Lazada Malaysia

Tuesday, March 4, 2014

Home » Selamat Hari Lahir Yang Ke-16, Wan

Selamat Hari Lahir Yang Ke-16, Wan

Assalamualaikum.

Selamat hari lahir yang ke-16 buat adik saya, Ridzuan. Wah dah besar adik bongsu saya ini ye. Sekarang sudah 16 tahun dia ini. Kakaknya ini yang tak besar-besar lagi, masih pendek seperti biasa.hehe tiada kata-kata yang mampu akak luahkan melainkan akak cuma boleh bagitahu kakak sayang wan sangat. Happy birthday to u. Kakak berharap wan sentiasa istiqomah dalam melakukan amal kebaikan dan sentiasa melazimi solat berjemaah di surau pada tiap-tiap waktu solat. Kakak juga berdoa semoga kesihatan wan terpelihara setiap hari. Insya-Allah.

Setiap hari lahir keluarga, kami tidak pernah menyambutnya secara besaran sejak kecil lagi. Hanyalah keluar makan bersama-sama keluarga. Jadi, pada hari Ahad 2 Mac 2014 (malam) kami telah menyambut hari lahir wan dua hari lebih awal dari hari biasa. Mama dan abah nak sambut awal kerana hari lahir wan jatuh pada hari kerja iaitu hari ini, jadi sebab itu sambutan ini awal dua hari. Tidak mengapa, yang penting adik saya okay.




Kami mengambil keputusan untuk makan di restoran Mutiara Seafood, Teluk Intan, Perak. Restoran ini juga digelar sebagai restoran jambatan (kerana berdekatan jambatan). Ini pertama kali saya minum air asam boi. Sedap. Lepas ini, air ini sajelah yang saya order.hehe kami order makan 4 pinggan nasi kosong, telur bistik, sayur kailan ikan masin dan ikan siakap 3 rasa. Kenyang tau walaupun lauknya nampak sikit. Yang penting, sedap.

Restoran ini memang menjadi pilihan utama kami. Sudah lebih 10 kali kami makan di sini, kenikmatan makanan yang disediakan di restoran ini sangat puas hati. Makanan sedap, restoran bersih dan pelayan restoran sempoi. Beginilah ciri-ciri restoran yang sentiasa berjaya dan harus diikuti oleh restoran lain. Apa-apapun sambutan hari lahir wan sudah selesai, untuk bulan depan tunggu hari lahir abah pula. Happy birthday wan.