WATAK
- Aida - Watak utama di dalam Sinetron, juga penghidap sakit jantung sejak kecil.
- Meida - Tunang Doktor Panji yang sudah meninggal. Meida mengamanahkan jantungnya untuk diberikan pada orang lain. Jantung Meida diberikan pada Aida.
- Tania - Cucu Puan Laras (sebelum tahu hal sebenar).
- Firman - Bapa Aida (sebelum tahu hal sebenar).
- Nafa - Kembar Indira yang jahat.
- Indira - Kembar Nafa yang baik.
- Riza - Cucu dari kenalan Arif (Cucu Puan Laras) & Kekasih Indira.
- Arif - Ayah kepada Pak Firman.
- Laras - Nenek Tania (sebelum tahu hal sebenar).
- Vidya - Nama yang digunakan untuk Puan Laras ketika dia lupa ingatan.
- Aksan - Jiran Aida.
- Odi - Orang yang bertanggungjawab secara tidak sengaja tertukar antara bayi yang dibawanya dengan bayi yang dibawa lari oleh Pak Anas di dalam van.
- Redhuan - Seorang peguam & Suami Melia.
- Melia - Isteri Pak Redhuan yang sudah meninggal & Anak Puan Laras.
- Mila - Isteri Pak Firman.
- Anas - Abang kandung Puan Nena.
- Bondan - Ibu Aksan (sebelum tahu hal sebenar).
PENGAKHIRAN
- Indira mati kerana kemalangan, manakala Nafa terselamat.
- Riza terpaksa berkahwin dengan Nafa (kembar kepada Indira yang jahat) kerana Nafa telah membuat fitnah bahawa Riza telah mencabuli kehormatannya.
- Puan Laras sudah pulih ingatannya. Puan Laras mengambil semula Puan Nena untuk kembali bekerja dengannya dan tinggal bersamanya.
- Bidan yang menyambut kelahiran anak Puan Mila akhirnya membongkarkan rahsia bahawa Pak Firman (suami Puan Mila) telah tersalah ambil anak yang telah dibuangnya sebelum ini di luar rumah anak yatim. Sepatutnya anak Pak Firman ialah lelaki, bukannya perempuan. Aida bukan anak sebenar mereka tetapi Aksan sebenarnya anak mereka berdua.
- Bondan (Ibu Aksan sebelum Aksan tahu ibu kandungnya) sebenarnya tiada anak. Aksan itu cuma anak pungut yang diambilnya di tepi rumah anak yatim.
- Aida bukan anak Puan Nena, tetapi sebenarnya Tania ialah anak Puan Nena. Ini dibuktikan kerana golongan darah Puan Nena dan Aida berbeza.
- Sebenarnya Aida ialah anak Pak Redhuan (sebelum ini disangka ayah kandung Tania), manakala ibu Aida telah meninggal selepas Aida dilahirkan. Ini dibuktikan kerana anak Pak Redhuan berambut ikal sejak kecil.
- Aida juga merupakan cucu Puan Laras, bukannya Tania.
- Doktor Panji anak Pak Anas. Doktor Panji tidak dapat menerima hakikat bahawa bapa kandungnya jahat.
- Aksan melepaskan cintanya pada Aida untuk Doktor Panji.
- Nafa dimasukkan ke dalam penjara kerana terlibat dalam kes percubaan untuk membunuh Puan Laras dan menyamar sebagai Indira.
- Doktor Panji melamar Aida untuk dijadikan isterinya.
Akhirnya habis juga Sinetron Dia Jantung Hatiku. Gigih sungguh saya tengok cerita ni sampai habis. Selepas Sinetron Dia Jantung Hatiku tamat, cerita apa pulak ye? Ada sesiapa tau?
24 sweet comments:
lorhh...suka citer indon ye? hihi..sis kureng la kot sbb x larat nk tgk episod pjg2 gini..haha..tp mak sis mmg suka sgt tgk..
hahahaha..akak x tengok sebab watak keja ni
mornink solehah:D
wow..ciksu terlepas.tamat sudah..
dulu tgk juga,pastu meleret2..bosan
aida la cucu oma laras ;D
pak anas bapa dr panji..haha
uitt.. siap nama watak ngn ending lgi..
well done!
gigih btul melayan citer ni yer.. hihi
tak sempat tgk pn ni..hihi
hahahahh...cepat kilat plak sinetron ni tamat..seigt nyue, nyue semoat tgk 1episod je..hehehe...tu pun time cuti sebelum ni..hahahahaa......
cite indo konflik keluarga yg luar biasa..hahahhaa
dya xberapa mint sinetron..sbb episod pnjg berjela
hee. tak pernah tgk pun cite ni. tahu tahu dah abis. :)
xtengok sngt cite ni ,mak suka la kekeke
Tak tgk pon sbb keja ☺☺
fuhhhh gambor apakah yg bakal di digantikan nanti kannnn
tak tengok pun. keja kan. huhu..
xsempat tgk la solehah..akak skang ni mlm jer blh lyn tv tu pun klu qalief xajak main dgn dia kihkihkih
ya ampun..nur tak tgk citer ni...
hihihi
woww... syabas berjaya melayan sinetrom samapai abisss... bukan senang tu...
hihi..kite tak geng..sbb ain tak suke tengek tv...
hihi..kite tak geng..sbb ain tak suke tengek tv...
Dah malas layan sinetron..panjang sgt...
kak tak pernah tengok cerita ni dik..hehehe.so tak tahu nak komen apa..ngeee~
x pnh tgk citer ni..
baca sinopsis ni ala2 dejavu kinabalu gak.
wawawah..
dah mcm sinopsis + fakta drama lah..kira wpun x tgk boleh phm gak lah.hihihi
tapi citernie taklah panjang kan.bab2 tykar anak nie fening lah..citer indon suka buat gimik mcm2 suspen tapi akk pun suka layan indon.suka kat dude harlinotuh..nampak dah tua dah diakan??kiranya aida2 memang kayalah ek..btuk2 ingat dia anak nena sbb perangai diakan serupa?
@ADZA IRDAWATI aka MAK DARA Sinetron Aliya :)
@wan nurul hezrina ha'ah.solehah pn xtau umur harlino tu berapa :)
Post a Comment