Tujuan garis panduan ini adalah untuk menerangkan tentang proses pencetakan, penerimaan dan pembayaran baucar RM200 seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan semasa Pembentangan Belanjawan 2012 pada 7 Oktober 2011 di Parlimen. Kerajaan mencadangkan peruntukan sebanyak RM260 juta diberi bagi melaksanakan inisiatif pemberian buku baucar berjumlah RM200. Inisiatif ini dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar.
2. OBJEKTIF
Inisiatif ini dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
3. KRITERIA KELAYAKAN
Pelajar yang layak menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) adalah terdiri daripada:
a)Warganegara Malaysia;
b)Lepasan SPM atau setaraf dengannya yang sedang melanjutkan pengajian di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ Politeknik/ institusi pengajian tinggi dalam bidang diploma, diploma lanjutan, ijazah, sarjana dan doktor falsafah;
c)Sedang melanjutkan pengajian dan status aktif di pusat matrikulasi/ tingkatan 6/ institusi pengajian tinggi pada Januari 2012;
d)Pelajar yang sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa;
e)Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di bawah program kerjasama dan mendaftar di bawah anak syarikat IPT berkenaan;
f)Menuntut di institusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi atau diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia;
g)Pelajar di Institusi Pendidikan Guru (IPG) di bawah program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) tidak layak menerima baucar ini kerana telah diberi elaun buku sebanyak RM600; dan
h)Pelajar yang sedang mengikuti bidang Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) tidak layak menerima bantuan ini kerana pelatih KPLI adalah pelatih pra-perkhidmatan (telah diberi elaun).
4. TEMPOH PELAKSANAAN
Inisiatif ini adalah secara one-off bagi sesi bermula 2012 sahaja. Baucar ini sah diguna pakai selama 3 bulan sahaja iaitu 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.
5. KADAR BB1M
Setiap pelajar yang layak menerima baucar buku berjumlah RM200 berupa baucar RM50 sebanyak 4 keping.
6. TATACARA PENGGUNAAN BAUCAR
a)Baucer akan dicetak oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) dan seterusnya mengedarkan kepada semua agensi/institusi;
b)Baucer ini adalah untuk pembelian buku - buku akademik, jurnal, majalah ilmiah dan peralatan pembelajaran berdasarkan keperluan IPT masing-masing;
c)Pelajar boleh menggunakan baucar ini di mana-mana kedai buku yang menyertai pelaksanaan inisiatif ini. Pelajar perlulah mengisi nama dan kad pengenalan di baucar tersebut. Pelajar perlu menunjukkan kad pengenalan ketika menggunakan baucar ini;
d)Sekiranya amaun pembelian adalah kurang daripada RM200, pelajar dibenarkan membeli peralatan pembelajaran seperti buku catatan dan alat tulis. Baki baucar yang tidak habis digunakan dianggap luput dan tidak boleh dituntut;
e)Jika amaun yang dibeli melebihi RM200, pelajar perlu membayar sendiri dan tidak boleh membuat tuntutan tambahan kepada Kerajaan;
f)Baucar buku yang diterima tidak boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai;
g)Tempoh sah laku baucar adalah selama 3 bulan sahaja;
h)Tuntutan bayaran balik baucar akan dibuat oleh kedai buku terus kepada Bank Simpanan Nasional (BSN). Tuntutan hanya boleh dilakukan sehingga 30 April 2012;
7. PENUTUP
a)Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan dalam pelaksanaan pemberian baucar ini;
b)Dokumen berkaitan pemberian baucar ini perlulah dikemas kini dan disimpan secara teratur dan kemas bagi tujuan pemantauan dan pengauditan;
c)Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inisiatif ini bolehlah menghubungi pelaksana masing-masing.
************************************************
Inilah baucer buku saya. Pada hari Isnin dan Selasa yang lepas, kiranya masa itu cuti Maulidur Rasul dan Thaipusam, dengan dua hari saja saya boleh habis menggunakan baucar buku RM200 ini. Cuma dua kedai saja saya singgah-Kedai Buku Chiew & Kedai Buku Sin Thye Lock. Semestinya kedua-dua kedai ini di Teluk Intan, di sini tempat saya lahir, di sini jugalah tempat kesayangan saya.hehe.. Jenuh jugak saya cari kedai buku Melayu kat sini, tapi akhirnya dua kedai buku ini juga jadi pilihan hati saya. Dalam hati, semakin kayalah tokeyh cina ini.huhu... Anda semua hendak tahu saya borong apa? Ini dia...........
.:":. Berbagai-bagai jenis pen, pemadam, liquid paper, berbagai-bagai jenis fail, 2 bekas pensil, 3 testpad, kertas A4, 10 keping pembalut hadiah, 10 buah buku Kem Bestari Solat, testpad, bicycle lock, dakwat printer warna hitam , & etc.
Saya pun tak ingat dunia juga masa beli itu. Maklumlah, baucer RM200 ada kat tangan. Rasa macam hendak beli semua barang dalam kedai itu sahaja. Yang sedihnya sebab saya tak dapat beli buku lagi, sebab semua buku yang saya hendak semua sudah dibeli. Tapi tak membazir juga baucer ini sebab mak dan adik-adik saya pun tumpang sekaki juga. Sebenarnya banyak lagi barang yang kami beli, sampaikan barang yang pelik-pelik pun ada, saya pun tak dapat kenalpasti namanya.huhu Sebelum saya terlupa, terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang prihatin pada saya. Eh, bukan saya seorang saja, tapi seluruh pelajar IPTA & IPTS di Malaysia. Tahun depan bagilah lagi ya. Bagi baucer barang komputer pun berbaloi juga bagi kami. hehe Itu sahaja. Bye2
0 sweet comments:
Post a Comment