Drama ini
mengisahkan Erma telah terlanjur dengan Suffian, kira-kira 20 tahun yang lalu.
Namun, atas dasar cinta, Suffian mengaku kesilapannya dan berjanji akan
mengahwini Erma. Akan tetapi, kakak Suffian, Mariah telah membantah dan
mengaturkan perkahwinan Suffian dengan Najwa. Mariah enggan menerima Erma
sebagai isteri Suffian malah menuduhnya bukan gadis baik-baik kerana sanggup
menggadaikan maruahnya.
Sebenarnya,
Najwa juga menyimpan sebuah rahsia hitam. Najwa menjalani kehidupan bebas yang
amat bertentangan dengan cara kehidupan ibu bapanya yang mengamalkan cara hidup
Islam sepenuhnya. Akhirnya, Najwa telah melahirkan seorang anak luar nikah,
Aiman yang ditinggalkan di bawah jagaan bekas orang gaji keluarganya, Mak Som.
Najwa tidak pernah mengambil tahu tentang Aiman selepas itu.
Selepas
sebulan, Erma mendapati dirinya telah mengandung. Malangnya, Suffian enggan
bertanggungjawab. Erma telah bersembunyi di rumah kawan baiknya, Mazni sehingga
melahirkan seorang bayi perempuan yang diberikan nama Nur Fajar. Namun, Erma
tidak sanggup menjaga Nur Fajar bersendirian dan mahu meninggalkan anaknya di
hadapan surau dengan harapan anaknya diambil oleh orang-orang yang alim.
Bagaimanapun,
perbuatannya dilihat oleh Shafie, anak saudara kepada Mak Som. Shafie telah membawa
Erma ke rumah Mak Som dan menawarkan perlindungan kepada Erma dan Nur Fajar.
Selepas 5 tahun, Shafie melamar Erma. Mereka telah berkahwin dan sama-sama
membesarkan Aiman dan Fajar.
Aiman dan
Fajar yang sudah menginjak dewasa saling menyayangi. Perasaan cinta mereka
semakin kuat apabila mereka tahu bahawa mereka berdua bukanlah adik beradik
kandung. Namun disebabkan status anak luar nikah, Aiman tidak berani meluahkan
perasaannya malah sengaja menjauhkan diri daripada Fajar. Begitu juga dengan
Fajar yang khuatir dirinya akan dipandang rendah oleh Aiman.
Setelah
sekian lama, Suffian dan Najwa hidup dalam sesalan. Akibat kesilapan lampau
mereka, mereka kini tinggal berdua tanpa anak di sisi. Suffian mengenangkan
anak Erma manakala Najwa mengenangkan Aiman. Apakah takdir bakal menemukan
mereka kembali? Masih sempatkah Suffian dan Najwa membuat pembetulan dan
menebus dosa mereka? Jangan lupa saksikan Fajar Aiman di slot Azalea
TV3 yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00 petang.
Drama
Fajar Aiman adalah terbitan Suhan Movies, hasil nukilan skrip oleh Sharifah Abu
Salim membariskan pelakon-pelakon handalan tanah air seperti Faralyna Idris(Nur
Fajar), Syarul Ridzwan(Aiman), Farah Ahmad(Erma), Fauzi Nawawi(Suffian), Watie
Sadali(Najwa) dan Azhan Rani(Shafie) dan ramai lagi.
Lagu : Seperti Yang Lain
Penyanyi : Hans Anwar
(akan di update)
Who doesn't have Tonton account, here how to register - CLICK HERE
1 sweet comments:
akak sekarang minat sangat dengan syarul ridzwan tu.. ada iras iras aaron aziz pulak akak tgk die tu...
Post a Comment