Perkahwinan Rakyat Malaysia Dengan Warganegara Asing
Perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warga asing atau di antara dua warga asing adalah boleh dan dibenarkan untuk dilakukan di Malaysia. Bagi perkahwinan di antara rakyat Malaysia dan warganegara asing, prosedur yang harus diikuti adalah berlainan daripada prosedur perkahwinan di antara sesama rakyat Malaysia.
Selain syarat-syarat yang diperuntukkan seperti persetujuan wanita yang akan dikahwini, pemberian mas kahwin dan lain-lain, syarat-syarat yang diperuntukkan oleh pemerintah juga harus dipatuhi. (Perlu diingatkan bahawa syarat-syarat ini adalah bertujuan untuk melindungi hak-hak pasangan yang akan berkahwin). Prosedur yang berlainan ini juga bergantung kepada situasi warga tersebut.
Secara amnya apabila warga asing dan rakyat Malaysia ingin berkahwin, mereka wajib untuk memohon kebenaran berkahwin dari Jabatan Agama. Borang permohonan perkahwinan haruslah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut :-
- Salinan pasport atau salinan kad pengenalan (lelaki dan perempuan)
- Surat kebenaran dari kedutaan/konsulat negara pemohon
- Surat pengesahan pasport daripada Jabatan Imigresen Malaysia
- Surat Akuan Cerai atau surat Akuan Kematian (jika pernah berkahwin atau kematian pasangan sebelumnya)
- Surat Kebenaran Poligami dari Mahkamah Syariah di Malaysia (jika berpoligami)
- Surat wakalah wali bagi perempuan (jika wali tidak dapat hadir)
- Salinan Sijil Kursus Perkahwinan
Borang permohonan dan dokumen-dokumen ini haruslah dikemukakan kepada Penolong Pendaftar Nikah Kariah di mana wanita tersebut bermastautin. Ini adalah untuk mendapatkan kelulusan bernikah dari Pendaftar Nikah. Permohonan ini haruslah diserahkan dalam tempoh sebulan atau tidak kurang dari tujuh hari sebelum tarikh perkahwinan yang dirancang.
Adalah baik sekiranya ia dilakukan dengan awal bagi mengelakkan penundaan perkahwinan. Sekiranya bakal isteri adalah penduduk tetap negara ini atau pemegang Kad Pengenalan Merah, dokumen yang lain harus disertakan.
Pemohon juga mestilah mengemukakan salinan Kad Pengenalan Merah dan permit masuk, Surat Pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara atau pengesahan permit masuk dari Jabatan Imigresen. Kedua-dua situasi di atas adalah bagi warga asing yang mempunyai pas masuk secara sosial atau perniagaan.
Situasi adalah berbeza bagi warga asing yang dibenarkan masuk ke negara ini melalui permit pekerjaan.
Perlu dimaklumkan bahawa pekerja asing yang memegang permit kerja adalah tidak dibenarkan memohon untuk berkahwin di negara ini. Sekiranya perkahwinan ini berlangsung dengan tidak mematuhi undang-undang maka ia akan memberi implikasi kepada permit kerja yang telah diberi kepadanya.
Hanya warganegara asing yang mempunyai kelayakan masuk secara sosial atau perniagaan sahaja yang boleh membuat permohonan tersebut. Pindaan Peraturan Imigresen yang tidak mendiskriminasi terhadap wanita Malaysia yang berkahwin dengan rakyat asing mulai 1 September 2001:
Lelaki warganegara asing yang berkahwin dengan wanita Malaysia dibenarkan memperbaharui pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Wanita warganegara asing yang bercerai atau berpisah dari suami rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan pas lawatan sosial secara tahunan (annual basis).
Pendaftaran Perkahwinan Dan Pengupacaraan Perkahwinan Di Luar Negara
Perkahwinan bagi rakyat Malaysia diluar negara boleh didaftarkan jika salah seorang pasangan mestilah warganegara Malaysia. Pendaftaran perkahwinan perlu dibuat dalam tempoh masa 6 bulan dari tarikh perkahwinan. Alamat dan nombor telefon Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara boleh didapati melalui laman web Kementerian Luar Negeri dibawah topik “Perwakilan Malaysia Di Luar Negeri”.
Antara dokumen-dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama adalah :
- Pasport untuk kedua-dua pasangan (asal dan salinan)
- Kad Pengenalan
- Surat Nikah
- Bukti Perkahwinan (spt. Gambar perkahwinan atau kad undangan, jika ada)
- Dua orang saksi yang menyaksikan perkahwinan tersebut.
- Pendaftaran akan diproses oleh Perwakilan Malaysia dan dua (2) salinan Sijil Perkahwinan Malaysia (asal dan salinan) akan dikeluarkan kepada pasangan berkenaan.
Bagi rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam, pengupacaraan perkahwinan boleh dilakukan oleh Pegawai Konsul yang telah dilantik oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Surat perakuan bujang/duda/janda (bagi kedua-dua belah pihak) adalah diperlukan bagi tujuan tersebut.
* Nota : Warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing harus mendaftarkan status perkahwinan mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) setelah perkahwinan mereka selesai supaya anak mereka mendapat status kewarganegaraan.
Sumber : Jabatan Imigresen Malaysia
15 sweet comments:
byk jugak step dia ek. solehah dah buat ke semua ni? ready cepat2. hehe..
kena hati2 dalam hal memilih jodoh. ada digariskan carilah jodoh dari lelaki atau perempuan dari keturunan yg baik baik.
entry yg amat berguna terutama kepada yg belum kahwin mahupun yg bernai nak kahwin dgn warga asing.tahniah ya
tu la pasal chic na. solehah xready lg ni.haish ble tgk prosedur ni byk la plak. xpe2 pelan2. nt nk bincang dlu dgn si dia.
hurm.. actually solehah nk kawen dgn warga negara mana ni? cer citer cer citer..
@etuza terima kasih cikgu sbb bagi nasihat. insya-Allah semuanya akan berjalan dgn lancar
@Deqla manjew err nt ble dh setel sume, solehah cte ye. pe yg solehah cme leh gtau, solehah akn jemput semua nt. doakan semua berjalan lancar...
Wah! banyaknya step...Solehah kena banyak fikir nie kikiki
Salam solehah, ada facebook x atau email or telefon number x. Ada beberapa soalan yang saya mahu tanya dengan solehah berkaitan dengan perkara ini.ini email saya roslinabid@gmail.com. penting sangat2..huhuhuhu
Salam solehah. awak ada email x, atau no telefon. sbb saya ada beberapa perkara yang perlu dirujuk dengan awak. mungkin awak boleh membantu saya. ini email saya roslinabid@gmail.com. penting sangat2 huhuhuhu
@Pakaian emel : pinkgemstone90@gmail.com
Maaf bertanya,kalau pihak lelaki pemegang permit kerja boleh tak dia cancell permit kerja dan blik ke negara asal kemudian ambil visa sosial dan kembali ke msia serta merta atau secepat mungkin?
Atau perlu tunggu 6bln cooling period baru boleh apply semula?
Salam,...ni nak tanya, kalau pihak lelaki pemegang permit kerja d msia, boleh tak dia cancell permit kerja dan kembali ke negara asal kemudian dia apply sosial visa dan kembali ke msia serta merta/secepat mungkin?
Atau dia perlu tunggu di negaranya sehingga 6bln cooling period selesai?
Maaf bertanya,kalau pihak lelaki pemegang permit kerja boleh tak dia cancell permit kerja dan blik ke negara asal kemudian ambil visa sosial dan kembali ke msia serta merta atau secepat mungkin?
Atau perlu tunggu 6bln cooling period baru boleh apply semula?
Woahh npe lak nk cancel? Awk kje sini ke? Sy xtau nk terang cmne. nt sy try tnye kwn sy yg kje imigresen ye
Apa yg sy tahu, selagimana awk da permit kerja awk xleh kawin di sini. jd awk kna da pas lawatan sosial dulu ye.
Post a Comment