Lazada Malaysia

Friday, February 28, 2014

Tips : Petua Pulihkan Tenaga Lelaki

Assalamualaikum.

Tips ini saya kongsikan kembali untuk lelaki yang sudah berkahwin. Saya dapat tips ni dari rancangan "Rahsia Kak Ton" pada hari ini. Cukup mudah tips ini untuk diikuti. Kepada lelaki-lelaki di luar sana, boleh ikut tips ini.

Bahan-bahan : Lobak merah, air suam, kuning telur ayam kampung, gula, madu lebah.

Cara-cara : Kisar lobak merah, air suam dan kuning telur ayam kampung bersama-sama. Selepas siap dikisar, masukkan bahan kisaran tadi ke dalam cawan dan kemudian masukkan gula dan madu lebah. Kacau kesemua bahan tadi dan sedia untuk diminum.

Selamat mencuba.

Thursday, February 27, 2014

Kecewa Dengan Sebuah Online Shop Baju

Assalamualaikum.

Pertama sekali, saya nak minta maaf jika entri ini kemungkinan ada berbaur kemarahan dan tidak puas hati daripada saya. Tetapi atas dasar tanggungjawab, saya buat entri ini sebagai iktibar kepada semua pembeli dan semua penjual online shop. Maafkan saya jika entri akan buat sesiapa tersinggung hati. Kes ini berlaku di antara saya dan sebuah online shop di Instagram.

Saya kecewa dengan satu online shop baju ini. Saya order design lain, design lain yang dapat. Sudahlah design yang dibagi ini buruk. Sehingga sekarang saya masih marah dengan sifat tak ikhlas penjual online shop ini. Dia bagi alasan mungkin salah packing. Hello, saya siap send gambar barang dan nama penuh barang. Ini pun boleh silap lagi ke. Kecewa dan sedih sangat2. Sekarang saya dah serik nak beli baju dari online shop lagi. Terlalu serik dengan semua ini. Online shop ini bagitau nak recover postage tukar barang, tapi saya tak ada masa nak pergi pos laju yang jauh dari rumah saya ini dan kena bungkus barang ini semula. Ingat saya ada masa ke nak recover barang tu semula?! Sampai bila-bila pun saya tak akan order baju dah. Sekian.

Ini pertama kali saya ada masalah dengan online shop. Selama ini, saya tidak ada apa-apa masalah. Kecewa, sedih, marah, fobia. Semua perasaan ini ada pada saya sekarang. Saya tidak salahkan online shop yang lain, saya cuma marahkan online shop ................ Saya bukannya sekejam yang orang lain sangka, saya masih ada perasaan untuk jaga nama baik online shop itu sendiri. Tetapi jika perkara ini berlaku lagi, saya tidak akan teragak-agak untuk bagitahu nama online shop itu nanti.

Saya tidak mahu marah-marah lagi, jadikan entri ini sebagai iktibar dan pengajaran kepada semua. Walaupun hati saya ini masih 50% tenang dan 50% marah, saya akan berusaha untuk melupakan hal ini. Mungkin bukan rezeki saya untuk dapat design itu.

Nasihat saya pada penjual online shop yang lain, sila peka dengan permintaan pelanggan. Jangan pula pelanggan nak order ini, benda lain yang dihantar. Saya tidak mahu online shop yang lain jadi kes sebegini. Lagipun ini nasihat yang baik, saya masih ada perasaan baik hati untuk menasihati semuanya. Jaga hati pelanggan semua, korang penjual online shop pun mesti tidak mahu pelanggan lari kan. Jadi, sentiasalah jaga hati pelanggan korang semua. Peace! :)


* Mulanya entri ini sepatutnya entri teruja dapat beli baju dari online shop ini, rupanya jadi lain sekarang. Terus tiada mood nak promote baju dari online shop ini.

Tuesday, February 25, 2014

Order Coklat Comel Dari CikNa's Coklat Haven (CCH)


Assalamualaikum.

Alhamdulillah, coklat yang saya order untuk hadiah perkahwinan kakak saudara kawan saya telah pun sampai. Saya yang tengok gambar coklat ini pun terlebih teruja tau. Tak sangka saya boleh order coklat secomel ini. Saya sendiri yang tengok gambar coklat ini, terus jeles tiba-tiba tengok kecomelan coklatnya. Ini baru pertama kali saya order coklat putih sepenuhnya.


Coklat yang saya order ini bukannya dihantar ke rumah saya, tetapi dihantar ke rumah kakak saudara kawan saya. Saya tak pasti apa reaksinya sebab saya tak contact dengan kakak saudara kawan saya ini, tetapi saya pasti dia pun akan teruja dapat coklat ini. Sebelum saya buat entri ini, saya ada post gambar coklat ini dalam Wechat, kawan-kawan Wechat semuanya jadi menggila. Diorang bagitau coklat ini comel sangat.


Mabruk maksudnya tahniah. Tahniah dan selamat pengantin baru kak Rohana. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Chic Na kerana buat coklat ini nampak sempurna. Sehari saje Chic Na siapkan. Terima kasih bebanyak tau. Sayang Chic Na ketat-ketat! :)


Kepada sesiapa yang teringin beli coklat comel ini juga, boleh tempah di :

Blog : TheCoklatBlog
Instagram : @chicna / @chichocolab
WhatsApp / WeChat : +601116127210

Monday, February 24, 2014

Kekal Segar Bersama Smelly-No-More Total Image

Assalamualaikum.

Pasti ada di kalangan korang baru pertama kali mendengar nama Smelly-No-More dan pasti ada yang pernah mendengar nama Smelly-No-More. Smelly-No-More adalah ubat untuk cik Katty. Tahu ke cik Katty tu apa? Kalau tak paham tu, buat-buat pahamlah ye.hehe


Inilah dia ubat baru untuk cik Katty. Ubat ini paling berkesan diantara kesemua ubat-ubat cik Katty. Pasti korang pelik kenapa saya bagitau Smelly-No-More yang paling berkesan. Nanti saya bagi pencerahan panjang ye. Maklumlah, saya rasa entri ini yang paling saya teruja nak share. Jom baca review saya ini.


Smelly-No-More adalah produk yang dihasilkan oleh Total Image. Smelly-No-More adalah batu deodoran kristal yang diperolehi dari garam mineral semula jadi tulen yang berkesan menghilangkan bau badan yang kuat dengan menghalang pertumbuhan bakteria bau dan menghasilkan kesegaran yang lebih tahan lama.
  • Bersifat asli
  • 300% lebih berkesan berbanding deodoran komersial yang lain
  • Bersifat anti-alergik
  • Bebas alkohol
  • Tidak melekit


Cara Pemakaian Smelly-No-More



Mudah saje nak pakai Smelly-No-More ini. Hanya basahkan dengan air di penghujung batu Smelly-No-More dan calitkan di tempat yang dinyatakan di dalam gambar di atas. Yang penting, Smelly-No-More ini tidak akan menggelapkan kawasan yang dicalitkan dengan batu deodoran ini. Kepada sesiapa yang teringin mencerahkan bahagian-bahagian sensitif tubuh korang tu, bolehlah cuba Smelly-No-More ini. Berkesan tau.

Testimoni Daripada Saya


Sebenarnya ini baru hari kedua saya menggunakan Smelly-No-More, masalah-masalah sensitif yang menjadi igauan ngeri manusia di luar sana sudah tiada lagi. Memang berkesan 300%. Apa yang dinyatakan oleh Smelly-No-More memang benar. Deodoran ini cepat kering dan tidak melekit setelah berjam-jam pakai. Setelah pakai Smelly-No-More ini, saya bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang lasak. Tidak perlu risau dengan bau-bau sensitif yang boleh menggangu orang lain. Bila mama saya tahu saya pakai Smelly-No-More ini dan bertanya apa keistimewaannya, mama saya pun teringin juga nak pakai. Untunglah saya ada beli dua Smelly-No-More. Jadi saya bagi dia pakai harini. Setelah dia balik kerja tadi, mama terus cakap "Wow, hebatnya Smelly-No-More. Terasa segar sehingga sekarang. Seperti tiap-tiapa saat baru lepas mandi. Yang penting, bau sensitif sudah tiada!" Inilah penangan Smelly-No-More. Selalu buat orang teruja. Terbaiklah. Terima kasih Smelly-No-More. Korang tak nak cuba ke? :)


Testimoni di atas memang benar belaka daripada kami.
Smelly-No-More adalah pilihan yang tepat.
Tak rugi untuk beli.


Boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi utama seluruh negara.
60gram - RM16.90 & 120gram - RM 24.90
Jom beli Smelly-No-More.

Sunday, February 23, 2014

Resepi : Ayam Kabsah

Assalamualaikum.

Sudah lama rasanya saya tidak post resipi. Malas nak post resipi yang biasa-biasa ini, dalam blog orang lain pun ada kan. Jadi kali ini saya nak share resipi dengan korang iaitu resepi ayam kabsah. Masakan ini terlalu mudah untuk sesiapa yang ingin cuba. Yang penting sedap. Sori sebab tayang periuk nasi besaq tu.haha

Bahan-bahan :

5 sudu minyak zaitun
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 ulas bawah besar - dihiris nipis
1 mangkuk ayam - diperap dengan daun kari semalaman (tak perap pun tak mengapa)
3 senduk Rempah Kabsah Chef Ammar (boleh dibeli secara online di SINI)
2 cawan air


Langkah-langkah Memasak :

1. Panaskan minyak zaitun di dalam kuali besar.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik wangi.
3. Masukkan ayam. Selepas itu, masukkan rempah. Kacau dan masak dalam 1 minit.
4. Kalihkan ayam yang sudah dimasak selama 1 minit tadi ke dalam periuk nasi dan masukkan air. (Saya ingin masak masakan ini dengan menggunakan periuk nasi supaya ayam cepat lembut dan masak). Masak sehingga butang periuk nasi naik ke atas.
5. Siap dan boleh dihidangkan.


Mudah kan? Selamat mencuba.

Thursday, February 20, 2014

Hadiah Dari Giveaway Fazakkir

Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada bulan lepas saya berjaya memenangi tempat ketiga Giveaway yang dianjurkan oleh Fazakkir. Hadiah telah sampai ke rumah sejak minggu lepas. Sudah dua hari tiada entri dalam blog ini kan. Mood blogging sudah ke laut China Selatan. Nasiblah mood blogging dapat dikembalikan semula. Alhamdulillah.



Hadiah yang saya menangi ialah :
Sebotol minyak wangi dari negara Yaman
1 buku Perancangan Harian Islam
1 buku nota kecil untuk rujukan Hadis





Terima kasih Fazakkir. Jom like page Fazakkir di SINI.

Monday, February 17, 2014

Makan-Makan Di McDonald's Malaysia, Teluk Intan

Assalamualaikum.

Ini adalah kejutan daripada mama untuk makan-makan di sini. Saya pergi ke sini bersama mama, abah dan adik bongsu saya. Agak ramai juga orang ketika kami makan di sini. Sudah lama tak jejak kaki makan-makan di sini, tahun lepas pun hanya beli burger melalui Drive-Thru.


Kami beli 3 set Big Mac dan 1 set Quarter Pounder With Cheese.


Mentang-mentang beli 4 set, kentang goreng pun penuh satu dulang.


Set yang saya pilih ialah Big Mac set. Disebabkan tiba-tiba saya kempunan strawberi, saya beli McFlurry Strawberi untuk dibawa balik ke rumah. Yang penting, kenyang. Alhamdulillah.

Sunday, February 16, 2014

Follower Bertuah 1234

Assalamualaikum.

Tanpa saya sedari, rupanya follower blog saya sekarang telah mencecah 1235 follower. Alhamdulillah, masih ada yang sudi follow blog saya ini. Tercapai juga hasrat saya untuk mendapat follower sebanyak ini. Terima kasih kepada follower yang bertuah iaitu Nasuha Puteri Nass. Follower bertuah yang ke-1234.


Jom lawat Blog Pelangi Kasih.
Salam perkenalan Nasuha.

Semoga blog saya ini menjadi medan untuk para blogger menjadi rujukan.
Terima kasih kepada semua follower.

Saturday, February 15, 2014

Tutorial : Buat Ikon Instagram

Assalamualaikum.

Original tutorial from me. Inilah tutorial yang saya janjikan itu. S
eperti yang saya janjikan dalam Instagram iaitu tutorial mengenai Instagram, setelah sebulan saya mencuba untuk membuatnya, akhirnya saya sudah jumpa cara yang boleh dikatakan okay untuk membuat ikon dalam Instagram. Tetapi applikasi yang akan saya ajarkan ini tidak boleh buat semua ikon dan dikatakan banyak juga ikon yang boleh dibuat dalam Instagram. Cubalah, mana tahu korang akan suka nanti.


Syarat Wajib : Mempunyai hp Android

1. Buka Apps Store & taip GO SMS Pro.


2. Selepas dapat applikasi seperti gambar di bawah, klik Install.




3. Buka Apps Store & taip Emoji Keyboard.

4. Selepas dapat applikasi seperti gambar di bawah, klik Install.



5. Selepas download kedua-dua applikasi di atas, sila ikut langkah ini. Buka applikasi GO SMS Pro dalam hp korang. Klik Start dan masukkan nombor hp korang. Klik Activate. Tunggu kod pengesahan dan sila aktifkan akaun GO SMS Pro korang. Setelah aktifkan akaun GO SMS Pro, sila ikuti langkah seterusnya. (Jika tidak dapat aktifkan lagi akaun GO SMS Pro, boleh ikut langkah seterusnya juga. Tapi pastikan nanti korang daftar tau.)





6. Buka applikasi Emoji Keyboard dalam hp korang. Jika korang nak ubah setting dalam applikasi ini, klik bahagian Personalize. Jika tak nak, biarkan saje setting seperti itu.

7. Buka Settings hp. Buka bahagian setting keyboard hp. Kemudian tick bahagian "Emoji Keyboard" dan ubah bahagian Default Keyboard kepada "Emoji Keyboard".



ditukarkan kepada


8. Buka Instagram. Pergi ke bahagian komen Instagram dan korang akan dapati keyboard hp korang sudah bertukar. Untuk mendapatkan ikon Emoji, touch pada (yang dibulatkan dengan bulatan kuning) seperti gambar di bawah. Untuk menukar ikon yang lain, buat seperti kita menukar ikon dalam WhatsApp. Jika bentuk ikon tidak sama seperti gambar ikon ataupun error, gunalah ikon lain ye. Ini kerana tidak semua ikon yang boleh digunakan.



Selamat mencuba.
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila emel saya : pinkgemstone90@gmail.com

Friday, February 14, 2014

MUSLIM NIAGA

MUSLIM NIAGA
" Platform Dropship Produk Islamik "

MUSLIM NIAGA ialah sebuah platform dropship produk Islamik No.1 Malaysia. Ia telah banyak membantu usahawan dropship memiliki laman web kedai online sendiri. Antara kemudahan lain yang disediakan ialah :

 Menyediakan Website Kedai
Setiap RANIA (Rakan Niaga) kami dilengkapkan dengan satu website kedai online mereka sendiri. Ianya sudah dilengkapi dengan 300+ produk serta borang tempahan, sistem bayaran dan juga blog.

 Sistem Invoice & Tempahan
Memudahkan pengedar dan pembekal menguruskan tempahan terkini. Email notifikasi dihantar kepada pembeli, pengedar dan pembekal untuk memberitahu status invoice. Pembekal juga dapat mengemaskini tracking no. dan maklumat ini akan dihantar terus ke e-mail pembeli dan pengedar.

 Data Pengguna & Rekod Tempahan
Sebagai usahawan, data pelanggan sangat penting. Di sini kami benarkan anda akses ke maklumat pelanggan anda supaya anda dapat hubungi mereka. Mudah untuk anda buat 'follow-up' di masa hadapan.

 Tidak Perlu Simpan Stok
Kaedah dropship membolehkan anda untuk tidak perlu menyimpan stok tetapi masih boleh beli pada harga borong. Di sinilah anda akan menjana keuntungan. Maklumat keuntungan setiap produk (Harga ajen & Harga jual) akan dipaparkan di dalam sistem kedai online anda.

 Domain & Hosting
Anda tidak perlu fikir tentang keselamatan website. Tidak perlu pening kepala tentang bagaimana nak 'maintain' server hosting & domain kerana ianya semua dikendalikan oleh pakar-pakar kami.

 Bantuan dan Sokongan
Kami tidak akan biarkan anda berniaga keseorangan. Kami sediakan group support di Facebook khas untuk anda berinteraksi dengan kami dan ajen-ajen kami yang sudah berjaya membuat jualan secara online dan offline menggunakan sistem kami.



.: Cara Mendaftar :.

1. Pilihan Pakej dan Harga (Pilih Pakej Mengikut Kemampuan Anda)
2. Lakukan Pembayaran (Lakukan Pembayaran Mengikut Harga Pakej Pilihan Anda)
3. Pilihan Nama Domain Kedai Online (Beri Maklum Balas Berkenaan Nama Domain Kedai Online Anda)

.: Carta Alir Sistem :.

Langkah 1 : Anda promosikan kedai online anda.
Langkah 2 : Pembeli membeli produk di kedai online anda.   
Langkah 3 : Pembeli membayar kepada anda mengikut Harga Jualan.
Langkah 4 : Anda membayar Harga Kos kepada Pembekal. Anda simpan keuntungan.
Langkah 5 : Pembekal menghantar produk kepada Pembeli.


.: Soalan Lazim : KLIK SINI :.
.: Kedai Online : KLIK SINI :.
.: Testimoni : KLIK SINI :.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
No.32-3B, Sunwaymas Commercial Center,
Jln PJU 1/3B 47301, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. 
Waktu Pejabat : 9.30am - 5.00pm
Website : Muslim Niaga
No.Tel : 011-14260161
Fanpage : Muslim Niaga
Twitter : @mndropship
Service Muslim Niaga : Kedai Online, Design, Training Online, Pembekal, Seminar Mentor Dropship, Train Usahawan, Trading



MUSLIM NIAGA

MUSLIM NIAGA


Contest SEO Muslim Niaga ini
di anjurkan oleh
Farid Laham
dan ditaja oleh
Muslim Niaga
Sumai Hotel Apartment – OFFICIAL
Sumai Hotel Apartment
Projek Iqra
Farisya Anastasyia
Akma Omar
Nannie Isa
Azhafizah Md Nor
Nadia Shaira Shaf’ii
Nabila Biela
iLuvTour

Learn What In Islam (Part 2)

6. What is the "Mizaab Ar-Rahmah"?
  • It is the water spout of the Kaabah protruding from the roof into the hateem.


7. During which prophets lifetime did the king order all male children to be killed at birth? Who was this king?
  • During prophet Nabi Musa A.S lifetime. The king is Firaun.


8. Prophet Saleh Alaihissalam was sent to?
  • People of Thamud. To the thamud people (We sent) Salih one of their own brethren: he said: "O my people! Worship Allah; ye have no other god but Him. Now hath come unto you a clear (sign) from your Lord! This she-camel of Allah is a sign unto you: so leave her to graze in Allah's earth and let her come to no harm, or ye shall be seized with a grievous punishment.(7;73)

9. When can a deed be an act of worship ??
  • Perfect love (for Allah) along with.
  • Perfect subjection (to Him).


Allah S.W.T says : "But those who believe, love Allah more than anything else". (Al-Baqarah, 165)

Allah  the Almighty says : "Verily those who live in awe for fear of their Lord". (Al-Mu'minun , 57)

Allah  the Almighty gathered the two things in the following verse that reads, "Verily, they used to hasten on to do good deeds, and they used to call on Us with hope and fear, and used to humble themselves before Us". (Al-Anbiya', 90)

10. What is that thing for which Allah innovated the Creation?
  • Allah  the Almighty says : "And We created not the heavens and the earth, and all that is between them, for mere play. We created them not except with truth (i.e. to examine and test those who are obedient and those who are disobedient and then reward the obedient ones and punish the disobedient ones), but most of them know not". (Ad-Dukhan, 38-39)
  • He  says also : "And We created not the heaven and the earth and all that is between them without purpose! That is the consideration of those who disbelieve!". (Sad. 27)
  • He  says also : "And Allah has created the heavens and the earth with truth, in order that each person may be recompensed what he has earned, and they will not be wronged". (Al-Jathiyah, 22)
  • He  says also : "And I (Allah) created not the jinn and mankind except that they should worship Me (Alone). I seek not any provision from them (i.e. provision for themselves or for My creatures) nor do I ask that they should feed Me (i.e. feed themselves or My creatures). Verily, Allah  is the All-Provider, owner of Power, the Most Strong". (Ad-Dhariyat, 56-58)

Thursday, February 13, 2014

Cheque Nuffnang Kali Ke-4

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih setia pada Nuffnang. Sentiasa memikat hati saya dan tidak menghampakan saya lagi. Walaupun dulu pernah curang sekejap dengan Nuffnang, tapi akhirnya saya memilih iklan Nuffnang untuk terus bertempek dalam blog saya ini.


Ini adalah cheque Nuffnang saya kali ke-4. Saya sebenarnya bukan tidak mahu simpan earning ini banyak-banyak dalam akaun Nuffnang, tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Takut ada masalah dengan akaun Nuffnang secara tiba-tiba, buat penat saje kita kumpul earning itu nanti. Sebab itu saya kerap cash out.


Terima kasih Nuffnang.

Wednesday, February 12, 2014

Segmen Jom Beramah Mesra

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Domino's Pizza - Classified Chicken & Meat Mania


Kelmarin, kami order Domino's Pizza lagi. Kami order 1 xtra large Classified Chicken & 1 xtra large Meat Mania. Harganya tak sampai RM40 pun. Untungkan? Kalau tak silap saya, masa ini ada promosi. Jadi order secara online sahaja dan hantar secara delivery. Yang penting sedap. Saya pun dah tak ingat ini kali ke berapa saya makan pizza dari Domino's Pizza. Kalau korang rajin, godeklah entri saya sebelum ini. Saya suka servis mereka kerana cepat dan menepati masa. Lepas itu, pizzanya sedap dan harga berpatutan.

Tuesday, February 11, 2014

Al-Banjari - Group WhatsApp Untuk Saudara-Mara Saya

Assalamualaikum.

Bermulanya 10 Februari 2014 (12.13 a.m), tertubuhnya sebuah group WhatsApp untuk saudara-mara saya yang dibina oleh saya sendiri atas idea sepupu saya, Farahin. Dari dulu lagi saya nak buat group WhatsApp ini tapi tiada keyakinan dan takut jika mengganggu privacy mereka. Tetapi atas survey, akhirnya saya tolong buatkan. Yang pasti, saya kenalah selalu aktif dalam group ini supaya saya boleh add sepupu-sepupu yang lain juga. Yang paling best, pak saudara dan mak saudara pun join sekali tau. Best...

Mula-mula group ini digelarkan sebagai Salam Perantauan. Tiba-tiba sepupu saya (Kak Huda) tegur mengapa saya namakan group ini sebagai Salam Perantauan, ada yang nak merantau ke.haha saya hanya mampu gelak saje masa tu. Kelakar juga bila pilih nama ini pada mulanya. Biasalah tiada idea. Setelah disepakati, group WhatsApp kami ditukar menjadi Al-Banjari. Nama Al-Banjari diberikan atas sebab keturunan kami, Arab Banjar. Enjoy-enjoy ye semua cousin ku.



Ini kampung saya.

Monday, February 10, 2014

Review Setelah Minum Ephyra Kali Ke-2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cukup hari ini saya telah habis minum Ephyra. Terima kasih Ephyra & Eyriqazz.com kerana memberi saya peluang untuk merasai Ephyra. Rasanya yang sedap seakan-akan rasa sugus oren, amat sesuai untuk diminum untuk menambahkan kesihatan luaran dan dalaman badan.


Kali ini saya dapat 3 kotak Ephyra.
Setiap kotak ada 10 sachet. Jumlah semuanya ialah 30 sachet.
Menyamai 1 kotak premium Ephyra.



Sehari saya minum 1 sachet. Sedap. Yang penting, banyak kelebihannya.
Antara kelebihan Ephyra akan saya kongsikan di bawah.


Review Saya Mengenai Ephyra

  • Kadar metabolisme saya semakin bertambah dan sistem pelawasan berjalan lancar. Sebenarnya, saya tidak mahu mengulas perkara ini terlalu panjang kerana sebenarnya saya ini bukannya jenis pencinta makan buah-buahan. Jadi bila dah tahu keadaan begini, korang paham-paham sajelah ye. Saya perlukan supplemen seperti Ephyra untuk membantu saya. Alhamdulillah, semuanya ok sekarang.
  • Rambut saya kurang gugur selepas minum Ephyra. Nak dikatakan tidak gugur terus, tak adalah sampai begitu sekali. Sebelum ini rambut saya kerap gugur, terutama sekali ketika saya sikat rambut. Kadang-kadang risau juga bila tengok keadaan rambut begini. Sekarang ini, terdapat banyak perubahan yang ketara pada rambut saya. Terutama sekali ketika mandi, rambut sudah kurang gugur. Sekarang, saya sudah tidak risau lagi.
  • Mengurangkan masalah resdung. Ini mengagumkan. Baru saya sedar yang sekarang ini saya sudah tiada alergik pada udang laut dan ketam. Semasa kotak pertama dulu, saya tak tahu sama ada akan berkesan pada pengambilan Ephyra yang pertama kali atau tidak, sebab saya tidak makan udang laut dan ketam ketika itu. Tetapi pabila saya balik kampung atok ketika cuti Hari Raya Cina dulu, saya ada cuba-cuba makan ketam dan udang laut (sebab kempunan), tiba-tiba saya tersedar alergik saya dah hilang. Rasa nak meloncat gembira bila tahu saya dah boleh makan makanan laut ini. Maklumlah, saya dah lama kempunan nak makan ketam dan udang laut. Nanti, bila ada masa terluang saya nak pergi restoran yang jual ketam lembut dan makan sepuasnya. Ayat ini macam balas dendam saje kan.haha

Terima kasih Ephyra kerana beri saya peluang mencuba.
Doakan saya murah rezeki supaya nanti saya boleh beli Ephyra.