Lazada Malaysia

Thursday, June 27, 2013

1st Dating Dengan Si Dia

Assalamualaikum.

Ehem-ehem. Amboi Solehah. Tajuk memang tak boleh blah kan.haha Harini 1st time saya dating dan 1st time juga saya tengok wayang. Boleh dikatakan macam belangkas. Si dia datang ke Teluk Intan semata-mata nak jumpa saya, tapi lain pula yang dirancang. Boleh dikatakan satu pekan Teluk Intan kami ronda. Padahal kami rancang cuma nak sembang saje, tapi disebabkan bosan tak tau nak buat apa, kami pun rancang untuk tengok wayang. Okay ni pengalaman pertama saya untuk tengok wayang tau. Kesian kan. Haha nak tahu movie apa yang kami tengok? Tengok bawah ni ye.


White House Down

Movie ni dipilih oleh si dia. Saya yang 1st time masuk panggung wayang, macam blurr jap tak tau nak pilih apa. haha Movie ni not bad lah, yang penting kelakar walaupun ada pelbagai aksi. Pandai betul pengarah movie ni, pelakon movie yang jadi Presiden White House tu nak dekat sama dengan muka Obama. Kan3? Saya tak nak review movie ni. Yang penting korang kena tengok sendiri movie ni sama ada best atau tak.


Madu dari Yaman. Thanks awak dan maaf sebab tak beli apa-apa yang special buat awak. Next date ye. Lagi dua minggu awak nak balik kerja semula. Maknanya tahun depan pula awak boleh balik Malaysia dan kita boleh jalan-jalan lagi. Urmmm :(

Tuesday, June 25, 2013

Tips : Mengetahui Batu Delima Yang Original


Untuk mengetahui batu delima yang original, minta segelas air daripada penjual batu delima tersebut. Kemudian masukkan batu delima tersebut ke dalam gelas yang berisi air tadi. Jika batu tu berwarna ungu kemudian korang masukkan batu delima tu ke dalam air dan air tu bertukar mengikut warna batu tu juga, menunjukkan batu delima itu adalah original. Jika korang keluarkan batu delima tu dari gelas dan air dalam gelas tersebut bertukar ke warna putih semula, maka itu adalah bukti kedua menunjukkan batu delima itu original. Jika tidak menjadi ataupun penjual tersebut tak mahu layan permintaan korang untuk test samada batu delima ni original atau tak, jangan sama sekali untuk beli batu delima tu. Barangkali penjual tersebut menipu korang.

Tips ini bukan 100% datang dari saya, tapi ia telah dikongsi oleh pensyarah saya sewaktu sesi selingan. Sharing is caring.

Monday, June 24, 2013

Al-Fatihah Buat Arwah Atok Perempuan Saya

Kesedihan masih menyelubungi diri ini. Arwah atok perempuan saya (belah mama saya) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang lepas (21 Jun 2013) , 4.05 petang. Saya tidak menyangka kepermegiannya terlalu cepat buat saya. Walaupun hati ini sayu, saya merelakan semuanya. Arwah meninggal dunia kerana sakit tua. Umurnya telah menjangkau 90+ tahun keatas. Arwah merupakan atok yang paling saya rapat dan sayangi, ibarat diri ini menyayangi mama sendiri.

Pada minggu lepas sebelum arwah meninggal, itulah pertama kali saya melihat arwah banyak bersembang dengan kami. Sehinggakan kami pelik dan saya tak tahu itulah kali terakhir saya boleh melihat arwah berkata-kata sebelum saya pulang ke rumah semula. Banyak benda yang dimintanya, sehinggakan buah mangga yang selama ini arwah tidak suka, arwah meminta untuk kami beri makan. Tapi ada satu ayat yang tidak dapat saya lindung tangisan ini, pabila dia berulang kali mengulangi perkataan "Atok nak meninggal dah. Atok banyak dosa, maafkan atok". Sehinggakan sekarang saya masih terngiang-ngiang perkataan itu. Atok :'(

Maafkan kakak, atok. Ketika kakak menulis entri ni, kakak tak dapat menahan tangisan kerana masih teringat kenangan kakak bersama atok. Kakak rindu nak suap atok makan, kakak rindu nak bagi atok minum, kakak rindu nak cium atok, kakak rindu nak dengar suara atok, kakak rindu akan pegangan hangat atok dan akak rindu segala kenangan kakak dengan atok. Atok, kakak nak jumpa atok lagi. Atok dimana? :'(

Sehari sebelum arwah meninggal, kami semua bergilir-gilir untuk membaca Yaasin dan Al-Quran. Sehinggalah hari sebelum kepemergiaan arwah, selepas solat Jumaat saya masih membaca Al-Quran dan diselang-seli dengan lafaz syahadah ke telinga arwah. Tetapi, ketika dalam pukul 3.30 petang di cuaca begitu tenang, kami tiba-tiba terasa begitu penat dan ingin berehat. Saya tidur sebentar untuk merehatkan diri. Tetapi dalam sekitar pukul 4.06 petang, mama gerak saya dan bagitau atok meninggal. Ya Allah, betapa berat hati ini untuk mendengar berita ini kerana tidak bersama arwah di saat arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Alfatihah.

Ketika ingin mengkafankan diri arwah, diri ini tidak sanggup untuk menabur kapur barus dan air mawar di dalam kain kafan dan kerandanya. Tangisan saya begitu kuat dan hati pilu untuk menatap tubuh arwah. Sepupu saya cuba untuk menenangkan diri saya sehinggalah arwah dibawa pergi bersama van jenazah. Itulah kali terakhir diri ini melihat arwah sebelum dikebumikan.

Saya tidak menyangka atok betul-betul akan pergi pada bulan ini. Pada bulan lepas, saya pernah bermimpi atok terbaring di depan kami semua dan memegang perut dia sambil berkata "Atok akan meninggal selepas mama Solehah pulang dari umrah." Ya Allah, betapa tabah diri ini kerana bermimpi sedemikian dalam tidurku di keheningan Subuh. Saya terbangun dari tidur dan menangis sambil berkata "Ya Allah, semoga mimpi ini tidak akan terjadi". Kawan saya terjaga kerana terdengar esakan sambil bertanya "Kenapa hang nangis". Diri ini cuma mampu berkata "Tak ada apa-apa". Saya bangun dari tidur untuk solat Subuh dan berdoa dalam tangisan supaya mimpi ini tidak akan terjadi. Tetapi Allah lebih menyayangi arwah atok. Alfatihah.

* Tahun ni kami berpuasa dan beraya tanpa arwah. Adakah ini bermakna buat saya? :'(

Saturday, June 22, 2013

Happy Birthday Sis Fieda


Whenever I think about the time we spend together, happy tears and sweet memories have come, making me realize how special you are for me. May this birthday brings you happier and crazier memories. Happy Birthday to you, sis Fieda.

Wednesday, June 19, 2013

Hadiah Dari Mekah

 Assalamualaikum.

Alhamdulillah, mama dan abah saya sudah selamat pulang ke tanah air setelah menunaikan ibadah umrah ketika cuti sekolah bulan Mei yang lepas. Saya tidak berpeluang untuk menghantar dan mengambil semula mama dan abah untuk pergi ke umrah kerana saya tidak cuti ketika itu. Jadi, doa serta tawakal sahaja untuk semuanya dalam keadaan baik.

Selepas pulang dari umrah / haji, pasti ada shopping-shopping di sana kan. Sebenarnya saya tak tempah apa-apa untuk mama dan abah belikan sesuatu untuk saya. Tapi mama dan abah tetap belikan sesuatu untuk saya dan adik-beradik juga. Jom tengok apa yang mama dan abah saya belikan untuk kami.

 

Dua kotak Air Zamzam
 

Minyak wangi Attar Hajrul Aswad
 

Dari kiri > kanan atas : 2 pasang jubah putih (lelaki), 1 pasang jubah hitam bercorak (perempuan) & 1 pasang jubah kelabu (lelaki)

Dari kiri > kanan bawah : 3 pasang jubah hitam (perempuan), 1 pasang jubah maroon bercorak (perempuan) & 3 pasang tudung lilit (perempuan)
 

Dari kiri > kanan atas : Buku gambar Kaabah & Kopiah
 Dari kiri > kanan bawah : Serban putih lilit & Tasbih


Minyak wangi kasturi (perempuan).
Saya tak sempat nak ambil gambar minyak wangi kasturi (lelaki).
Adik saya dah bawa minyak wangi tu ke tempat dia belajar.


3 jenis kurma (3 plastik besar) & 1 plastik besar kacang cerdik serta pelbagai barang perhiasan. Ini sajelah yang di shopping. Kawan-kawan, doakan saya dapat pergi ke Mekah suatu hari nanti ye. Aamine :)

Tuesday, June 18, 2013

Tips : Menghilangkan Segala Gangguan Makhluk Halus

Assalamualaikum.

Siapa sini pernah diganggu dengan makhluk halus? Kepada sesiapa yang nak tau tips ini untuk menghilangkan segala gangguan makhluk halus ataupun hantu yang sering menyerang atau menghantui malam korang tu, korang perlu dan harus baca tips ini sehingga habis kerana saya akan share beberapa tips yang korang kena ikut untuk mendapatkan keberkesanannya. 

Tips ni berkesan dengan izin Allah kerana tips ini pernah dicuba oleh saya sendiri. Saya pernah menolong kawan saya untuk menghilangkan segala gangguan makhluk halus. Alhamdulillah segala gangguan makhluk halus berakhir. Kepada sesiapa yang nak tau tips ni, sila ikuti langkah-langkah di bawah :

1. Kumpulkan kesemua tangkal, mantera dan apa-apa barang yang dipercayai akan menjaga kita. Selalunya, barang-barang ini diberi secara turun-menurun oleh atok dan moyang terdahulu. Masukkan kesemuanya ke dalam satu guni atau plastik besar.

2. Kumpulkan kesemua novel seram dan buku-buku cerita yang mengandungi unsur hantu dan makhluk halus. Antaranya ialah : Novel Mastika. Masukkan kesemuanya ke dalam satu guni yang lain atau plastik besar.

3. Kumpulkan kesemua anak patung kecil yang sering dijadikan keychain di bekas pensel ataupun digantung di mana-mana yang korang selalu gantungkan. Ini kerana anak patung kecil sebegini menarik perhatian makhluk halus untuk mendekati korang. Masukkan kesemuanya ke dalam satu guni lain atau plastik besar.

4. Setelah siap kesemuanya, korang akan dapat 3 guni atau beg plastik yang telah diasingkan. Bakar ketiga-tiga guni atau beg plastik ini sehingga semuanya jadi hangus.

5. Setelah selesai proses pembasmian, korang wajib baca Al-Ma'thurat sebanyak dua kali sehari iaitu di siang hari dan di malam hari. Lakukannya setiap hari walaupun segala gangguan telah hilang. Al-Ma'thurat adalah pendinding diri manusia daripada segala gangguan makhluk halus.

* Biiznillah, saya doakan segala usaha ni akan berhasil. Aamine.

Monday, June 17, 2013

Id Akaun Saya

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Dah lama saya tak update entry kan. Harini saya baru nak mula aktif dalam dunia blogging semula. Pasti korang rindu saya kan? Hehe. Ada yang tanya saya, saya ni dah tak aktif berblogging ke. Sebenarnya saya bukan tak aktif berblogging, tapi kekangan masa yang mencemburui saya. Rasanya dalam minggu lepas, hampir seminggu saya tak online Facebook. Memang mencatat rekod saya offline lama-lama.

Bila buka inbox Facebook, banyak yang send mesej rupanya. Sampai tak larat saya nak reply. Kebanyakan yang tanya mengenai id akaun itu dan ini. Rajin betul korang nak follow dan add saya. Mentang-mentang tengok saya dah tak berapa aktif dalam blog, korang tercari-cari dalam akaun lain ye.haha Kepada yang bertanya tu, terima kasih ye. Dengan murah hati, saya bagi id saya untuk akaun-akaun yang korang tanya tu di sini. Tapi, kalau nombor telefon tu tak boleh la sayang-sayangku. Saya hanya akan beri jika ada hal yang penting saje.



Blog : http://solehahshamsuddin.blogspot.com/


Instagram : pinkgemstone90


Facebook : Solehah Shamsuddin (https://www.facebook.com/bellapinkylixious)
Twitter : @Solehah90 (https://twitter.com/Solehah90)



Skype : pink_dolls90


WeChat : Solehah_Official


Formspring : solehah1990


Line : Solehah_Official


KakaoTalk : SolehahOfficial


Viber : Boleh add saya jika ada nombor telefon saya.


Whatsapp : Boleh add saya jika ada nombor telefon saya.

XMS : Boleh add saya jika ada nombor telefon saya.



Yahoo : pink_dolls90@yahoo.com


Gmail : pinkgemstone90@gmail.com

* Saya bukannya popular, saya hanya blogger biasa. Kepada yang anggap saya ni popular, please jangan anggap camni lagi ye. Saya tak pernah masuk tv pun... :p

Tutorial : Jana Pendapatan Bersama Survey YourVoice

Assalamualaikum.

Harini saya nak ajar korang cara jana pendapatan dengan survey. Mungkin ada yang tak pernah tau, dengan luangkan masa beberapa minit untuk menjawab survey secara online pun boleh dapat duit. Kalau hari-hari jawab survey camni, boleh kaya lah korang. Nak dapat duit pun senang jugak. Apa kata korang cuba dulu ye.

1. Mula-mula, korang buka link INI.

2. Nanti, korang tengok bahagian sidebar kiri dalam website tu. Ada perkataan "Join now" kan?. Ha, korang klik kat situ. (Korang kena sabar sikit sebab website ni lambat loading.)

3. Korang akan dapat satu borang yang korang wajib isi. Isi borang tu dulu ye. (Gender, First Name, Surname, Your email address. )

Gender : ******
First Name : *******
Surname : *******
Your email address : *******

4. Selepas siap daftar tu, korang buka akaun emel yang korang daftar tadi. Tengok pada inbox. Korang akan dapati satu emel yang korang akan dapat dari Your Voice. Buka emel tu, dan korang akan dapat satu link yang korang kena klik. Klik link tu untuk korang buat "activate membership".

5. Selepas klik link tadi, korang akan masuk ke satu page seperti gambar di bawah. Selepas tu, korang baru boleh klik anak panah biru tu ye.


6. Korang isi semua yang diminta. Pastikan korang jujur bila isi semua ni tau. Jangan lupa tick "I have read... "

7. Yeayyy! Korang dah boleh jawab survey ni.

Dah siap daftar? Nanti korang jangan lupa share earning korang tu ye. Selamat menjawab survey... :)