Lazada Malaysia

Saturday, June 23, 2012

Home » » Tutorial : Buat Aplikasi Facebook Status via Blog

Tutorial : Buat Aplikasi Facebook Status via Blog

Assalamualaikum.

Saya yakin korang di luar sana tak tahu yang sebenarnya kita boleh update fb status kita via blog sendiri. Jika kita selalu update fb status kita via blog, lambat-laun blog kita pun akan turut popular sekali. Betul tak? Ha, mesti korang semua nak tau macamna nak buat setting untuk tutorial ni kan. Apa kata, kali ni saya sendiri yang ajar korang semua bagaimana nak buat aplikasi facebook status via blog. Mungkin nak buat ni agak susah pada mulanya, tapi jika korang paham langkah demi langkah, korang akan paham juga macamna nak buat. Jom kita tengok tutorial di bawah ni ye.

 Sebelum korang buat aplikasi ni, saya nak korang semua buat confirmation dulu DI SINI. < Ini WAJIB!
 
1. Pilih aplikasi yang korang inginkan DI SINI.

2. Kemudian akan keluar seperti di bawah. Klik "Start Creating a New Facebook App".


3. Kemudian, sila skrol app ke bawah. Korang akan jumpa "Status Updater App" seperti gambar di bawah, klik di situ.


4. Kemudian korang isi dan pilihlah apa yang patut dalam tu ye. Bahagian "Application Name" tu, korang tulislah nama blog korang ye. Kemudian klik save.

5. Korang akan ditunjukkan oleh facebook apakah langkah terakhir nak buat app ni.

6. Bukak new tab dan KLIK SINI. Kemudian klik "Create New App". Selepas dah klik tu, JANGAN ISI apa-apa pun dalam bahagian "Crete New App" tu, cuma klik "Continue" SAHAJA. Ikut langkah selanjutnya. Nanti korang akan jumpa "App Id" dan "App Secret". Copy kod tersebut dan paste dalam "App Builder on Facebook" korang tadi. Tick pada kotak untuk menandakan yang kita setuju nak guna app ni. Klik Publish.

7. Korang akan jumpa seperti di bawah setelah publish.

8. Klik nama blog korang seperti gambar di bawah.
 

9. Klik "Go to App", kemudian klik "Allow" seperti gambar di bawah. Siap!



Untuk menggunakan aplikasi ini (bila-bila masa), korang kena ikut langkah di bawah pula.

1. Tengok bahagian kiri home facebook korang.
2. Cari nama aplikasi yang korang buat tadi. Klik di situ.
3. Selepas klik, korang akan jumpa seperti gambar di bawah. Anda cuma perlukan post status di bahagian "Share", pilih nama kawan kemudian "Publish". Kalau nak post status di atas wall fb sendiri, pilih kosong saje ye.


Dah jadi ke korang punya app ni? Kalau dah jadi, selepas ni korang bolehlah update setiap hari status facebook korang tu via blog sendiri. Selamat Mencuba.

14 sweet comments:

~Sweet Honesty~ said...

sweety xde fb..huhuhuhu

Solehah Shamsuddin said...

its ok sweety

dyabunga said...

nk try lah..thanks for sharing..:P

Cik Penguin_Solehah said...

tq,insyallah kan guna kalo ada fb nanti.. Saya puntak da fb -.-' #solehah mmg suka penguin=p

cendol said...

ni kene daftar utk phone dulu ke?

Solehah Shamsuddin said...

Dyabunga:
welcome :)

Cik Penguin_Solehah:
hehe ok penguin.gne tau nt :)

Solehah Shamsuddin said...

cendol:
xperlu dftr utk phone pn leh,nk dftr pn leh.klu xnk dftr,ikut je cra diatas mcm sy ajr.klu nk send status via fon lak dgn trtlis nme blog kita,kna la wt fb mobile dlu.

Misya Mialen said...

oh sy baru tau yg ada apps ni. hahahha. ketinggalan sungguh. tq for sharing dear;)

Solehah Shamsuddin said...

its ok misya.cbe la ye :)

Masha Meisters said...

bestnyer tuto ni...nanti leh try la....tengs solehah

Chic Na said...

nk cuba la nnti. tq solehah. :)

Solehah Shamsuddin said...

Masha:
welcome :)

Chic Na:
cuba jgn xcbe tau.hehe

IntaNBerliaN said...

pandai solehah buat toturial :-)

Solehah Shamsuddin said...

ala,tuto simple je ni kak