Lazada Malaysia

Saturday, September 15, 2012

Home » , , » Putera William Dan Kate Middleton Membuat Lawatan Ke Malaysia Selama 3 Hari

Putera William Dan Kate Middleton Membuat Lawatan Ke Malaysia Selama 3 Hari

Assalamualaikum.

Rasanya semua orang sudah tahu kehadiran pasangan diraja Britain ini iaitu Putera William dan Kate Middleton ke Malaysia. Memang cukup meriah sambutan yang diadakan. Malahan pasangan diraja ini juga teruja dengan para hadirin yang turut serta dalam majlis ini.

Sekitar Ketibaan Putera William dan Kate Middleton di KLIA
(13 September 2012)

Pasangan ini mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari dan terus menuju ke agenda pertama sempena lawatan kerja tiga hari. Lawatan Kate Middleton ke Malaysia agak unik apabila beliau buat pertama kali akan memberikan ucapan di khalayak ramai di luar negara dan ini sesuatu yang di nantikan ramai.






Sumber : Roti Kaya

Sekitar Lawatan Putera William dan Kate Middleton di Taman KLCC
(14 September 2012)

Putera William dan Kate Middleton membuat kemunculan serta sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin sekitar jam 10.00 pagi. Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu. Pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini.








  
Sumber : Roti Kaya

Sekitar Lawatan Putera William dan Kate Middleton di Masjid Assyakirin, KLCC
(14 September 2012)

Inilah pertama kali dalam hidup Kate Middleton melawat ke sebuah masjid. Berita ini dilaporkan oleh Daily Mail UK. Pasangan Diraja ini dilihat membuka kasut sebelum memasuki Masjid Assyakirin berhampiran KLCC dalam sesi lawatan mereka. Apa yang turut menarik perhatian apabila Kate kelihatan berpakaian hampir sama seperti mendiang ibu mertuanya, Puteri Diana sewaktu melawat Pakistan dulu.



Sumber : Amazing Nara

Pasangan Diraja Berlepas Ke Kota Kinabalu, Sabah
(15 September 2012)

Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton berlepas ke Kota Kinabalu, Sabah hari ini dalam siri lawatan rasmi empat hari Duke dan Duchess of Cambridge itu ke Malaysia bermula kelmarin. Putera William dan Kate Middleton berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 4.45 petang semalam. Di Kota Kinabalu, pasangan diraja itu akan diraikan pada majlis sambutan yang dianjurkan kerajaan negeri Sabah malam ini dan dijadual mengadakan lawatan ke Lembah Danum, hutan hujan tropika utama di Sabah esok.

Sumber : Berita Harian

6 sweet comments:

~Cik Sweety~ said...

waaaahh..kemain lgi jdi paparazi yea..hehe..bangga tau dua pasangan ne dtg sabah..xjeles kee??hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sweet sungguh dorang ni...best la saper yg dpt jumpa dorang ni kan :)

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sweet sungguh dorang ni...best la saper yg dpt jumpa dorang ni kan :)

Cik Ai said...

hidungnya yg mancung tu..sgt bekenan lah..cantik plak tu :)

Unknown said...

cantik dan hensem...sepdn sgt...ramah tamah pulak tu... :)

Cikrosecute said...

memang sweetlah dorang nie sama cantik...