Lazada Malaysia

Sunday, May 25, 2014

Home » Dua Jenis Coklat Cadbury Dikesan Mempunyai DNA Babi

Dua Jenis Coklat Cadbury Dikesan Mempunyai DNA Babi

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan keputusan analisis sampel dua produk coklat - Coklat Susu dengan Kacang Hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA babi (porcine). Bagaimanapun, satu lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate dikesan tidak mengandungi porcine.

Pagi ini buka moment Wechat dan nampak status seperti berikut :

" Fitnah ? Coklat Ada Babi ? Sila Baca. Inilah akibat tidak cukup siasat dan mudah sangat menerima apa di dalam internet. Hasilnya menjadi dosa kerana menuduh barangan orang lain yang halal menjadi haram. Cuba tuan2 perhatikan nama produk "CABBURY" bukan "CADBURY", tetapi pembuat fitnah telah meletakkan gambar coklat Cadbury. Panggilan telah dibuat ke JAKIM, dan kepastian telah didapati bahawa produk TIRUAN berjenama CABBURY yang ada DNA khinzir, manakala produk ori CADBURY tetap halal. Jadi, saya minta pemfitnah dan penyampai fitnah sila minta maaf dan betulkan kesilapan ini, serta bertaubat dan memohon keampunan Allah kerana anda telah menyampaikan fitnah. C/P Yeayyyy. Cadbury still halal. "


* Buat pengetahuan pencipta status copy dan paste berkenaan, kami hanya post berita yang sahih berdasarkan dari TV dan KKM sendiri. Kami bukannya memfitnah. Semalam dua kali berita pasal Cadbury di TV3 dan tunjuk sijil yang sama dengan apa yang kami post. Dalam FB Kementerian Kesihatan Malaysia pun ada post sijil yang sama dengan apa yang kami tonton dalam TV3. Jika pembuat status di atas teringin nak makan coklat Cadbury lagi, silalah makan. Tapi saya, jangan harap nak makan coklat ini lagi. Hmmm (sedih kerana ada yang komen moment saya pasal ini dan menuduh ia fitnah).

0 sweet comments: