Lazada Malaysia

Wednesday, November 20, 2013

Home » Adikku Terlibat Dalam Kemalangan

Adikku Terlibat Dalam Kemalangan

Semalam merupakan sejarah hitam bagi adikku dan keseluruhan keluarga kami. Selepas saya solat Maghrib dan sedang membaca Al-Quran saya dikejutkan dengan berita adikku yang paling kecil, accident bertembung dengan kereta. Kejadian ini berlaku dalam pukul 8 malam setelah adikku baru selesai solat di surau. Selesai solat di surau, dia menunggang motosikal untuk pergi ke kedai berhampiran untuk membeli roti. Adikku accident ketika dalam perjalanan pulang dari kedai ke rumah.

Berderau hatiku bila dengar berita ini. Pada mulanya, saya fikir panggilan telefon di rumah ketika saya masih solat itu hanyalah panggilan telefon dari kawan adikku. Selepas saya solat dan sudah hampir dua mukasurat Al-Quran saya baca, panggilan telefon berbunyi semula dan saya jawab panggilan tersebut. Terdengar seorang India yang sepertinya sedang bercakap di hadapan rumah juga ketika saya menjawab panggilan telefon itu. Maksudnya, seorang India telefon nombor telefon rumah kami padahal dalam masa yang sama orang India tu juga ada di hadapan rumah kami. Dia meminta saya keluar di hadapan rumah. Jadi ketika masih dalam keadaan bertelekung, saya keluar untuk bercakap dengannya. Dengan hati yang luruh saya mendengarnya, dia bagitau adikku telah accident di simpang utama kawasan taman sebelah. Dalam hatiku terus berdoa "Ya Allah, selamatkanlah adikku". Saya terus dapatkan mama dan bagitau mengenai ini. Mama menyuruh saya bagitau pakcik di sebelah rumahku untuk panggil ayahku di surau. Jadi dengan pantas, saya capai tudungku dan terus berlari ke luar rumah. Setelah bagitahu, saya masuk ke rumah semula untuk bersiap pergi ke hospital bersama mama.

Setelah sampai di wad kecemasan, saya jadi bingung sekejap di sana. Tercari-cari adik. Dalam 5 minit begitu, abah muncul dan terus mendapatkan kami dan bagitahu yang adikku tidak begitu parah. Saya menangis sekali lagi dan bersyukur kerana Allah menyelamatkan nyawa adik. Saya dan mama tunggu di tempat menunggu untuk melihat keadaan sebenar adikku nanti. Setelah menunggu (tak ingat berapa lama), saya nampak adik keluar. Banyak juga luka di tubuhya terutama sekali luka di bahagian kiri dahi adik, agak dalam. Luka di situ agak dalam dan sudah dijahit. Doktor membenarkan kami membawanya pulang ke rumah. Syukur Alhamdulillah semuanya selamat. Kawan-kawan, doakan adik saya segera sembuh ye. Doa kalian, saya harapkan.

9 sweet comments:

Unknown said...

alhamdulillah ... takda yg serius. moga adik awk cpt sembuh k

Sukma said...

Lega rasanya kena selalu berhati=hati yea....alhamdulillah......

Unknown said...

ya Allah suspen baca.. mujur x serius.. alhamdulillah...

Izwa Kamaruddin said...

Berdebar...

are_lin@yu said...

kesiannya kt adik solehah..ayu doakan dia ceapt sembuh ya..

Adam Faiz said...

Alhamdulillah,selmat :)
New Entri: Harga Cekik Darah !

Liyana Anuar said...

Alhamdulillah tak serius, moga adik solehah cepat sembuh!

Miss N™ said...

alhamdulillah...selamat adik solehah tak apa2...

RIZZNA said...

Allahuakhbar, Syukur Alhamdulillah adik Solehah selamat. kena buat sujud syukur seisi keluarga...