Assalamualaikum.
Adakah pembaca sekalian di sini masih ingat dengan entri saya mengenai Mimpi Saya Sebelum Kejadian Pesawat MH370 Hilang. Jika belum baca, silalah baca entri tersebut. Di dalam entri tersebut saya ada bagi nasihat kepada kalian semua supaya jauhkan diri dari laut :
" Saya tidak mahu beritahu apa-apa mimpi
lagi yang saya alami, biarkan saya sendiri yang menanggungnya. Cuma saya mahu
korang jauhkan diri dari laut selepas ini kerana ada sesuatu yang akan terjadi
nanti. Mimpi ini biarlah saya sendiri yang tahu. Ingat pesan saya ini ye. "
Susulan selepas mimpi saya mengenai pesawat MH370, saya telah bermimpi sekali lagi mengenai laut bergelora dan telah menenggelamkan sesuatu. Yang pasti, saya tidak tahu apakah maksudnya. Saya tidak merasakan ia Tsunami kerana lautnya tidak terlalu tinggi. Cuma ada satu suara hanya beritahu saya "Jauhilah laut". Oleh kerana itu, saya beri pesanan itu seawal boleh sebelum ianya terjadi.
Dan sekali lagi pada 16 April 2014, kejadian feri karam di Korea Selatan telah mengejutkan dunia. Allahu Akbar! Adakah semua ini satu kebetulan? Saya tidak mahu komen apa-apa mengenai hal ini kerana semuanya telah terjadi. Hanya selalu berdoa pada Allah supaya sentiasa melindungi kita semua. Taati perintah Allah dan jauhilah larangan Allah.
Seperti entri saya dulu iaitu mimpi saya mengenai MH370 yang hilang, saya hanya boleh katakan "Tidak ada seorang pun yang dapat bertindak untuk merubah apa
yang telah Allah tetapkan untuknya. Maka tidak ada seorang pun juga yang dapat
mengurangi sesuatu dari ketentuan-Nya, juga tidak boleh menambahnya, untuk
selamanya. Jangan lupa untuk terus berdoa, semoga Allah beri petunjuk kepada
kita semua."
1 sweet comments:
kuasa Allah solehah.. akak takut sgt bila baca cerita cerita mcmni.. yelah.. hidup akak tidaklah sesempurna mana.. setiap hari pasti ada dosa.. tp setiap hari akak mohon Allah ampunkan semua semua dosa dosa akak... banyak btul petanda akhir zaman kan solehah.. Allahuakbar..
Post a Comment