Lazada Malaysia

Saturday, October 20, 2012

Home » » Tutorial : Meletakkan Twitter Widget Ke Dalam Blog

Tutorial : Meletakkan Twitter Widget Ke Dalam Blog


Assalamualaikum.

Yeayy hari ni saya ada mood untuk buat tutorial lagi. Sesiapa yang bercadang nak letakkan status Twitter korang tu ke dalam blog, mari ikut tutorial ni ye. Pastikan Twitter korang tidak diset sebagai private. Kalau private, memang tak menjadi nanti. Eh, jap2. Jangan lupa follow Twitter saya nanti ye... :)

Langkah-langkah yang perlu korang buat adalah seperti berikut ;

1. Sign in Twitter > Buka profile Twitter korang.

2. Klik apa yang ditunjukkan oleh anak panah. Pilih settings.


3. Klik Profile. Kemudian tengok bahagian "Website". Masukkan link blog korang kat situ. Kemudian, klik "Save changes".


4. Klik Widgets. Kemudian klik "Create new".


5. Korang akan dapat setting seperti di bawah. Korang ubahlah apa-apa yang patut. Selepas edit semua, klik "Create widget".


* Sebagai contoh ;

Username : Solehah90
Height : 300
Theme : Light
(X) Auto Expand Photos
Link Color : #ff3399
Domains : solehahshamsuddin.blogspot.com, example.com
(X) Opt-out of tailoring Twitter

6. Nanti korang akan dapat kod untuk dimasukkan dalam blog. Copy dan paste kod tu ke dalam blog.

7. Siap!

* Width Twitter Widget ni akan mengikut kelebaran sidebar blog. Jadi, jangan risau kalau ia terlebih lebar nanti. Senangkan nak buat? Jom sama-sama cuba buat. Alang-alang menyeluk pekasam, follow la Twitter saya tu ye. Terima kasih... :)

4 sweet comments:

Cinta Misteri said...

thks for sharing....hurmmm tp CiM takmo letak. tweeter is privacy for opis mate, school mate, neighbor, & org2 terdekat. lagipula diorg tu silent reader blog CiM, it just enough coz kat blog CiM takkan mentioned sesiapa, but in tweeter maybe...takutlaaa kalau terlepas kannn....

howeva takda apa pun nak share kat tweeter tu.

onlyx-45 said...

mampir kesini ah.......

#salam kenal ya..

Che Rosliza Che mat said...

nak cubalah...

Deqla manjew said...

camne nk letak? twitter pun xde.. haha