Lazada Malaysia

Wednesday, June 19, 2013

Home » Hadiah Dari Mekah

Hadiah Dari Mekah

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mama dan abah saya sudah selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah umrah ketika cuti sekolah bulan Mei yang lepas. Saya tidak berpeluang untuk menghantar dan mengambil semula mama dan abah untuk pergi ke umrah kerana saya tidak cuti ketika itu. Jadi, doa serta tawakal sahaja untuk semuanya dalam keadaan baik.

Selepas pulang dari umrah / haji, pasti ada shopping-shopping di sana kan. Sebenarnya saya tak tempah apa-apa untuk mama dan abah belikan sesuatu untuk saya. Tapi mama dan abah tetap belikan sesuatu untuk saya dan adik-beradik juga. Jom tengok apa yang mama dan abah saya belikan untuk kami.

 

Dua kotak Air Zamzam
 

Minyak wangi Attar Hajrul Aswad
 

Dari kiri > kanan atas : 2 pasang jubah putih (lelaki), 1 pasang jubah hitam bercorak (perempuan) & 1 pasang jubah kelabu (lelaki)

Dari kiri > kanan bawah : 3 pasang jubah hitam (perempuan), 1 pasang jubah maroon bercorak (perempuan) & 3 pasang tudung lilit (perempuan)
 

Dari kiri > kanan atas : Buku gambar Kaabah & Kopiah
 Dari kiri > kanan bawah : Serban putih lilit & Tasbih


Minyak wangi kasturi (perempuan).
Saya tak sempat nak ambil gambar minyak wangi kasturi (lelaki).
Adik saya dah bawa minyak wangi tu ke tempat dia belajar.


3 jenis kurma (3 plastik besar) & 1 plastik besar kacang cerdik serta pelbagai barang perhiasan. Ini sajelah yang di shopping. Kawan-kawan, doakan saya dapat pergi ke Mekah suatu hari nanti ye. Aamine :)

18 sweet comments:

Zamani Abe said...

kalau dpt air zam2 dr jemaah haji atau yg pergi umrah, mmg best.. lama dh xminum

IntaNBerliaN said...

botol minyak wangi tu cantiklah...

*beger bakar ada dkt parit buntar.. dkt tmn wawasan ke apa ntah... berhampiran tutti futti...

solehah bkn duk taiping ke ek?...

Deqla Manjew said...

alhamdulillah mak ayah solehah selmt pulang... hadiah yg paling best air zam2 kan.. cuma boleh dapat kat sana je..

::EIDA:: said...

ida pun dapat air zam zam dari mama kawan yang baru balik. sedap kan....

Solehah Shamsuddin said...

@IntaNBerliaN taman wawasan? err solehah xtau la kak.tapi kt sne da tutti frutti ke? baru solehah tau. eh, solehah bkn duk taiping.solehah org teluk intan

Solehah Shamsuddin said...

@Zamani Abe hehe zam g la mekah,nt leh minum air zamzam :)

Solehah Shamsuddin said...

@Deqla Manjew betul tu kak. Alhamdulillah :)

Solehah Shamsuddin said...

@::EIDA:: wah, rata2 ramai yg ske air zamzam ye.hehe :)

Aine Ainun said...

bestnya
akak pun nak sangat p sana tau. insyaallah ada rezki nanti

IntaNBerliaN said...

eh, solehah teluk intan... alamakk akak dah tertukar dgn sape ek.. hihii

Yumida Huda said...

minyak wangi tu unik la solehah
boleh letak kat almari kaca kat ruang tamu
alhamdulillah...parent solehah selamat pulang..sure rindu ni kan

Cik Nur™ said...

alhamdulillah....
ayah dgn mak solehah sihat..?

seronok solehah dapat ole2 dari sana.. :)

lawa la bekas minyak wangi tu.. :)

Chic Na said...

bestnya dpt banyak hadiah.

InshaAllah suatu hari nanti. ;)

are_lin@yu said...

alhamdulillah dh slmt balik..beznya dpt brg dr makkah..

Rosmiza Ali said...

Insha Allah, sama2 kita doakan agar dimurahkan rezeki dan dibuka jalan ke sana.. =)

izan mama mia said...

bestnyer ada ole ole...ambik berkat

Deq's Qienz said...

alhamdulillah murah rezeki solehah.

lelamaisara said...

Amin...Insyaallah....:) akak pon teringin nak p kesana....