Lazada Malaysia

Thursday, November 29, 2012

Home » » Mariam Kampung Putat

Mariam Kampung Putat


Sinopsis Mariam Kampung Putat ( Cerekarama TV3 )

Mariam Kampung Putat menceritakan seorang wanita bernama Mariam. Suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung Putat, Mariam secara tidak sengaja terlanggar seorang lelaki bernama Danial yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.

Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak Peristiwa itu, Mariam takut untuk keluarga rumah kerana khatir akan berjumpa dengan Danial.


Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya. Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya.


Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?



Pelakon Mariam Kampung Putat

Azhar Sulaiman, Aiman Hakim Ridza, Hanis Zalikha, Betty Banafe, Bea Rameshan, Azad Jazmin, Shukry Yahya.


Jom kita tengok sama-sama. Manalah tau ada yang belum tengok lagi kan.
Yang penting, saya adalah salah seorang peminat Hanis Zalikha... :)

12 sweet comments:

Miss N™ said...

Haniz zalikha berlakonkan...
wahh..nak tgk lah nanti..
hari tu terlepas...

Unknown said...

tgk hari tu... citer kelakar ni..nk cari sape yg pndai masak kari siap buat pertandingan..haha

Mrs Velentine said...

mv DAH TENGOK..SERIUS MMG BEST

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak tgk xhabis pun citer ni hehe

Unknown said...

cam best jer citer nih

dieyna said...

Dah tengok dah.. Hanis mcm kaku skit acting...

Nyue said...

huhu...nyue rs hanis boleh berlakon tp masih perlu belajar ag...

cite yg santai je..

mizayusof said...

best juga cerekarama nih :)

Chic Na said...

huhu.. nama xbleh blah. gaga gebu. tak tengok aritu.

dya nasir said...

xpernah tgk lgi

한나Zakharshi said...

hanis jalika.. muahaha..

RIZZNA said...

Hahaha..baca sinopsis je dh tau lawak. Tk tengok la anis yg muka ala2 bkl adik ipaq CiM tu [uwekk], jgn mun tau..

Gayah gelang labuh :-S