Lazada Malaysia

Saturday, November 24, 2012

Home » » Resipi : Nasi Arab

Resipi : Nasi Arab


Jawapan entri INI ialah Nasi Arab.
Terima kasih kepada yang berjaya meneka.
Mengikut apa yang saya janjikan, berikut ialah resipi Nasi Arab :

Bahan-Bahan :

3 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar minyak sapi
5 atau 6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 atau 4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Beras Kashmir Faiza Basmathi - Sukatan Beras : (3 tong susu pekat)
2 sudu besar Rempah Sup Faiza
Garam
4 1/2 cawan air

Cara Memasak :

1. Mula-mula, basuh beras Basmathi. Kemudian, rendam beras Basmathi di dalam air selama 30 minit. Selepas selesai beras Basmathi direndam, tos kan beras dan biarkan seketika.

2. Ambil periuk nasi, panaskan periuk nasi terlebih dahulu di atas dapur gas.

3. Setelah periuk nasi dipanaskan, masukkan minyak zaitun dan minyak sapi ke dalam periuk nasi. Kacau sehingga minyak panas.

4. Apabila minyak sudah panas, masukkan bunga cengkih dan bunga lawang.

5. Masukkan bawang putih dan bawang besar. Kacau sehingga naik wangi.

6. Apabila bahan-bahan sudah naik wangi, masukkan beras Basmathi. Kacau beras dengan bahan-bahan tadi sehingga rata. Jangan kacau terlalu lama, takut hangit.

7. Tutup api dapur gas. Masukkan rempah sup dan masukkan garam. Kacau hingga rata. Kemudian, masukkan air. Nisbah sukatan air dan beras : (3 tong beras untuk 4 1/2 cawan air).

8. Masak nasi seperti kita masak nasi biasa, menggunakan elektik. Bukan di atas dapur gas ye. Korang boleh kacau nasi Arab ni ketika ia sedang mendidih untuk meratakannya. (Jangan kacau nasi ketika periuk nasi sudah bertukar kepada "Keep Warm").

9. Tunggu sehingga nasi masak lebih kurang sejam.

10. Siap! :)

* Resipi ini juga boleh diubah bahan-bahannya seperti :

- 2 sudu besar Rempah Sup Faiza boleh diubahkan kepada 3 sudu Sunquick Oren.
(Idea daripada mama saya).

- Pada cara ke-7 :
Tutup api dapur gas. Masukkan rempah sup dan masukkan air. Nisbah sukatan air dan beras : (3 tong beras untuk 4 1/2 cawan air). Kemudian, masukkan garam dan pewarna. (Pewarna : Terpulang kepada individu). Masukkan kismis. Setelah itu, ikut cara ke-8. (Resipi asal daripada my dear).

> Jangan lupa cuba resipi di atas. Lauk untuk nasi Arab ni terpulang kepada individu.

13 sweet comments:

Chic Na said...

yayy betul. cikna pun selalu masak nasi arab sbb favret abah, sejak dia belajar kat Al-Azhar dulu lagi. cikna masak sekali dgn lauk. daging@ayam kat dalam nasi. sedap kan. :)

Unknown said...

patutlah teka tak betul..akak belum pernah makan nasi arab laa solehah..mai pos cni...cian akak ..hihihihi

Miss N™ said...

ooo..nak trylah nanti..tapikan solehah..tak boleh ke guna beras biasa..?

Solehah Shamsuddin said...

@Cik Nur eh mana boleh buat guna beras biasa yunk.kalau guna beras biasa, lembik la nt

Arina Shamsul said...

akak jawab apa semalam?nasi arab kan? lupa lak..hehehe.nasi arab ni favourite papa alesya..hehehe.

Liyana Anuar said...

dah blaja wat ns arab dah ye~~ hehe

sitirohaida said...

Wah!! Nampak sedap..nyummy

IntaNBerliaN said...

xpnh msk lg.. tp biasa mkn kat kedai je.. hihi

syiela said...

tak pernah makan nasi arab selalu tengok gambar je

Unknown said...

yela..dah tau tu nasi arab..saje jwb slh..hahaha

Nurul Says said...

tak pernah lg makan nasi arab huhuhu

kinara kinatara said...

wah..nanti leyh cuba nyh..thanks kak:)

Mrs Velentine said...

wah x pena masak ni..nak try ni..tq solehah..