Assalamualaikum semua.
- Follow blog polkadot IQA QAYRA ( DONE )
- Buat satu entry mengenai segmen ini.Tempek header blog IQA QAYRA guna gam gajah cap harimau. ( DONE )
- Apa yg perlu ada dalam entry ?Semua orang ada impian masing-masing kan ? Ceritakan mengenai impian-impian awak semua. ( DONE )
- Entry boleh panjang mahupun pendek.Nak letak gambar pon takpe :) ( DONE )
- Ceritalah apapun berkaitan impian awak semua. IQA QAYRA tak kisah :)
- Tag 2 orang bloggers ( DONE )
- Tarikh luput : 12 Februari 2012 pada pukul 12 am.
*************************************
IMPIAN SAYA
.: Saya impikan memiliki sebuah hotel kepunyaan saya sendiri :.
.: Saya impikan melawat kesemua pulau di seluruh dunia :.
.: Saya impikan bertemu dengan Maher Zain :.
*************************************
Saya ingin tag 2 orang kawan saya :
1. Kak Aminah Safiah
2. Adik Zati
*************************************
Itu sahaja. Shukran li kullu. Assalamualaikum.
IMPIAN SAYA
.: Saya impikan memiliki sebuah hotel kepunyaan saya sendiri :.
Dah lama saya impikan untuk memiliki sebuah hotel kepunyaan saya sendiri. Ini semua terdetik selepas saya pernah bermalam di sebuah hotel taraf 5 bintang di Cameron Highland, Pahang. Ini pun kerana mak saya dapat sponsor dari kawan mak saya. Tak dapat saya gambarkan perasaan seronok saya apabila saya dapat pergi ke sana & saya berfikir adakah saya dapat bermalam di hotel seperti ini lagi nanti. Mungkin anda semua pelik dengan apa yang saya impikan ini, tapi oleh kerana melihat wajah kegembiraan abah, mama dan adik-adik saya pada masa itu, membuat hati saya bertekad suatu hari nanti saya ingin membawa mereka merasai kegembiraan ini lagi. Saya tahu semua hotel yang bertaraf 5 bintang mahal, oleh sebab itu saya tekad akan buat hotel seperti ini untuk abah, mama dan adik-adik saya.
Doakan impian saya tercapai!
.: Saya impikan melawat kesemua pulau di seluruh dunia :.
Saya suka melancong. Jadi destinasi yang selalu jadi pilihan saya ialah melancong ke pulau-pulau yang cantik di seluruh Malaysia. Kalau tak salah saya, sudah 3 kali saya melancong ke Pulau Pangkor, Perak. Mungkin saya selalu pergi ke sana sebab dekat. Rumah saya di Teluk Intan, Perak. Jadi terlalu senang untuk saya ke sana. Tapi saya teringin juga hendak melancong ke pulau-pulau di luar Malaysia. Tapi apakan daya, kewangan juga tidak mengizinkan. Saya cakap dalam hati "Ok takpe, kalau saya tak dapat pergi sekarang, mungkin saya dapat pergi ke sana apabila saya berbulan madu dengan suami saya."
Doakan impian saya tercapai!
.: Saya impikan bertemu dengan Maher Zain :.
Apabila saya bagitahu impian saya ini kat kawan-kawan saya, boleh pulak diorang gelakkan saya. Takpe-takpe. Saya tahu impian saya ni cuma 10% sahaja tercapai, tapi tak salahkan kalau saya mengimpikan untuk berjumpa dengan dia.
*Kalau dapat kahwin dengan dia pun takpe juga kan.opss marah isteri dia kat rumah.hehe.. Ampun ya ukhti.
Doakan impian saya tercapai!
*************************************
Apabila difikirkan kembali, impian saya ini semuanya besar-besar. Tapi saya yakin, cuma Allah sahaja saya berdoa supaya saya diberi kekuatan untuk menggapai semua impian saya ini. Jika saya sudah capai semua impian saya ini, semestinya saya akan bagitahu kalian semua.
Insya-Allah, Amin...
*************************************
Apabila difikirkan kembali, impian saya ini semuanya besar-besar. Tapi saya yakin, cuma Allah sahaja saya berdoa supaya saya diberi kekuatan untuk menggapai semua impian saya ini. Jika saya sudah capai semua impian saya ini, semestinya saya akan bagitahu kalian semua.
Insya-Allah, Amin...
*************************************
Saya ingin tag 2 orang kawan saya :
1. Kak Aminah Safiah
2. Adik Zati
*************************************
Itu sahaja. Shukran li kullu. Assalamualaikum.
4 sweet comments:
dari blog BA terus lepak sini & follow juge. lucky no 14. hee. semoga tercapailah sume nye. ;)
farizafairuz.blogspot.com/2012/02/segmen-dreams-become-true.html
hehe thanks syg =)
thanks sebab join :)
link peserta dah dikeluarkan :)
insyallah...semua impian tu boleh menjadi kenyataan
same2 Iqa Qayra...tq sbb buat segmen ni..segmen ni bagus sbb dpt kongsi impian masing2 dlm blog.. ^_^
Post a Comment