Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Jeti Putra, Jambatan Putra Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu : Setiap hari (10.oo pagi-7.00 petang)
Laman Web : Cruise Tasik Putrajaya
Waktu : Setiap hari (10.oo pagi-7.00 petang)
Laman Web : Cruise Tasik Putrajaya
Selepas penat berjalan di Floria Putrajaya, pada hari yang sama juga kami berkesempatan untuk menaiki cruise mengelilingi tasik Putrajaya. Subhanallah tidak tergambar betapa gembiranya hati saya. Disebabkan kami boleh buat solat jamak, kami bersetuju untuk menaiki cruise ini. Maklumlah peluang hanya sekali seumur hidup. Dan ini pertama kali kami menaiki cruise. Kami ambil tiket pada pukul 7.30 malam. Harga tiket boleh tengok di SINI. Masa mengelilingi tasik Putrajaya adalah 45 minit. Apa kata jom tengok gambar di bawah pula. Gambar ini saya sempat rakam ketika duduk di luar cruise.
Ingatkan nak duduk di bahagian atas cruise, tapi dah penuhla pula. Jadi kami duduk di bahagian bawah sajelah. Tetapi saya duduk di bahagian luar depan, boleh merasai angin bertiup dengan menikmati pemandangan malam Tasik Putrajaya. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang mabuk laut. Kepada yang mabuk laut tu, saya syorkan janganlah korang duduk di bahagian depan ataupun atas cruise. Duduk sajelah di dalam cruise tu ye. Bukan apa, cruise ni laju. Nanti korang pening, susah pula driver cruise ni nak berhenti. Apapun, pengalaman ketika di sini sangatlah best. Tak sia-sia saya pergi ke sini. Terima kasih mama kerana belanja tiket untuk kakak dan adik.
0 sweet comments:
Post a Comment