Lazada Malaysia

Thursday, November 8, 2012

Home » » Resipi : Fruity Crumble

Resipi : Fruity Crumble


Persediaan dan masa memasak : 
30 minit

Hidangan : 
4

Satu hidangan : 
1.4g protein, 2.3g lemak, 12g karbohidrat, 76kcal tenaga

250g koktel buah-buahan; basuh dan keringkan.


Bahan-Bahan A :

  • 4 sudu besar Nestle Cerelac Infant Cereals Multi Grain & Mixed Fruits
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudu besar bijan
  • 1 sudu besar mentega

Cara-Cara Membuat :


1. Masukkan koktel buah-buahan ke dalam mangkuk, kemudian ketepikan.
2. Ambil mangkuk lain. Masukkan kesemua bahan-bahan A serta gaulkannya dengan sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Kemudian taburkan bahan-bahan A yang telah digaulkan tadi di atas koktel buah-buahan.
4. Bakar fruity crumble di dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius sehingga ia menjadi kekuningan.
5. Selepas siap dibakar, keluarkan fruity crumble dari ketuhar dan siap untuk dihidangkan.

Info Sihat :


* Buah-buahan segar dan jus segar adalah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak berbanding daripada buah-buahan di dalam tin dan jus yang telah dibotolkan.
* Kementerian Kesihatan menyarankan supaya ibu bapa memberikan satu hidangan buah-buahan segar kepada kanak-kanak pada setiap hari.

10 sweet comments:

Mrs Velentine said...

nice resepi

Deqla manjew said...

adush..boleh telan ke tekak sis deqla mkn ni... tak [enah try.. haha..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

blh try buat kt qalief ni...thhnaks share resepi solehah

Cik Nur said...

kalau rajin boleh cuba.. :)

Che Rosliza Che mat said...

nice resepi..boleh cuba nanti..

Chic Na said...

simple je resepi. boleh try. :)

Cik Aini said...

sedap ke solehah?tgk gaya mcm senang je resepi tu tp takut la plak wat2 kang x lalu mkn lak..senang cakap solehah wat mmg sedap eh?hehehe

dya bunga said...

nak try juga lah

Ain Dzaya said...

ain dapat taw resipi nie dari master cheft 2..tp yg dorang buat...payah sangat...

kinara kinatara said...

wah nanti nak cubalah..:)