Lazada Malaysia

Sunday, March 9, 2014

Home » Mimpi Saya Sebelum Kejadian Pesawat MH370 Hilang

Mimpi Saya Sebelum Kejadian Pesawat MH370 Hilang

Assalamualaikum.

Terkejut, sebak dan menggigil saya setelah mengetahui berita mengenai kehilangan pesawat MH370 semalam. Saya tergamam seketika setelah saya mendengar berita ini. Ini kerana, peristiwa seperti ini seakan saya pernah melaluinya. Ye memang saya pernah melaluinya, peristiwa ini sama seakan mimpi yang saya alami tahun lepas. Allahuakbar. Menangis saya tiba-tiba bila teringat kembali mimpi yang pernah menjadi ketakutan saya selama ini dalam kotak minda saya. Saya tidak tahu apakah mimpi yang saya pernah alami ini adalah suratan ataupun kebetulan. Saya masih tertanya-tanya dalam hati sehinggakan malam tadi saya langsung tidak boleh tidur kerana resah hati tidak hilang. Saya ambil wuduk untuk solat hajat di tengah malam dan membaca Yasin supaya Allah tenangkan hati saya. Alhamdulillah, resah hati saya berkurangan sedikit demi sedikit.

Mimpi Yang Seakan Sama Dengan Realiti

Pada tahun lepas saya ada bermimpi sebuah pesawat lalu di ruang legar udara atas rumah saya. Pesawat itu seakan tidak menentu, jadi saya keluar untuk melihatnya. Seketika saya keluar, saya ternampak pesawat itu seakan ingin mendarat secara cemas di hadapan rumah saya. Subhanallah, lajunya pesawat itu tidak saya tercakap. Saya cuba untuk berlari dalam mimpi itu untuk mengelakkan pesawat ini terkena saya tetapi saya tidak mampu untuk berlari ketika itu. Kaki, badan dan tangan saya kaku. Semakin lama pesawat itu menghampiri saya, saya berdoa pada ketika itu janganlah pesawat itu mendarat di atas rumah saya. Alhamdulillah doa saya diperkenankan, pesawat itu bukan mendarat di atas rumah saya tetapi di satu kawasan yang saya tidak tahu dimana. Apa yang terjadi, sebenarnya pesawat itu bukannya ingin mendarat tetapi terhempas. Bila orang ramai cuba mencari pesawat itu semula, agak mengecewakan mereka kerana mereka langsung tidak menjumpai bangkai pesawat. Astaghfirullahalazim, istighfar saya ketika itu. Saya memohon pada Allah, tunjukkan petunjuk yang sebenar pada mereka. Tiba-tiba datang satu suara yang saya tidak tahu dari mana, mengatakan tidak akan menjumpai bangkai pesawat itu dan semua penumpang mati. Dengan spontan saya terus ucapkan Allahuakbar dan saya terus terbangun dari mimpi. Saya tersedar yang secara realitinya juga saya mengucapkan Allahuakbar kerana bibir saya memang bergerak setelah saya bangun. Saya menangis secara tiba-tiba dan membayangkan wajah adik saya yang selalu menaiki kapal terbang untuk kembali ke tempat dia belajar di Kuching. Saya takut, terus saya bangun untuk ambil wuduk dan tenangkan diri. Ketika mimpi saya ini terjadi adalah 5 minit sebelum azan subuh berkumandang. Saya solat subuh dan berdoa semoga mimpi ini tidak bermaksud apa-apa. Berbulan-bulan saya berdoa pada Allah untuk sangkalkan mimpi ini kerana setiap kali mimpi buruk yang saya alami, akan betul-betul terjadi sama seperti realiti. Saya tidak pernah minta pada Allah untuk menjadikan mimpi ini menjadi realiti, bahkan saya memohon supaya Allah sangkalkan mimpi ini. Dan semalam, mimpi yang menjadi ketakutan saya selama ini telah terjawab. Ya Allah, tolong selamatkan mereka ya Allah... (menangis)

Hanya keluarga saya yang tahu betapa berat dan kuatnya hati saya untuk menjadi tabah dengan menerima petunjuk melalui mimpi seperti ini. Ini kerana hanya keluarga saya yang tahu kebenaran disebalik kisah-kisah di sebalik mimpi sebelum sesuatu peristiwa buruk di sekeling saya terjadi. Bukan hanya mimpi ini yang saya alami, sebelum ini juga saya pernah mengalami mimpi yang kadang-kadang saya tidak dapat menanggungnya seorang diri dan saya ceritakan semuanya pada keluarga saya. Jika ada kelapangan suatu hari nanti, saya akan beritahu satu persatu mimpi saya yang telah terjadi di alam realiti. Saya bukannya tukang tilik masa depan, tapi saya hanya manusia biasa yang lemah dan tiada apa-apa kelebihan. Mungkin mimpi ini saya dapat kerana Allah sayangkan saya. Walaupun saya terpilih untuk mengetahui sesuatu perkara sebelum terjadi, tetapi sehingga sekarang saya tidak mampu ubah dengan tangan saya sendiri sebelum sesuatu perkara terjadi. Saya tidak mahu beritahu apa-apa mimpi lagi yang saya alami, biarkan saya sendiri yang menanggungnya. Cuma saya mahu korang jauhkan diri dari laut selepas ini kerana ada sesuatu yang akan terjadi nanti. Mimpi ini biarlah saya sendiri yang tahu. Ingat pesan saya ini ye.

Tidak ada seorang pun yang dapat bertindak untuk merubah apa yang telah Allah tetapkan untuknya. Maka tidak ada seorang pun juga yang dapat mengurangi sesuatu dari ketentuan-Nya, juga tidak boleh menambahnya, untuk selamanya. Jangan lupa untuk terus berdoa, semoga Allah beri petunjuk kepada kita semua.

24 sweet comments:

nabila biela said...

Ya Allah...seram je bace..huhu...moga semuanya selamat

Bunda_nora said...

assalam,

sama2 kita doakan yang terbaik kepada mangsa2 pesawat MH370...

Agar kita tidak membuat spekulasi dan tidak mendengar berita2 yang tidak soheh...

Serah kan kepada pihak yang berkuasa membuat kerja mereka..

Chic Na said...

Nauzubillah.. teruskan berdoa moga semuanya selamat..

Deq's Qienz said...

inilah yg dikatakan hijab dr ALLAH..wallahualam :)

keymekeymoo said...

Ya Allah

#Pray4MH370

Unknown said...

.....ok

Nurul Says said...

marilah kita berdoa agar mereka ini segera ditemukan..

apa pun solehah jangan sedih-sedih sebab awak pembaca bertuah kat belog akak tau.. sekali lagi :) tq sebab join

http://tsukinano.blogspot.com/2014/03/cuticuti-kuching-giveaway-senarai-nama.html

Ciktie said...

Ya Allah... apapun jangan putus doa tuk mereka semua.

NORAINI MOHAMED said...

Salam...
Ingat lagi x pesawat MAS yang terhempas di Tanjung Kupang 1977...saya juga mengalami mimpi pesawat terhempas sebelum pesawt tu betul2 terhempas....Wallahu'alam
Teruskan munajat pada yang Esa...

siti nur atiqah said...

SubhanaAllah #PrayForMH370

Unknown said...

salam..

ada pendapat dari org2 yg alim, memberitahu adab apabila kita mimpi buruk.. xwajar kita ceritaan pada org.. benar, ada org yg terpilih utk mimpi dan alaminya.. tapi jgn pula kita terbeban dgn itu.. bertenanglah.. dan mengadu pada Allah dlm sujud2 mu.. ingat dari Dia dtgnya mimpi itu.. mohon petunjuk dari Dia.. kalau kita share mimpi buruk ni dgn org lain, bimbang apa yg diucapkan waktu itu jadi doa dan terjadi betul2.. faham? maaf. bkn nk tunjuk pandai.. tp itulah yg sewajarnya.. dont share with others what Allah has show to u.. instead of communicate back w Allah to find strength and the solution w come to u.. :)zikir dan selawat byk2.. ok dik?

Unknown said...

insya Allah mereka masih lagi bernafas.. ni Ulama yg bgtau.. insya Allah mereka selamat.

ARA said...

rupanyer bkn sy sorg yg trauma mcm ni..sy jg senaseb dgn awak...mimpi menjadi realiti

sblum mh370 missing, seminggu sebelom itu, sy bermimpi kononnya saya bersama seorg pilot brsedia utk take off/...tiba2 pesawat MAS dtg dr kanan pon utk take off jgk..jadi pilot yg ade bersama saya menunggu sehingga pesawat tadi take off dulu...

sebaik shj pesawat MAs itu take off dan kedudukan pesawat mendongak ke atas..tiba2 pesawat itu patah dua dan meletup...saya dan pilot terus lari dgn pesawat kami krn takut serpihan letupan itu akan terkena pesawat kami..

selepas itu sy terus trsedar dr tidur...saya masih ingat lambang wau bulan Malaysia Airline kat pesawat yg meletup itu...

Unknown said...

am 24/03/2014 saya tidur awal dan terlepas PC yang dikendalikan oleh PM najib dalam pukul 10. Namun begitu pada pagi lebih kurang jam 5.30 pagi saya terbangun dari tidur setelah bermimpi pelik. Saya bermimpi berada disuatu tempat yang saya tidak pasti,ada bangunan sama seperti dimalaysia dan ada orang, tiba2 saya melihat kapal terbang air asia melintas dahulu kedepan, disusuli saya melihat pasti melihat kapal MAS boieng 777 telah menghala ke tempat saya berada dan cuba untuk mendarat secara kecemasan. Tiba2 Pesawat itu berjaya mendarat secara kecemasan bila tayar menjejak tanah menekan brek dan membelok badan pesawat seolah drift.saya risau sikit nak terkena pesawat kerana bangunan yang saya berdiri dekat dengan pesawat.debu2 tanah bertaburan ekoran dari pendaratan. Selepas pendaratan suasana seolah hambar, tiada liputan dan seolah2 semua penumpang adalah bukan lagi manusia hidup. saya pun tak pasti samada mereka hidup atau mati..ada seorang penumpang (bkn org malaysia) seolah2 zombie penumpang(mayat) yg dijangkiti seolah berniat jahat menyembunyikan sesuatu. Selepas itu saya terjaga,saya terus lihat sms dari isteri dan baru tahu semalam pc pm najib ada bagitau mh370 terakhir di lautan hindi. mungkin mimpi saya tak boleh dipakai. dari kejadian dari mimpi itu seolah kuat sy dapat merasakan kesemua penumpang sudah meninggal dunia..

MS Forever said...

Saya pun pernah mengalami mimpi

Unknown said...

mimpi aku lain skit.. dlm mimpi aku pesawat tu masih lg selamat dan masih lg terbang kat atas tapi tak tau la kat mana.. ..

hamba Allah said...

Salam Solehah, dari hari pertama MH370 hilang, saya banyak mencari perkembangannya melalui interet. Hari kedua saya terkenan baca apa yang solehah tulis. Ntah kenapa, dalam hati saya ini adalah petunjuk. Mimpi yang setahun telah berlalu. Mimpi sebelum subuh. Benar, pesawat tidak ditemukan sehingga kini. Innalillah...semoga suatu hari nanti dipulangkan kepada kita dalam apa jua keadaan. Semoga Allah makbulkan doa doa kita.

Nur Fatehah said...

Assalamualaikum..saya hanyalah manusia biasa yg ternanti-nanti khabar berita MH370 wlaupon ia tiada kaitan dgn sy..tapi sy yakin Allah akan beri petunjuk kpd kita semua ttg pesawat tersebut tak kira cpt atau lambat..apa yg pasti kita jgn mudah percaya kpd org asing dan teruskan berdoa dan bertaubat atas dosa2 yg telah kita lakukan..insyaAllah apabila kita bersatu hati dn brpegang teguh percaya kpd Allah,Allah akn memberikan hidayahNya kpd kita semua..

Unknown said...

Apa yg berikutnya..apakah tsunami akan berlaku lagi..bukan semua dpt keistimewaan seperti awak..gunakanlah sebaik mungkin.

Unknown said...

saya tinggal d KALSEL , saya juga bermimpi tentang pesawat pd tgl 8 maret 2014 sekitar pukul 3 dini hari.
dlm mimpi tsb awalnya saya melihat bola bumi berputar sangat cepat & tiba2 berhenti trs pandangan dlm mimpi saya langsung nge zoom ke suatu area, gambar area tsb berbentuk elife tidak beraturan berwarna biru muda, trs di luar elife tsb berwarna biru tua. dlm mimpi itu ada suara mengatakan PESAWAT HILANG. trs saya bertanya d dlm mimpi tsb, warna biru muda itu apa ? suara menjawab itu SUNGAI. trs saya bertanya lg apakah itu laut, suara menjawab AIR. setelah itu tampilan mimpi berubah & saya melihat beberapa org sekitar 5-7 org berjalan merangkak, ada laki2 ada wanita setengah baya. area yg saya lihat ada org tsb seperti byk pohon2 tinggi & semak trs ada seperti tebing sekitar 20-30 meteran. di sisi tebing itu saya melihat ada beberapa org merangkak. setelah itu saya terbangun dari tidur, saya lihat jam tepat pukul 4 dini hari tgl 8 maret 2014. sebelum saya melanjutkan tidur saya sempat berpikir td itu mimpi pesawat hilang & saya pikir pesawat apa yg hilang ?? saya spontan menganggap itu bunga tidur trs saya tdr lg. pagi harinya saya ceritakan mimpi saya k keluarga yg ada d rmh. saya & semua keluarga yg mendengar cerita menganggap bunga tidur. trs sore hari tepat jam 4 sore waktu KALSEL saya melihat berita d TV tntg pesawat malaysia yg hilang, hilang dari radar pukul 1.30 waktu malaysia.
di tgl 26 maret saya bermimpi lg melht warna biru muda berbentuk elife tdk beratutan & d sekelilingnya warna biru tua & saya terbangun dari mimpi tepat pukul 4 dini hari waktu KALSEL. mimpi kedua ini mungkin akibat saya sering kepikiran mimpi pertama. sampai sekarang saya masing bingung apakah mimpi saya itu petunjuk atau hanya bunga tidur yg waktunya cuma kebetulan bertepatan dgn hilangnya pesawat malaysia.

wawa syaida said...

salam solehah, semalam sy discuss dengan husband pasal tragedi feri karam di korea selatan...tiba-tiba saya teringatkan entry awak yang awak cakap mintak jauhkan dengan laut...