Lazada Malaysia
Showing posts with label Travel - Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Travel - Malaysia. Show all posts

Tuesday, January 20, 2015

Keriangan Hari Keluarga Pejabat Abah, Corus Paradise Resort, Port Dickson

Assalamualaikum.

Kepada yang sedia maklum, sebelum ini saya pernah bagitau dalam dua bulan yang lepas saya ada pergi Hari Keluarga Pejabat Abah di Port Dickson. Lamanya saya baru nak update sekarang. Hari keluarga ini diadakan pada 28-29 Novemeber 2014, bertempat di Corus Paradise Resort, Port Dickson. Pengangkutan kami ke sana hanyalah menggunakan bas SMK Seri Perak dan bas (xtau nama).


28 November 2014


Inilah bas yang saya tak tau nama tu. Yang best, bas ni selesa dan luas. Sampaikan orang yang naik bas SMK Seri Perak pun jeles. Tetapi ketika di dalam bas ini saya hanya main hp sajelah...

Port Dickson





Sebelum sampai ke Corus Paradise, korang akan melalui dua penanda tempat di atas terlebih dahulu iaitu kem tentera dan SK Si Rusa, Port Dickson.






Kemudian, barulah korang akan jumpa T-junction ini dan belok ke kanan. Dah sampai pantai Port Dickson. Sebenarnya resort ini berhadapan dengan pantai Port Dickson. Pemandangannya memang cantik.


Perkarangan Corus Paradise Resort






Sesampainya di sini. Walaupun penat, semuanya masih bertenaga. Tengok makcik tu, sempat senyum depan kamera hp saya lagi.hehe

Check-in Bilik Resort





























Selepas dapat kunci bilik, kami terus check-in. Resort ini bertaraf, err berapa bintang ye? Lupa pula nak tanya owner resort ni tapi yang pasti bukannya 5 bintang. Walaupun bukan bertaraf 5 bintang, tapi kemudahannya serba lengkap. Selepas check-in, saya terus tidur. Maklumlah jika dah dapat tempat begini, mestilah kena menikmatinya.


Makanan Menyelerakan





Kami sampai di resort ini dalam pukul 4 petang. Tengahari tadi ketika dalam perjalanan kami semua dah makan nasi ayam. Malam ini pula pihak resort yang sediakan semua makanan untuk kami. Diantara makanannya adalah seperti di atas. Hanya makanan ini saje yang saya sempat snap. Makanan yang lain, sudah habis diserbu dan saya pun lapar jadi terus makan sampai lupa segala. Yang penting, makanannya sedap sehingga tidak terkata. Okay saya bagi 5 bintang untuk makanannya. Terbaik.

29 November 2014

Sarapan Pagi


Yang di atas ini pula, sarapan pagi yang saya dan famili saya makan. Walaupun makanannya nampak biasa, tetapi yang penting adalah sedap.

Aktiviti Sukaneka

Selepas sarapan pagi, kami main sukaneka pula.



Permainan laluan berhalang



Permainan tiup bola pingpong dalam air



Permainan susun tin bertingkat dengan menggunakan lidi




Permainan masukkan bola pingpong ke dalam bekas di kepala


Permainan susun magnet bertingkat dengan menggunakan lidi

Pemandangan Luar Resort - Kawasan Beting Pasir

Selepas selesai bermain sukaneka, saya berjalan-jalan di sekitar beting pasir pula.


Di sini, pihak resort banyak menggunakan pokok kelapa untuk mengindahkan kawasan resort. Rupanya pokok kelapa boleh diangkat tinggi sebagai pokok hiasan di resort ataupun hotel. Tengok tu, cantikkan...


Okay, inilah banggunan resort kami. Walaupun nampak biasa, tetapi ia dah cukup untuk nampak cantik.



Dan ini pula Port Dickson. Subhanallah, tidak sangka rupanya saya berjaya menjejakkan kaki ke sini. Dulu hanya dapat tengok dari tv saje, sekarang dah boleh tengok depan mata. Airnya kehijauan dan langit kebiruan. Cantik sangat.



Jika nak tau beting pasir apa yang saya maksudkan tadi, tengok kat pokok kelapa yang banyak tu. Itulah kawasan beting pasir yang saya maksudkan. Dan yang best, bilik resort kami berhadapan dengan beting pasir. Buka saje tingkap bilik resort, boleh nampak terus kawasan beting pasir ini. Pemandangan yang sangat cantik. Jadi kepada sesiapa yang nak datang ke sini, pastikan korang dapat bilik 810 untuk mendapatkan pemandangan sebegini.

Ada yang bertanya saya, saya guna kamera apa untuk snap semua gambar ini. Saya hanya menggunakan applikasi kamera Zenfone 5. Dan yang penting, orang yang snap gambar mestilah pandai ambil sudut gambar dan menghayati setiap apa yang kita snap.

Semoga saya dapat kembali ke sini lagi. Bye.

Friday, June 27, 2014

Cruise Tasik Putrajaya

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Jeti Putra, Jambatan Putra Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu : Setiap hari (10.oo pagi-7.00 petang)
Laman Web : Cruise Tasik Putrajaya

Selepas penat berjalan di Floria Putrajaya, pada hari yang sama juga kami berkesempatan untuk menaiki cruise mengelilingi tasik Putrajaya. Subhanallah tidak tergambar betapa gembiranya hati saya. Disebabkan kami boleh buat solat jamak, kami bersetuju untuk menaiki cruise ini. Maklumlah peluang hanya sekali seumur hidup. Dan ini pertama kali kami menaiki cruise. Kami ambil tiket pada pukul 7.30 malam. Harga tiket boleh tengok di SINI. Masa mengelilingi tasik Putrajaya adalah 45 minit. Apa kata jom tengok gambar di bawah pula. Gambar ini saya sempat rakam ketika duduk di luar cruise.







Ingatkan nak duduk di bahagian atas cruise, tapi dah penuhla pula. Jadi kami duduk di bahagian bawah sajelah. Tetapi saya duduk di bahagian luar depan, boleh merasai angin bertiup dengan menikmati pemandangan malam Tasik Putrajaya. Untuk pengetahuan semua, saya bukanlah seorang mabuk laut. Kepada yang mabuk laut tu, saya syorkan janganlah korang duduk di bahagian depan ataupun atas cruise. Duduk sajelah di dalam cruise tu ye. Bukan apa, cruise ni laju. Nanti korang pening, susah pula driver cruise ni nak berhenti. Apapun, pengalaman ketika di sini sangatlah best. Tak sia-sia saya pergi ke sini. Terima kasih mama kerana belanja tiket untuk kakak dan adik.

Thursday, June 26, 2014

Floria Putrajaya 2014

Tarikh : 14 Jun 2014
Tempat : Perkarangan Presint 4, Putrajaya

Baru kali ini saya berkesempatan untuk post gambar ini ketika di Floria Putrajaya pada tahun ini. Bukan apa, sebelum ini gambar travel saya dan famili masih berderet untuk diupload. Maklumlah musim cuti sekolah katakan. Berbalik pada Floria Putrajaya, yuran masuk ke sini yang dikenakan pada tahun ini adalah RM 3 (dewasa) dan RM 1 (kanak-kanak). Walaupun berbayar, ianya berbaloi bagi saya kerana apa yang disediakan pada tahun ini lebih hebat berbanding pada tahun lepas. Terima kasih kepada pihak Floria kerana menambahbaik mutu Floria pada tahun ini. Jom tengok gambar-gambar di bawah yang sempat dirakam oleh lensa Sony Cybershot saya ini.


























































Sebenarnya bukan ini sahaja gambar yang saya rakam, tetapi masih ada banyak lagi. Boleh tengok di album Floria 2014. Semoga tahun depan, saya dapat pergi lagi ke sini. Biiznillah. Siapa yang datang ke sini juga? Komenlah sini ye :)