Lazada Malaysia
Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Monday, February 24, 2014

Kekal Segar Bersama Smelly-No-More Total Image

Assalamualaikum.

Pasti ada di kalangan korang baru pertama kali mendengar nama Smelly-No-More dan pasti ada yang pernah mendengar nama Smelly-No-More. Smelly-No-More adalah ubat untuk cik Katty. Tahu ke cik Katty tu apa? Kalau tak paham tu, buat-buat pahamlah ye.hehe


Inilah dia ubat baru untuk cik Katty. Ubat ini paling berkesan diantara kesemua ubat-ubat cik Katty. Pasti korang pelik kenapa saya bagitau Smelly-No-More yang paling berkesan. Nanti saya bagi pencerahan panjang ye. Maklumlah, saya rasa entri ini yang paling saya teruja nak share. Jom baca review saya ini.


Smelly-No-More adalah produk yang dihasilkan oleh Total Image. Smelly-No-More adalah batu deodoran kristal yang diperolehi dari garam mineral semula jadi tulen yang berkesan menghilangkan bau badan yang kuat dengan menghalang pertumbuhan bakteria bau dan menghasilkan kesegaran yang lebih tahan lama.
  • Bersifat asli
  • 300% lebih berkesan berbanding deodoran komersial yang lain
  • Bersifat anti-alergik
  • Bebas alkohol
  • Tidak melekit


Cara Pemakaian Smelly-No-More



Mudah saje nak pakai Smelly-No-More ini. Hanya basahkan dengan air di penghujung batu Smelly-No-More dan calitkan di tempat yang dinyatakan di dalam gambar di atas. Yang penting, Smelly-No-More ini tidak akan menggelapkan kawasan yang dicalitkan dengan batu deodoran ini. Kepada sesiapa yang teringin mencerahkan bahagian-bahagian sensitif tubuh korang tu, bolehlah cuba Smelly-No-More ini. Berkesan tau.

Testimoni Daripada Saya


Sebenarnya ini baru hari kedua saya menggunakan Smelly-No-More, masalah-masalah sensitif yang menjadi igauan ngeri manusia di luar sana sudah tiada lagi. Memang berkesan 300%. Apa yang dinyatakan oleh Smelly-No-More memang benar. Deodoran ini cepat kering dan tidak melekit setelah berjam-jam pakai. Setelah pakai Smelly-No-More ini, saya bebas untuk melakukan sebarang aktiviti yang lasak. Tidak perlu risau dengan bau-bau sensitif yang boleh menggangu orang lain. Bila mama saya tahu saya pakai Smelly-No-More ini dan bertanya apa keistimewaannya, mama saya pun teringin juga nak pakai. Untunglah saya ada beli dua Smelly-No-More. Jadi saya bagi dia pakai harini. Setelah dia balik kerja tadi, mama terus cakap "Wow, hebatnya Smelly-No-More. Terasa segar sehingga sekarang. Seperti tiap-tiapa saat baru lepas mandi. Yang penting, bau sensitif sudah tiada!" Inilah penangan Smelly-No-More. Selalu buat orang teruja. Terbaiklah. Terima kasih Smelly-No-More. Korang tak nak cuba ke? :)


Testimoni di atas memang benar belaka daripada kami.
Smelly-No-More adalah pilihan yang tepat.
Tak rugi untuk beli.


Boleh didapati di Watsons, Guardian, Caring dan farmasi utama seluruh negara.
60gram - RM16.90 & 120gram - RM 24.90
Jom beli Smelly-No-More.

Monday, February 10, 2014

Review Setelah Minum Ephyra Kali Ke-2

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, cukup hari ini saya telah habis minum Ephyra. Terima kasih Ephyra & Eyriqazz.com kerana memberi saya peluang untuk merasai Ephyra. Rasanya yang sedap seakan-akan rasa sugus oren, amat sesuai untuk diminum untuk menambahkan kesihatan luaran dan dalaman badan.


Kali ini saya dapat 3 kotak Ephyra.
Setiap kotak ada 10 sachet. Jumlah semuanya ialah 30 sachet.
Menyamai 1 kotak premium Ephyra.



Sehari saya minum 1 sachet. Sedap. Yang penting, banyak kelebihannya.
Antara kelebihan Ephyra akan saya kongsikan di bawah.


Review Saya Mengenai Ephyra

  • Kadar metabolisme saya semakin bertambah dan sistem pelawasan berjalan lancar. Sebenarnya, saya tidak mahu mengulas perkara ini terlalu panjang kerana sebenarnya saya ini bukannya jenis pencinta makan buah-buahan. Jadi bila dah tahu keadaan begini, korang paham-paham sajelah ye. Saya perlukan supplemen seperti Ephyra untuk membantu saya. Alhamdulillah, semuanya ok sekarang.
  • Rambut saya kurang gugur selepas minum Ephyra. Nak dikatakan tidak gugur terus, tak adalah sampai begitu sekali. Sebelum ini rambut saya kerap gugur, terutama sekali ketika saya sikat rambut. Kadang-kadang risau juga bila tengok keadaan rambut begini. Sekarang ini, terdapat banyak perubahan yang ketara pada rambut saya. Terutama sekali ketika mandi, rambut sudah kurang gugur. Sekarang, saya sudah tidak risau lagi.
  • Mengurangkan masalah resdung. Ini mengagumkan. Baru saya sedar yang sekarang ini saya sudah tiada alergik pada udang laut dan ketam. Semasa kotak pertama dulu, saya tak tahu sama ada akan berkesan pada pengambilan Ephyra yang pertama kali atau tidak, sebab saya tidak makan udang laut dan ketam ketika itu. Tetapi pabila saya balik kampung atok ketika cuti Hari Raya Cina dulu, saya ada cuba-cuba makan ketam dan udang laut (sebab kempunan), tiba-tiba saya tersedar alergik saya dah hilang. Rasa nak meloncat gembira bila tahu saya dah boleh makan makanan laut ini. Maklumlah, saya dah lama kempunan nak makan ketam dan udang laut. Nanti, bila ada masa terluang saya nak pergi restoran yang jual ketam lembut dan makan sepuasnya. Ayat ini macam balas dendam saje kan.haha

Terima kasih Ephyra kerana beri saya peluang mencuba.
Doakan saya murah rezeki supaya nanti saya boleh beli Ephyra.