Lazada Malaysia

Tuesday, November 6, 2012

Home » » Tutorial : Cara Buang Virus Malware Dalam Blog

Tutorial : Cara Buang Virus Malware Dalam Blog

Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jadi virus ialah musuh ancaman utama kepada semua komputer dan laptop. Bukan itu sahaja, virus juga boleh menyerang sesebuah blog. Jadi ada beberapa cara untuk membuang virus malware di dalam blog. Sila lihat tutorial di bawah.

CARA 1

1. Log in > Dashboard > Template > Edit HTML > Proceed > (Tick Expand Widget Templates).
 2. Ctrl+F (Taip : mommypinky85 / ripway / nikbir / www.girlytwitter.com).
3. Jika ada keluar salah satu link di atas iaitu : mommypinky85 / ripway / nikbir / www.girlytwitter.com , delete link tersebut.
4. Selepas delete link malware tersebut,  preview blog dahulu kemudian save.

CARA 2
 
Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer korang diserang oleh malware berkenaan. Ia akan dikesan apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Pastikan korang tidak memilih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan semasa "Configure Blog List".

1. Log in > Dashboard > Layout > Blog List.
2. Kemudian pastikan korang "Tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong.
3. Setelah itu barulah klik "Save".

Hanya langkah ini saja yang mampu membersihkan blog korang dari dijangkiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan. Setelah selesainya, korang perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser. Kemudian tutup browser korang. Buka semula browser google chrome dan cuba buka blog kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.


PERHATIAN! 
 
 # Bagi sesiapa yg pakai tutorial ENERGY SAVING MODE, korang digalakkan untuk DELETE tutorial tu. Ada sesetengah kod tersebut, membolehkan blog korang terkena Virus Malware.

Jika ada sebarang masalah, sila ajukan persoalan di entri ini. Terima kasih.

20 sweet comments:

Reena Sidek said...

semoga tuto ni dpt membantu ain.... akak dulu pernah terkena juga malware ni.... sampai satu tahap.... kena buat template baru... :(

Mrs Velentine said...

ain kena cuba ni..supaya kes nya selesai

Unknown said...

owh..baru taw..maseh sebab share info ni..

tiqa said...

thanx for da helpful info. :D

Miss N™ said...

terima kaseh info solehah.. :)

dya nasir said...

dya nk cuba lh

kinara kinatara said...

wah imfo yang sangat berguna kak..:)

kak ain cepat terjah sini:)

Chic Na said...

tq share tips ni. tgk ramai je yg kena. takut lak.

Solehah Shamsuddin said...

@Masz Sidek smpai wt template baru tu yg payah.haishh nth pe2 je virus ni

Solehah Shamsuddin said...

@Chic Na itulah, kita kena berwaspada.hati2 drpd virus ni

Unknown said...

owh virus ni la yg dialami ain dzaya kan??

IntaNBerliaN said...

bagus tuto ni... dpt bantu mereka yg memerlukan..

lelamaisara said...

bagus totu ni....haope dapat membantu sesiapa yg memerlukan..:)

Cikrosecute said...

nice info...solehah..

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

blog bloglist sy baru kena malware. thanks ats info ini :)

Ahmad Pazil Md Isa said...

terima kasih di atas info ini, sangat berguna. Shukran Jazilan

Unknown said...

haii nk tanya. nak pergi ke template pun tak boleh. dia keluar go back atau pun advance. so cane? :(

Solehah Shamsuddin said...

Erkk npe jd cmtu. Ke blog awk da mslh len, bknnye sbb malware.

Airis Arissa said...

Salam....dari pagi saya cuba macam2 cara. Akhirnya blog ini juga dapat bantu cara paling berkesan.... Terima kasih sangat2. Saya pinjam artikel ni ye utk blog saya ye. Krdt utk blog ni :)

Md Ruzai said...

ada x laman web yg boleh scan malware ni selain web ni http://sitecheck2.sucuri.net/