Lazada Malaysia
Showing posts with label Forum. Show all posts
Showing posts with label Forum. Show all posts

Wednesday, August 1, 2012

Blogger & Forum CariCyber.com

ENTRY MELEKAT SEHINGGA 1 OGOS 2012

Assalamualaikum.


Masih ingatkah kalian mengenai Contest SEO : Cinta Kotak Fibox ini? Contest tersebut telah dilancarkan di CariGold Forum dan telah berakhir dengan pengumuman pemenangnya di Forum CariCyber.com, yang mana forum ini baru sahaja dilancarkan pada bulan April yang lepas. Kali ini pada 1 Mei 2012, admin kepada Forum CariCyber.com iaitu Abang MK Amin telah melancarkan satu lagi contest terbaru yang diberi nama sebagai Contest Blogger & Forum yang mana akan ia dijalankan sehingga 1 Ogos 2012. Tahniah kepada beliau kerana berjaya menjalankan contest yang berjaya seperti ini sekali lagi khas untuk para blogger menaikkan traffik ke blog. Jadi kepada para blogger yang tidak pernah kenal beliau, apa kata kita berkenalan dahulu dengan forum terbaru beliau dulu ye. Orang kata, tak kenal maka tak cinta. Betul tak? hehe

FORUM CARICYBER.COM

APA ITU FORUM

Forum ini sebenarnya berfungsi sebagai suatu tempat untuk sesuatu komuniti berkumpul. Kumpulan ini biasanya merupakan satu kumpulan besar dimana mereka banyak berbincang, berkongsi ilmu, tips, software, movies, mp3 dan bermacam lagi.

KELEBIHAN BERFORUM

1. Forum memang banyak kelebihannya, ini kerana ahli forum ini biasanya mencapai beribu-ribu orang ahli.
2. Berkongsi maklumat dan sebagainya.
3. Berfungsi sebagai salah satu tempat untuk mempromosikan blog atau website.
4. Mendapatkan trafik ke dalam blog @ laman web.
5. Boleh menjana pendapatan kewangan.

CARA TINGKATKAN TRAFIK MELALUI FORUM

1. Buat satu banner blog @ laman web anda yang sangat menarik.

2. Masukkan banner tadi ke dalam bahagian “signature” dalam profile forum anda.
3. Masukkan juga sedikit kata-kata untuk promosi blog @ laman web anda.
4. Aktif dalam setiap post dimana pastikan setidak-tidaknya ada 1 komen bagi 1 entri dalam forum itu.
5. Bukak entri-entri baru yang menarik minat pembaca @ ahli forum.
6. Cuba dekati dan berkawan dengan ahli-ahli forum untuk manfaat anda selain dari mencari kenalan.

REVIEW MENGENAI FORUM CARICYBER.COM

Forum ini baru sahaja diwujudkan sebagai tambahan kepada website utama http://caricyber.com iaitu sebuah website pengiklanan. Tujuan forum ini diwujudkan adalah bagi membentuk komuniti online yang ingin berniaga, membeli, mencari maklumat dan sebagai salah satu ruangan sosial. Berikut antara ciri-ciri Forum CariCyber.com :

1. Mesra SEO (Search Engine Optimization)
2. User Friendly
3. Powerful Profiles - Setiap ahli mendapat halaman profil di mana mereka boleh upload gambar profil, lihat notifications, membuat post di wall sendiri dan profile org lain dan boleh melihat perbincangan & komen terbaru daripada ahli forum yang lain.
4. Signature - Ahli boleh membuat signature untuk dipaparkan di bawah setiap post di ruangan discussion.
5. Sistem Notifications - Ahli boleh set notification sama ada melalui emel atau forum. Sila lihat ruangan 'Preference' di profile anda.
6. Internal Message - Ahli boleh hantar private message kepada ahli yang lain dan boleh add members dalam perbualan conversation tersebut.
7. Questions & Answers - Ahli boleh membuat discussion berbentuk pertanyaan dengan memilih tab 'Ask a Question' setelah menekan butang 'Start a New Discussion' di ruangan atas sidebar. Ahli boleh menentukan jawapan manakah yang beliau pilih antara jawapan yang diterima dari ahli lain. Contoh boleh lihat di sini.

PENGALAMAN BERFORUM BERSAMA FORUM CARICYBER.COM

1. Dapat berkongsi maklumat mengenai blog, tips-tips berguna serta tutorial yang ingin dipelajari.
2. Ketika mana kita berforum bersama blogger yang turut serta di dalam forum CariCyber.com, kita akan berjaya melatih diri sendiri untuk sentiasa membantu antara satu sama lain ketika mana seseorang blogger memerlukan sebarang bentuk pertolongan.
3. Semenjak saya melibatkan diri ke dalam forum CariCyber.com, peningkatan traffik ke blog saya semakin meningkat dari hari ke hari.
4. Saya dapat belajar juga meningkatkan tahap pengetahuan saya mengenai dunia blogging.
5. Para blogger yang turut serta dalam forum CariCyber.com terdiri daripada golongan blogger yang peramah. Ini memudahkan saya untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
6. Kebanyakan masalah yang saya hadapi dalam blog dapat diselesaikan dengan mudah kerana adanya para blogger yang pakar di dalam dunia blogging.

HARAPAN TERHADAP FORUM CARICYBER.COM

1. Saya berharap forum CariCyber.com akan terus berjaya dan mengekalkan prestasi kecemerlangan forum ini.
2. Semoga peningkatan trafik ke forum ini bertambah dari semasa ke semasa.
3. Semoga dengan adanya contest ini berjaya menambahkan bilangan ahli forum. Insya-Allah.

>> Dah paham ke semua? <<
Apa kata kita skrol ke bawah untuk tengok bagaimana nak join contest ini.

CONTEST BLOGGER & FORUM

HADIAH

  • Tempat Pertama : RM300.00
  • Tempat Kedua : RM200.00
  • Tempat Ketiga : RM100.00
  • Saguhati (10 orang) : (akan dimaklumkan setelah genap 20 orang peserta)
  • Cabutan Bertuah (random.org - 1 hadiah setiap bulan) : Rahsia untuk sementara waktu
  • Kategori Khas (Entri Terbaik) : Percuma Domain & Hosting 15GB selama setahun

* Hadiah akan ditambah sekiranya terdapat tambahan Penaja

TEMPOH CONTEST

  • Mula : 1 Mei 2012
  • Tamat : 1 Ogos 2012
  • Pengumuman Pemenang : 8 Ogos 2012

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Sila Rujuk Sini

KAEDAH PENILAIAN & PEMILIHAN PEMENANG

Sila Rujuk Sini

TIPS UNTUK MENANG CONTEST

Sila Rujuk Sini

TIPS MENULIS ENTRI CONTEST DI BLOG

Sila Rujuk Sini

SENARAI PESERTA

Sila Rujuk Sini

Apa lagi yang saya ingin terangkan mengenai contest ini ye? Rasanya sudah cukup lengkap saya terangkan kepada kalian semua mengenai contest ini. Adakah kalian berminat untuk turut serta dalam contest ini? Jika anda menginginkan kejayaan seperti kami sebagai blogger berjaya di forum CariCyber.com, sila layari SINI.


Entri ini adalah untuk contest yang telah dianjurkan oleh Forum CariCyber.com & Blog Cerita Dari Hati. Contest ini telah ditaja oleh : Internet Webhosting, HzTours, TopSite Lists Ranking. Berminat untuk menjadi penaja? Sila hubungi penganjur melalui emel admin@caricyber.com