, saya dan keluarga akan balik ke kampung atok di Perak. Walaupun rumah kami di Perak juga, tetapi perjalanan kami tetap juga mengambil masa yang panjang kira-kira 5 jam. Maklumlah kampung atok di utara Perak manakala rumah kami pula di selatan Perak. Kalau perjalanan yang panjang ni, mesti akan ada tempat persinggahan kan.hehe
Hari Sabtu (9 Feb) - Ketika perjalanan kami untuk ke rumah atok, kami sempat singgah di Aeon Manjung. Singgah Aeon sebab nak makan tengahari di KFC. Lupa pulak nak snap gambar makan-makan. Maklumlah bila ayam KFC dah ada depan mata sampai tak ingat dengan kamera lagi dah. Semestinya kalau singgah di Aeon akan ada shopping-shopping kan. Saya beli beg baru. Cuba tengok beg baru saya di bawah ni. Cantikkan? hehe :)
Selepas selesai membeli-belah di Aeon, kami meneruskan perjalanan ke rumah atok. Memandangkan kami sudah melalui Manjung, jadi kami ikut jalan Segari sehinggalah sampai ke rumah atok. Korang tau tak Segari ni kat mana? Segari ni dalam kawasan Lumut, Perak. Dan tempat yang korang patut lawat pabila datang ke sana ialah Lumut Port Industrial Park. Jom korang, layan gambar-gambar di bawah ni ye... :)
Maaf kalau ada sesetengah gambar tak berapa jelas. Gambar-gambar ni diambil di dalam kereta dalam keadaan kereta tengah bergerak. Kami tak boleh nak hentikan kenderaan kerana kapal-kapal ini hanya dapat dilihat ketika melalui jambatan. Kalau nak masuk terminal ni, ada waktunya. Mama saya cakap, saya pernah masuk terminal ni ketika saya masih kecil. Tapi saya dah lupa dengan kenangan saya masa kecik-kecik dulu. Saya ni pelupa kan?haha Kami bercuti di kampung atok dari hari Sabtu seingga hari Selasa. Banyak juga kenduri di rumah atok, jadi layan sahajalah. (Tak boleh makan banyak-banyak tau, nanti gemuk :p)
Hari Selasa (12 Feb) - Cuti pun dah habis, jadi harini kami pulang ke rumah semula. Terasa puas bercuti walaupun hanya 4 hari. Sepanjang perjalanan, semestinyalah ada tempat persinggahan kan.hehe Kali ni kami singgah Tesco Taiping untuk makan tengahari di food court. Selesai makan, kami pergi bershopping. Kali ni saya shopping kasut. Dua pasang kasut pula tu.hahaha :)
Jangan tengok harga kasut tu. Malulah, harga murah sangat. Brand kasut yang saya beli ni tak sehebat brand kasut korang. Brand kasut ni jenis cikai punya. Saya teringin nak beli kasut yang jenis branded sikit, tapi duit pula tak cukup.uhukzzz kesian saya kan...
Okay lah itu saje yang saya nak cerita. Nanti kalau cerita panjang-panjang lagi, boleh mengantuk pula korang baca entri ni.haha shopping yang seterusnya nanti ialah baju dan tudung. Harap-harap bajet baju dan tudung ni tak mahal sangat...