Lazada Malaysia

Saturday, September 15, 2012

Home » , » Tutorial : Memasang Widget Alexa Rank

Tutorial : Memasang Widget Alexa Rank

Alexa Rank adalah ranking atau kedudukan yang dibuat oleh laman web Alexa berdasarkan jumlah trafik ataupun pengunjung pada sesebuah laman. Alexa Rank pada sesebuah laman akan selalu berubah kerana ianya akan dikira berdasarkan analisis jumlah trafik atau pengunjung setiap hari.

Terdapat dua ranking yang berbeza iaitu Ranking Global (Global Rank) dan juga ranking pada Ranking Dalam Malaysia (Rank in MY). Kita boleh mengetahui ranking Alexa kita melalui laman web Alexa itu sendiri.

Atau dalam erti kata yang lebih senang difahami – Lebih rendah angka Alexa Rank kita, lebih popular blog kita. Tidak semestinya Global Rank akan sama turun jika Rank MY turun.

CARA MUDAH MEMASANG WIDGET ALEXA RANK

Cara Pertama : Memasang widget alexa pada blog anda.

Cara Pemasangan :

1. Buka "SINI" dan klik "Create an Account".

2. Selepas siap mendaftar, masuk semula ke akaun Alexa.

3. Masuk "SINI".

4. Pada bahagian "Free plan", klik "Sign up".

5. Masukkan link blog ke dalam kotak "Website URL".

6. Pilih "Option 2". Di dalam "Option 2" akan ada kod. Copy semua kod tu. Bukak dashboard blog korang di new tab dan paste kod tadi di bahagian "Layout" blog. Kemudian "Save".

7. Pada bahagian kod Alexa yang korang copy tadi, klik perkataan "Verify my ID".

8. Siap! 

Cara Kedua : Menginstal alexa toolbar pada browser anda.

Cara Pemasangan :

1. Pada halaman alexa.com, klik "Toolbar".

2. Jika menggunakan browser Firefox, maka halaman yang tampil adalah seperti ini.


3. Klik "Get Sparky" lalu ikuti petunjuknya untuk menginstal alexa toolbar.

4. Jika anda menggunakan browser Internet Explorer, maka halaman yang muncul adalah seperti ini.


5. Klik "Install Now" untuk menginstal alexa toolbar pada browser anda.

6. Jika sudah restart browser anda lalu lihat hasilnya.

Selamat Mencuba.

3 sweet comments:

Unknown said...

thanks for the tips..

nak pasang-pasang tetapi tak sempat2.. :)

Mohamad Fathi said...

Good info...Rajin2...=)

Miss N™ said...

bagus info ni solehah.. :)