Assalamualaikum.
Instagram Hanis Zalikha
Instagram Atita Haris
Instagram Irine Nadia
Sejak-sejak ni, saya ayik tergilakan Instagram. Bukan sebab tergilakan nak post gambar, tetapi seronok menjadi stalker Instagram orang. Kalaulah Instagram ada butang online, korang boleh nampak yang saya memanjang saje di sana. Dah orang tu post gambar yang cantik dan comel, mestilah saya usha. Terutama kalau orang tu suka post gambar baby yang comel-comel. Tergugat hati ni tengok yang comel-comel tau. Antara Instagram yang menjadi kegilaan saya ialah :
Instagram Hanis Zalikha
Siapa yang tak kenal blogger terkenal ni kan. Mestilah semua blogger kenal Hanis Zalikha. Saya suka tengok instagram Hanis kerana suka fesyen, solekan dan dandanan rambut Hanis. Bukan itu saje, saya ni kaki melancong juga. Jadi, dengan kata lain saya suka tengok instagram Hanis untuk tahu tips melancong dan tempat-tempat yang menarik dan boleh dilawati. Siapa yang suka melancong tu, instagram Hanis adalah tempat yang paling tepat untuk korang jenguk.
Instagram Atita Haris
Saya mula kenal Atita Haris ni sejak ada orang bagitau yang muka Atita Haris ni sama dengan Hanis Zalikha. Lepas saya tengok instagram dia, terus jatuh hati pada anaknya si Opi. Alahai comelnya Opi, geram tau auntie tengok kamu ni. Mahu picit-picit dan kiss pipinya yang tembam dan comel tu. Kepada sesiapa yang tengah pregnant tu, saya syorkan korang selalu lawat instagram Atita Haris supaya anak korang nanti akan comel macam Opi.
Instagram Irine Nadia
Fiska Medina, anak Irine Nadia yang comel ni pun buat hati ini tertarik berjuta-juta kali. Disebabkan kecomelan anak Irine Nadia ni, saya selalu usha instagram ini. Masuk saje instagram Irine, akan dipenuhi dengan warna pink. Alahai kenapalah saya jumpa instagram yang sweet sangat ni, Irine. Saya dah tergila-gilakan instagram Irine yang penuh dengan barang-barang comel dan warna pink tu. Disebabkan itulah, sejak-sejak ni saya selalu shopping online kerana terpengaruh dengan promosi yang ada dalam instagram Irine.
Kemungkinan korang tidak berapa kenal siapakah Norfasarie ni. Dia ni adalah isteri kepada pemain bola sepak Red Lion XIII, Baihakki. Mereka berasal dari Singapura. Jadi inilah satu-satunya Instagram luar Malaysia yang saya selalu ikuti. Saya suka fesyen yang ditonjolkan oleh Norfasarie. Ringkas dan elegan. Sesuai dengan gaya zaman moden kini. Bukan itu saje saya suka lihat keletah anaknya yang comel, Moza Alyka. Kepada sesiapa yang ingin berkenalan dengan Norfasarie ni, silalah jenguk instagram dia ni ye. Mesti korang suka nanti.
Kepada sesiapa yang tahu lagi instagram orang yang cantik dan comel seperti di atas, silalah komen entri ni ye. Mohon sangat korang bagitau sebab saya asyik jenguk 4 akaun instagram ni saje. Nak tahu juga instagram yang lain-lain. Tq
17 sweet comments:
Hai, jenguklah instagram saya hehehe :p
Comelnya anak lelaki Norfasarie tu !
Dalam banyak-banyak acc di atas, Norfasarie je saya belum follow.
memang seronok layan gambar instagram nih :)
insta mawi pon okay gak kalau nak usha. tengok product dia jual. haha
wah, nice pic. instagram xda pulak nak follow
budoxe follow sini
CiM follow Hami Ashraff... gambar beliau pown canyik2 dgn kata2 yg baik
Cantiknya :D
fae suka tg instagram s'porean blogger ne, xiaxue :D she has a super duper cute baby.
amboii suka yg comel2 jer.. yg x comel mcm akk ni x nak jengok ker... memilih jugak ye solehah.. haha
x berapa sangat instagram ni
Nur sama macam kak CiM...follow Hami dia punya gambar n kata2 pun best.. :)
@Cinta Misteri ok nt solehah cbe follow insta dy :)
@Nurfaezah Abdullah ok tq gtau. nt sy follow dy :)
@Deqla Manjew hehe akak ni kn. eh, akak da insta jgk ke?hehe :)
@Cik Nur™ oh yeke. ni mcm rs nk try follow dy je.hehe tq nur.
nnt jemputlah ke instagram akak ye.. hihii
best2..lya pon giler dgn IG ni..nanti folo la lya gak..
lya_afrina
instagram @nuramirah11.. even xde anak tp suka tgk style dia...
Post a Comment