Lazada Malaysia

Tuesday, February 28, 2012

Home » Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana tattoo Allah.

Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana tattoo Allah.

Assalamualaikum dan hai semua.

Anda semua kenal tak siapa Erykah Badu? Okay,okay kalau tak kenal mari tengok website dia di SINI dan SINI pula website konsert Erykah Badu. Nampak tak tattoo Erykah Badu yang telah diedit dalam website konsert dia tu? Astaghfirullahhalazim. Tattoo Allah di badan Erykah Badu telah diedit gara-gara ingin mengelirukan rakyat Malaysia terutama orang Islam.

Erykah Badu yang dijadual mengadakan konsert di Kuala Lumpur Convention Centre ( KLCC ) esok , terpaksa dibatalkan gara-gara tattoo tersebut.

"Konsert Erykah Badu dibatalkan kerana melanggar Garis Panduan Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai-nilai budaya Malaysia," kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menerusi Twitter miliknya, petang Selasa.

Sementara itu, Dewan Pemuda Pas mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Rais kerana tindakan beliau yang pantas untuk membatalkan konsert Badu.

"Dewan Pemuda Pas sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada KPKK yang diketuai oleh Datuk Seri kerana mengambil langkah drastik dalam memperjuangkan agama Islam supaya tidak dipermain-mainkan oleh orang lain," kata Setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Alhamdulillah konsert ini akhirnya dibatalkan juga. Terima kasih Datuk Seri Rais Yatim kerana prihatin dengan isu sensitiviti ini.

0 sweet comments: