Lazada Malaysia

Monday, September 30, 2013

Addin Talk Show


Alhamdulillah, dapat dengar talk show ni secara live yang bertajuk "Addin Talk Show". Datang ke sini semata-mata nak dengar perbahasan daripada ketiga-tiga finalis ni . Mereka bertiga memang terbaik!







Jangan setkan bahawa kahwin masa belajar ini akan buat gred kita jatuh, malah akan tingkatkan lagi gred. Sebab apa? Sebab bila dah kahwin, segala tekanan itu hilang lepas kelas, balik rumah ada yang menanti. Nak belajar, sampai bila-bila pun boleh belajar. Tapi kalau nak kahwin, bila sampai jodoh, kahwinlah. Sebab kahwin ini boleh menjaga mata dan menjaga maruah kita.

* Sebenarnya banyak lagi perbahasan daripada mereka, saya cuma ingat yang ini sajelah.hehe :)

Friday, September 27, 2013

Surat Siti Hajar Aladin Kepada Perdana Menteri Malaysia


 Terima kasih kak Siti Hajar Aladin.

Assalamualaikum Dato’ seri.. Tujuan saya menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri.. Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato’ Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun.

Sejak akhir-akhir ini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan.

Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun.Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan?

Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak? 

Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik.

Dato Seri,
Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri?

Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato’ Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga.
Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.

Gaji kasar : RM2300 (fresh graduate)
Gaji bersih : RM2032 (masih tidak layak menerima BR1M)
Kereta : RM 400 (Kawasan yang sukar mendapatkan public transport seperti di kawasan Damansara, maka kami memerlukan kereta)
Tol: RM1.60 x 2 kali sehari : RM 3.20 x 23 hari = RM73.60 (melalui LDP, masih tidak menerima 20% rebate touch n go)
Parking : 23 hari x RM5 = RM115 
Minyak : RM 12 x 23 hari = RM230 (dari Taman Melati ke Damansara dan untuk ke kerja sahaja)
Sewa : RM 200 (paling murah di Kuala Lumpur untuk satu bilik)
PTPTN : RM150 (minimum)
Makan untuk sebulan = RM 450 (sehari RM15)
Ibu Ayah = RM200
Baki : RM2032 – RM400 – RM73.60 – RM115 – RM230 – RM200 – RM150 – RM450 – RM200
TOTAL BAKI : RM213.40

Ini apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan.

Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato’ Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah.

Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami.

Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato’ Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita.

Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini.

Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato’ Seri dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato’ Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami.

Terima kasih

Ikhlas,
Siti Hajar binti Aladin

Happy Birthday Sys Niena Rizal & Sys Solehah


Dear sys Niena Rizal & sys Solehah ;

With as much love, as I can share,
I wanted to let you know I care
Enough to send some love your way,
On your very special day!
Happy Birthday, sweetheart!

No birthday gift will be enough to make up for the the gift you gave me - the gift of your love. Happy Birthday to amazing little you!

On the lovely occasion of your birthday, I just want to remind you that I deeply, truly, madly am in love with you. Let’s make the most of your big day today!
Nothing brings me more happiness than the smile on your face. I want to see that smile on my girlfiend’s lips forever. Celebrate! You deserve the best.

* Maaf lambat wish.

Wednesday, September 25, 2013

Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak (Versi 2)

Assalamualaikum.


Baru-baru ni saya pergi lagi ke Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak. Kali ni saya pergi dengan famili, di saat matahari menghampiri waktu terbenam. Jika datang ke sini, semestinya saya akan ambil gambar pemandangan di sekitarnya. Salah satu tempat yang wajib dilawati di Kuala Kurau, Perak.













Dalam banyak-banyak gambar di atas, saya paling suka gambar di bawah.
Kakak sayang mama & abah! 

Sunday, September 22, 2013

Kenapa Tiada Gambar Saya & Tiada Kawan Lelaki Dalam Facebook?

Assalamualaikum.

Korang masih ingat lagi status Facebook saya yang berkenaan dengan tajuk entri ni? Saya mintak maaf sebab lambat submit entri ni. Bukan terlupa, tetapi sebenarnya saya tiada kesempatan untuk mengarang entri ni. Entri ni pun saya baru menaip petang ni.


Kenapa Tiada Gambar Saya Dalam Facebook

Sebenarnya saya ni bukannya anti-sosial sampai tak nak letak gambar saya dalam Facebook, tetapi sebenarnya saya takut perkara lalu akan menghantui hidup saya lagi. Nak dibandingkan saya dengan korang, dulu saya lagi banyak upload gambar saya dalam Facebook. Berpuluh-puluh album hanya ada muka saya saje, tetapi sekarang saya dah padam. Ini kerana ada satu perkara yang membuatkan saya menyesal nak upload gambar dalam Facebook. Nak tau? Okay ni saya nak cerita. Dulu boleh dikatakan saya ni jenis peramah orangnya. Disebalik keramahan saya tu, ada seseorang yang dah lama pendam perasaan pada saya. Nak dijadikan cerita, dulu saya ada berkawan dengan seorang mamat Indon. Sejak berkawan dengan dia, dia tak pernah tunjukkan apa-apa sifat yang boleh bagi saya marah. Tetapi, selepas dah lama berkawan rupanya ada udang di sebalik batu. Dia bagitau saya, selama berkawan tu dia dah simpan semua gambar saya. Saya tanya, kenapa simpan. Dia bagitau yang dia suka saya dan ajak saya kawin dengan dia. Dia bagitau dia nak tinggal di Malaysia. Saya jawablah, saya tak boleh buat camtu sebab saya hanya anggap dia sebagai kawan. Dah banyak kali saya suruh dia padam semua gambar saya. Dia ni bukan jenis simpan saje, tapi dia juga upload gambar saya dalam Facebook dia. Sampaikan orang lain anggap saya ni awek dia. Tetapi dia tetap juga tak nak padam. Saya ambil keputusan untuk blocked Facebook dia buat selama-lamanya. Saya padam semua album gambar saya dan bertekad tak nak upload gambar saya seperti dulu.

Kenapa Tiada Kawan Lelaki Dalam Facebook

Siapa kata saya tiada kawan lelaki dalam Facebook? Sebenarnya ada, tapi mereka kurang menonjol untuk komen status Facebook saya. 3 orang adik saya dan 2 orang kawan rapat saya. Kiranya semua hanya ada 5 orang lelaki sajelah. Saya bukannya tak nak terima request Facebook dari lelaki, tetapi saya rasa saya lebih selesa untuk membiarkan Facebook saya hanya ada kawan perempuan saje. Jadi tiada gosip, tiada cemburu, tiada salah sangka dan hanyalah perdamaian. Peace Forever! haha Kepada mana-mana lelaki yang nak tanya apa-apa kat saya, korang inbox sajelah Facebook saya. Saya akan cuba reply. Tapi inbox yang penting-penting sajelah tau. Kalau nak mengorat, tak digalakkan... :p

Friday, September 20, 2013

Kak Ros Mee Udang Berasap Sungai Baru


Pemilik : Rosnah Ismail & Muhd Syafi Khamri
Alamat : Lot-1704, Jalan Pantai, Sungai Baru, 34250 Kuala Kurau, Perak, Malaysia.
Waktu : Setiap hari Selasa - Ahad ( Cuti : Isnin ) / 2.30 p.m - 11 p.m
No. Telefon : 017-439 9065


Harga sepinggan mee udang biasa adalah RM5, sederhana RM7 dan istimewa RM9.50. Yang penting, bila dihidangkan mestilah berasap. Selain tarikan pada menu masakan, restoran ini juga menawarkan menu minuman tersendiri yang boleh menarik perhatian pengunjung. Antaranya, minuman coklat tiga musim, jus buah-buahan tiga musim dan air batu campur (ABC). Selesai makan, korang boleh menikmati pemandangan indah Ban Pecah, Kuala Kurau, Perak yang saya ada ceritakan dalam blog ini. Hanya 5 minit untuk ke sana. Jom melancong!

Tips : Cara Mengelakkan Diri Dari Ditipu Oleh Penjual Online Shop

Sebagai peringatan bersama. Kasihan pada roomate ku, ditipu oleh online shop yang menjual handphone. Alhamdulillah, si penjual berjanji akan pulangkan semula duit yang dah dibank-in. Itupun dipaksa setelah laporan polis dibuat. Sebenarnya bukan semua online shop yang menipu, ada sesetengah saje yang tak boleh dipercayai. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh kerana saya ada pengalaman shopping di online shop, saya nak bagi tips pada korang supaya tidak mudah ditipu.

1. Pastikan nama penjual, emel penjual, alamat penjual dan nombor telefon penjual ada dalam simpanan. Ini untuk memastikan korang boleh contact penjual secara direct jika mereka menipu.

2. Simpan/capture/printscreen slip bank-in.

3. Saya tak sarankan korang beli sesuatu yang berharga beratus-ratus keatas melalui online shop. Jika nak beli juga, pastikan website/online shop tu sudah dikenali ramai. Jika website/online shop tu hanyalah kecil-kecilan saje, sila lihat testimoni/pengalaman orang membeli dengannya. Maksudnya, si penjual ni dikenali ramai. Ha, lagi satu nasihat saya. Korang tau laman web Mudah.my kan? Hati-hati dengan peniaga dalam website tersebut, banyak yang tak boleh dipercayai.

4. Jika korang nak beli barang berharga seperti handphone, laptop, emas atau sebagainya, saya tak mengesyorkan korang beli barang-barang seperti ini secara online. Ini untuk mengelakkan kecacatan barang dan penipuan dalam urusan jual beli. Apa salahnya beli secara by hand, boleh tengok keadaan barang tersebut.

5. Jika korang beli barang, sila pastikan korang bayar harga barang tu mencukupi. Maksud mencukupi di sini ialah tiada lebihan bayaran, untuk mengelakkan duit lebihan bayaran hilang ketika proses penghantaran. Ini kerana, terdapat sesetengah penjual masukkan duit lebihan bayaran di dalam parcel korang. Jika korang shopping melalui website luar negara pula, parcel korang akan melalui scanner parcel di pejabat kastam terlebih dahulu. Jadi jika scanner parcel tu dapat mengesan wang di dalam parcel tersebut, penghantaran tak dapat dilakukan pada kita. Korang kena pick up sendiri barang tersebut. Selalunya, kes ni terjadi di Pejabat Kastam KLIA.

* Saya berharap dengan tips daripada saya ni dapat dijadikan panduan ketika shopping di website/online shop.

Thursday, September 19, 2013

Sauna Belt


Assalamualaikum.

Siapa di sini suka sauna? Kepada sesiapa yang suka bersauna, korang perlu cuba sauna belt ni. Ditambah pula jika korang selalu bersauna, kesihatan korang akan sentiasa terpelihara kerana peluh keluar dari dalam badan.

Ciri-Ciri Utama Sauna Belt

1. Infrared – Memancarkan tenaga infrared sejauh 8-12 milimeter ke bawah kulit untuk memecahkan lemak dan membakar kalori dengan pantas.
2. Traditional Chinese Meridian Function – Dengan menggunakan fungsi pemulihan Chinese Meridian, sauna belt ini membantu melancarkan perjalanan darah, membuatkan diri tenang, menghilangkan letih, membuang angin dan membantu badan supaya segar.
3. Navel Heat Therapy – Sauna belt ini juga membantu proses pencernaan dan penghadaman.
4. AC Power supply & CE Approved.
5. Membantu menghilangkan lemak berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
6. Sauna peribadi anda yang boleh digunakan di mana-mana & pada bila-bila masa.
7. Sauna belt ini membantu mengeluarkan peluh & toksin yang tidak diperlukan oleh badan.
8. Sesuai digunakan pada bahagian perut, pinggul, paha, belakang badan, lengan dan tempat-tempat yang lenguh.


Cara Menggunakan Sauna Belt

1. Pasangkan sauna belt pada bahagian perut atau bahagian yang diperlukan.
2. Pusing penggubah suhu sehingga mencapai tahap kepanasan yang diinginkan.
3. Sauna belt akan mati/off sendiri selepas 10 minit.
4. Pastikan anda mencabut plug sauna belt selepas digunakan.
5. Bersihkan sauna belt menggunakan tuala yang bersih.
6. Rehat 15-20 minit selepas menggunakan sauna belt sebelum mandi.


Manual Penggunaan Sauna Belt

1. Jangan cucuk sauna belt dengan pin, jarum atau sebarang objek apabila sedang menggunakan sauan belt.
2. Jangan basuh sauna belt in menggunakan mesin basuh. Cukup sekadar mengelap menggunakan tuala.
3. Jangan gunakan sauna belt ini apabila berada di bawah pengaruh dadah, ubat dan alkohol.
4. Kanak-kanak dilarang untuk menggunakan sauna belt ini.
5. Jangan tidur apabila sedang menggunakan sauna belt ini.
6. Jauhkan sauna belt ini daripada air.
7. Wanita mengandung dilarang menggunakan sauna belt ini.


Kelebihan Sauna Belt

1) Sauna Belt diperbuat daripada material yang berkualiti tinggi dan tahan lama dan bukan second hand.
2) Packaging yang menarik.
3) Suhu yang bersesuaian dengan Malaysia.
4) Harga yang berpatutan.


5 Sebab Mengapa Sauna Belt Direka

1) Melancarkan peredaran darah.
2) Mengurangkan lenguh2 di badan dan muscle relaxation.
3) Mengurangkan lenguh2 di pinggang atau sakit belakang.
4) Untuk gantikan tungku selepas bersalin. Fitkan semula perut yang geleber.
5) Buangkan angin berlebihan.


Tips Mengempiskan Perut Bersama Sauna Belt


Amalkan memakai sauna belt selama 50 minit setiap hari. Di galakkan untuk minum air panas/suam sebelum dan selepas menggunakan sauna belt.



Harga RM25. Postage RM7 untuk SM & RM9 untuk SS.
Jika nak order, emel saya ke : pinkgemstone90@gmail.com

Wednesday, September 18, 2013

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

Assalamualaikum. Sebelum saya ulas dengan lebih lanjut tajuk entri ni, saya nak korang join segmen ni di SINI. Disebabkan saya dah join segmen ni, saya ingin kongsi pengalaman saya bersama blog saya. Alhamdulillah, sejak saya bergelar seorang blogger sejak 1 Januari 2013 saya dapat menjana pelbagai jenis pendapatan sampingan bersama blog. "Tak percayalah dalam setahun lebih dapat macam-macam, hasil dari blogging" - Ayat ni selalu saya terima dari pelbagai pihak. Tapi berkat sokongan dari blogger terdekat, saya mampu bertahan dalam dunia blogging sehingga sekarang. Sebagai contoh, saya dapat menjana pendapatan dari Nuffnang, iklan di blog, hadiah wang tunai melalui contest SEO dan pelbagai lagi yang korang boleh tengok di SINI. Di dalam entri tersebut, saya sertakan semua jenis pendapatan/hadiah hasil dari blog saya.

Mungkin orang di luar sana fikir yang blogger ni hanya buang masa saje. Sebenarnya sangkaan tu adalah salah. Jika betul saya buang masa, bagaimana saya boleh dapat banyak duit hasil dari blogging? Jadi saya harap apa yang terlintas di fikiran orang luar yang bukan blogger, saya nak mereka ubah tanggapan yang buruk ni pada kami yang merupakan seorang blogger. Kami tak ganggu sesiapa, yang penting ini adalah hobi masa lapang kami yang positif. Daripada mengadap Facebook saje, apa yang dapat? Baik buat blog. Dapat duit. Itu yang terbaik!

Meraut Daun Pokok Kelapa Untuk Dibuat Penyapu Lidi

Assalamualaikum.

Ini pertama kali saya cuba buat penyapu lidi. Terima kasih kepada mama saya sebab ajar saya. Rupanya nak meraut daun pokok kelapa ni bukannya susah pun. Senang saje. Korang patut cuba tau. Saya dan mama nak buat penyapu lidi untuk kemudahan maklong dan makngah di kampung. Oleh kerana tak tau nak buat apa ketika di kampung, kami cari daun pokok kelapa untuk dibuat penyapu lidi.


Gambar atas ni, daun pokok kelapa yang dah siap diraut.


Inilah hasilnya. Penyapu lidi yang dah siap, cuma belum diikat kemas.
Cubalah korang buat, senang saje! :)

Monday, September 16, 2013

Selamat Hari Malaysia 2013


Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Selamat bercuti dan selamat berhujung minggu. Alhamdulillah, keamanan Malaysia masih dapat dikekalkan sehingga kini. Jika tanpa perpaduan, keamanan tidak akan dicapai sehingga sekarang. Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama menjaga keamanan negara yang kita cintai ini. Saya bangga jadi anak Malaysia!

Sunday, September 15, 2013

Anugerah Inovasi Sektor Awam 2013 Di Teluk Intan, Perak

Assalamualaikum.

Tahniah diucapkan kepada Pejabat Daerah & Tanah Hilir Perak, Teluk Intan kerana telah menjadi johan Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah & Tanah 2013. Syabas diucapakan. Alhamdulillah dengan kemenangan ini warga PDTHP juga menerima hadiah kemenangan, termasuklah abah saya sendiri. Terima kasih.

Sila baca berita selanjutnya :

Saturday, September 14, 2013

Menang Tempat Ke-5 Dalam Contest SEO MyKad Smart Shopper

Assalamualaikum.

Tiba-tiba terasa nak buat entri kemenangan dalam Contest SEO MyKad Smart Shopper. Pemenang rasmi contest ni telah dimumkan di SINI. Alhamdulillah walaupun menang tempat ke-5, saya bersyukur kerana berpeluang untuk menyertai contest SEO ni. Tapi kali ni, bukan ratu SEO yang menang. Tapi raja SEO pula yang menang iaitu Halaluka. Tahniah awak.

Salah satu sebab mengapa entri saya jatuh merudum ke tangga ke-5 ialah kerana saya tak buat backlink yang selalu saya buat ketika menang contest SEO yang lepas. Oleh kerana saya kesuntukan masa dan sibuk, saya tidak memberi sepenuh komitmen untuk contest ni. Tapi itu tidak mengapa kerana saya masih boleh menang hadiah saguhati. Terima kasih Anuar kerana menganjur contest SEO ini. Nanti buatlah lagi contest ni ye.

* Alhamdulillah, menang RM50. Ada sesiapa yang nak belanja saya lagi? :)

Positively Malaysia

Assalamualaikum.

Terima kasih untuk entri Positively Malaysia yang telah dikongsikan oleh Hanis Zalikha kepada pembacanya. Entri tersebut bagi saya inspirasi untuk update entri terbaru mengenai Positively Malaysia atau dikenali juga sebagai Kebaikan Rambang. Apa yang boleh difahami dengan "Kebaikan Rambang"?

Tolong-menolong

Sejak saya menjadi blogger, saya merasakan semua blogger di Malaysia ni terlalu baik hati. Walaupun saya baru 2 tahun menjejakkan kaki dalam dunia blogging, saya dapat merasakan blogger di Malaysia ini mempunyai sifat yang suka tolong-menolong di antara satu sama lain. Sebagai contoh : jika blog ada masalah dan kita tak tahu macamna nak selesaikannya. Tanya saje pada blogger Malaysia yang lain, pasti akan ada yang menolong sehingga masalah selesai. Yang paling best, bila bantuan itu hanyalah percuma. Cuba tanya pada blogger luar negara yang lain, pasti ada berkira.


Murah Dengan Senyuman

Rakyat Malaysia ni memang murah dengan senyuman. Bila kita jumpa sesama kita, pasti kita akan senyum secara automatik pada orang yang kita jumpa tu. Setuju? Semua itu terjadi secara spontan kerana kita telah dilatih untuk sentiasa senyum pada orang lain ketika kecil lagi. Tidak hairanlah jika orang luar negara mengatakan yang rakyat Malaysia ni memang peramah orangnya. Sentiasa senyum tak kira masa. Senyuman itu satu sedekah.

Hormat-menghormati


Saya terima mesej ni dari kawan luar negara saya. Cikgu dari negara Jepun puji pelajar Malaysia yang sentiasa hormat terhadap guru. Dari dulu lagi, sememangnya rakyat Malaysia mempunyai sifat hormat-menghormati sesama sendiri dan juga tetamu. Tidak hairanlah jika pelancong asing suka melancong ke Malaysia. Ini kerana mereka bangga dengan sifat hormat-menghormati yang tersemai di dalam hati setiap rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan Agama. Alhamdulillah, saya bersyukur jadi rakyat Malaysia.



Sebenarnya banyak lagi kebaikan rambang rakyat Malaysia. Sila kongsikan kebaikan rambang yang korang lakukan atau rasai dengan menggunakan hashtag #PositivelyMalaysia dan tagkan negeri korang di My Malaysia.

Friday, September 13, 2013

Hanis Zalikha : Covergirl Majalah Remaja & Majalah Lisa Edisi September 2013


Kerana Hanis Zalikha, akhirnya saya memiliki kedua-dua majalah ni. Majalah Remaja & Majalah Lisa edisi September 2013. Covergirl : Hanis Zalikha 


Sebelum ni, saya ada buat entri mengenai Hanis Zalikha Si Blogger Jelita. Korang dah baca entri tu? Kalau belum, terjahla dulu. Sejujurnya saya selesa dengan cara Hanis. Cantik, peramah dan tak sombong. Walaupun kami sebaya, tak salahkan kalau saya nak jadi peminat tegar Hanis. Kadang-kadang tu teringin juga nak jadi macam Hanis, tapi rasanya mustahil. Sebab saya ni tak suka "interframe" depan orang ramai. Jadi simpan sajelah impian tu. Korang, jom lawat Blog Hanis Zalikha.

Thursday, September 12, 2013

Figure Up

Assalamualaikum.

Kali ni saya nak share mengenai Figure Up. Figure Up ni saya yang jual. Figure Up di bawah ni saya nak bagi pada kawan saya. Nanti selepas cuti Hari Malaysia, saya akan post Figure Up ni. Selalunya Figure Up ni berharga RM60 (SM) & RM65 (SS). Tapi saya hanya jual dengan harga RM50 free postage. Murahkan? . Ni harga special saya bagi tau.




 "KAPSUL DIET MAMPU MENURUNKAN 10-15KG SEBULAN"

Kapsul Figure Up dihasilkan 100% dari bahan semulajadi yang berkesan membakar lemak dan melangsingkan badan dengan mudah, cepat dan selamat terutama di bahagian badan di mana lemak mudah terkumpul seperti punggung, peha, lengan dan perut.

Ia diadun sempurna dengan pelbagai jenis tumbuhan seperti Garcinia Cambogia, ekstrak Teh Hijau, Citrus Aurantium dan Aloe Vera, serta tidak memiliki unsur-unsur zat kimia berbahaya yang boleh memberi kesan buruk kepada pengguna seperti cirit-birit dan alahan.


KANDUNGAN BAHAN AKTIF

1. Garcinia Cambogia (Asam Gelugur) - Hydroxycitric Asid (HCA) yang terdapat daripada buahan Garcinia Cambogia sangat berkesan untuk menghalang pembentukan lemak di samping bertindak mengaktifkan badan untuk menukar karbohidrat kepada tenaga dan bukan nya lemak. Ianya juga begitu berkesan mengawal selera makan, mengurangkan kolesterol, menambah tenaga, merawat masalah kemurungan, susah tidur, migrain, gastrik, kencing manis dan darah tinggi. Ia juga mampu mengelakkan kegemukan semula selepas mendapat berat badan ideal.

2. Ekstrak Green Tea (Teh Hijau) - Juga dikenali dengan nama Camelia Sinensis memang mempunyai pelbagai khasiat. Ia membantu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak yang diperlukan untuk menurunkan berat badan, menurunkan tahap gula dalam darah serta mengatasi keracunan makanan. Teh hijau berupaya membunuh bakteria serta dapat merawat penyakit cirit-birit dan dikatakan mampu mencegah penyakit kanser dan mengurangkan risiko pelbagai penyakit lain termasuk esophagus, paru-paru, payu dara dan penyakit jantung.

3. Citrus Aurantium - Juga dinamakan bitter orange. Ia diguna sebagai bahan mengawal berat badan. Anta kelebihan nya ialah meningkatkan kadar metabolisma, mengawal selera makan, membakar lemak dan membantu sistem pencernaan berfungsi pada tahap normal.

4. Aloe Vera – Kelebihan tumbuhan ini adalah untuk sebagai pelembap semulajadi, menghilangkan kesan lemak, membantu proses penghadaman dan mengatasi masalah sembelit.

DOS PENGAMBILAN

- hanya 1 biji sehari sebelum sarapan, diikuti dengan segelas air suam/bersih.
- tidak perlu mengawal makan, tapi banyakkan minum air bersih sepanjang hari untuk proses detox.
- untuk kesan lebih baik, elakkan minuman berkafein, soya dan susu dalam tempoh beberapa jam selepas pengambilan kapsul Figure Up.

* HALAL
* 100 Herba
* Blh diambil ketika haid
* Ibu yg menyusui bayi boleh amalkan (usia anak 7 bulan ke atas)
* Mengandung tidak dibenarkan
* Tiada pantang larang dalam pemakanan


KENAPA MEMILIH FIGURE UP?

1. Berat badan naik bagai dipam-pam!
- Masalah berat badan menjadi kian menular dalam masyarakat kini, penyebab utama nya ialah faktor keturunan, kehamilan, pola makanan, ubat-ubatan dan lain-lain. 

2. Macam2 dan cuba belum menunjukkan hasil!
- Pelbagai cara telah dilakukan seperti diet, bersukan, sedut lemak, sapu losyen pelangsingan dan telan bermacam-macam pil kurus di pasaran. Namun berat badan masih tidak berubah malahan semakin gemuk! Lebih parah apabila gagal berdiet kerana tidak dapat mengawal selera makan.


TESTIMONI





Kepada sesiapa yang nak tempah, boleh emel saya ke : pinkgemstone90@gmail.com

I Miss You, Cousin


I miss u cousin, Maryam Wong. And I miss u too, Omar.
Feel wanna jump to KL and see how clever your son now.
But, I'm  too busy. No have time to come there.
So, I stalk my cousin's facebook to see Omar.
Here it is...


Hi, I'm Omar.


For hire.                                                                                     Checking portfolio.


        These are his daily life. Always busy.


Although busy, he kept insisting this is how his name is spelt. Omar...!

And the last... ♥ Happy Birthday sis Maryam