Lazada Malaysia

Sunday, November 17, 2013

Home » Puisi Aku Terlalu Merinduimu

Puisi Aku Terlalu Merinduimu

Aku sedar bila tanpa dirimu
Ku rasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa

Bagaikan otak ku terhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
Membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun
Jiwaku sesak… dan kosong…

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk ku dengar dan masuk terus ke jiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mendengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja

Adakah kau rasa … terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta
Sesungguhnya aku terlalu merinduimu, Mr.M.......

3 sweet comments:

Cik Ai said...

hamboiiii
kemain Solehah berpuitis bagai :)

Miss N™ said...

wahhh...jiwangnya solehah...

Unknown said...

alahaiii sedih la plak... ada kaitan dgn solehah ker? huhu