Lazada Malaysia

Sunday, August 18, 2013

Home » Ketika Rakyat Malaysia Berhari Raya, Ada Hati Yang Berduka

Ketika Rakyat Malaysia Berhari Raya, Ada Hati Yang Berduka

Assalamualaikum.

Hati ni terpanggil untuk buat entri ni kerana saya sayang Malaysia. Bukan sebab tu saje, tapi kerana saya tak tahu negara mana lagi yang bertuah dengan keamanan yang dikecapi sehingga sekarang. Bersyukurlah kita dilahirkan sebagai seorang rakyat Malaysia. Aman, makmur, sejahtera dan sentosa. Sebenarnya saya buat entri ni bukan untuk menerangkan maksud keamanan, tetapi saya nak share sesuatu mengenai suasana berhari raya.

Apa yang kita tahu, sekarang terdapat negara Islam di luar sana yang bergolak. Saya sedih terkenangkan nasib rakyat di negara Islam yang bergolak ini. Ketika kita menyambut Syawal dalam keadaan gembira, mereka menangis berlumuran darah sehinggakan saya sendiri tak sanggup untuk melihatnya. Sejujurnya saya hanya mampu menangis pabila melihat kanak-kanak di sana menjadi yatim piatu di usia mereka masih kecil lagi.

"Ya Allah, selamatkanlah anak-anak kecil ini. Hentikanlah segala seksaan yang mereka hadapi. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".

Di saat takbir raya berkumandang, kita di Malaysia tidak sabar untuk menyambut hari raya. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, hanya menyahut takbir Allahu Akbar untuk berjihad di jalan Allah.

Kita di Malaysia bersama-sama keluarga menunaikan solat Hari Raya dengan begitu aman sekali. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, bersedia untuk syahid ketika solat.

Selesai solat Hari Raya, kita bersalaman diantara keluarga dan sanak-saudara serta berkunjung ke rumah jiran tetangga untuk beraya dan mengumpul duit raya. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, mereka berlari pulang ke rumah selepas selesai solat Hari Raya dengan harapan selamat dari bedilan roket.

Ketika berhari raya, kita di Malaysia mampu merasai berbagai juadah Hari Raya sehinggakan kita sendiri kekenyangan tak terhingga. Akan tetapi mereka yang berada di negara Islam yang sedang bergolak ini, ada yang terpaksa menahan kelaparan dan hanya mampu menyambut Hari Raya dengan segelas air saje.

Beruntungnya kita menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, setiap diantara kita wajib menjaga negara kita dari segala anasir jahat yang boleh merosakkan keamanan yang kita kecapi sehingga sekarang. Ingatlah, nikmat keamaanan itu penting bagi sesebuah negara. Saya bersyukur kerana saya anak Malaysia. Alhamdulillah.

10 sweet comments:

Cikrosecute said...

Kita memang beruntung Malaysia Aman...

Unknown said...

sedang kita bergembira masih ada insan yang tak bernasib baik macam kita..lets pray for them :)

Ann Ishak said...

Ya Allah, lindungilah mereka2 yang beriman berjihat ke jalan MU.

lelamaisara said...

betul la syukur alhamdulillah...

kayyana said...

Ya Allah.. Lindungilah negara Islam kami Ya Allah.. Kau hapuskanlah segala kezaliman manusia di bumi ini... sedihnye tgk anak anak kecil jadi mangsa kekejaman mereka. kalau akak punye kuasa akak jadikanlah org org yg zalim ni katak.. kite pijak sampai mati. Allahuakbar !

Mrs Velentine said...

syukur dilahirkan di Malaysia...tolonglah jaga keamanan negara kita

Unknown said...

kesian kan.. moga mereka sentiasa dilindungi Allah...aamiin...

Miss N™ said...

Moga mereka sentiasa dilindungi Allah...

Amin..!!

dya nasir said...

seMoga mereka sentiasa dilindungi Allah...

Nurul Says said...

Amin