Lazada Malaysia

Monday, June 24, 2013

Home » Al-Fatihah Buat Arwah Atok Perempuan Saya

Al-Fatihah Buat Arwah Atok Perempuan Saya

Kesedihan masih menyelubungi diri ini. Arwah atok perempuan saya (belah mama saya) telah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat yang lepas (21 Jun 2013) , 4.05 petang. Saya tidak menyangka kepermegiannya terlalu cepat buat saya. Walaupun hati ini sayu, saya merelakan semuanya. Arwah meninggal dunia kerana sakit tua. Umurnya telah menjangkau 90+ tahun keatas. Arwah merupakan atok yang paling saya rapat dan sayangi, ibarat diri ini menyayangi mama sendiri.

Pada minggu lepas sebelum arwah meninggal, itulah pertama kali saya melihat arwah banyak bersembang dengan kami. Sehinggakan kami pelik dan saya tak tahu itulah kali terakhir saya boleh melihat arwah berkata-kata sebelum saya pulang ke rumah semula. Banyak benda yang dimintanya, sehinggakan buah mangga yang selama ini arwah tidak suka, arwah meminta untuk kami beri makan. Tapi ada satu ayat yang tidak dapat saya lindung tangisan ini, pabila dia berulang kali mengulangi perkataan "Atok nak meninggal dah. Atok banyak dosa, maafkan atok". Sehinggakan sekarang saya masih terngiang-ngiang perkataan itu. Atok :'(

Maafkan kakak, atok. Ketika kakak menulis entri ni, kakak tak dapat menahan tangisan kerana masih teringat kenangan kakak bersama atok. Kakak rindu nak suap atok makan, kakak rindu nak bagi atok minum, kakak rindu nak cium atok, kakak rindu nak dengar suara atok, kakak rindu akan pegangan hangat atok dan akak rindu segala kenangan kakak dengan atok. Atok, kakak nak jumpa atok lagi. Atok dimana? :'(

Sehari sebelum arwah meninggal, kami semua bergilir-gilir untuk membaca Yaasin dan Al-Quran. Sehinggalah hari sebelum kepemergiaan arwah, selepas solat Jumaat saya masih membaca Al-Quran dan diselang-seli dengan lafaz syahadah ke telinga arwah. Tetapi, ketika dalam pukul 3.30 petang di cuaca begitu tenang, kami tiba-tiba terasa begitu penat dan ingin berehat. Saya tidur sebentar untuk merehatkan diri. Tetapi dalam sekitar pukul 4.06 petang, mama gerak saya dan bagitau atok meninggal. Ya Allah, betapa berat hati ini untuk mendengar berita ini kerana tidak bersama arwah di saat arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Alfatihah.

Ketika ingin mengkafankan diri arwah, diri ini tidak sanggup untuk menabur kapur barus dan air mawar di dalam kain kafan dan kerandanya. Tangisan saya begitu kuat dan hati pilu untuk menatap tubuh arwah. Sepupu saya cuba untuk menenangkan diri saya sehinggalah arwah dibawa pergi bersama van jenazah. Itulah kali terakhir diri ini melihat arwah sebelum dikebumikan.

Saya tidak menyangka atok betul-betul akan pergi pada bulan ini. Pada bulan lepas, saya pernah bermimpi atok terbaring di depan kami semua dan memegang perut dia sambil berkata "Atok akan meninggal selepas mama Solehah pulang dari umrah." Ya Allah, betapa tabah diri ini kerana bermimpi sedemikian dalam tidurku di keheningan Subuh. Saya terbangun dari tidur dan menangis sambil berkata "Ya Allah, semoga mimpi ini tidak akan terjadi". Kawan saya terjaga kerana terdengar esakan sambil bertanya "Kenapa hang nangis". Diri ini cuma mampu berkata "Tak ada apa-apa". Saya bangun dari tidur untuk solat Subuh dan berdoa dalam tangisan supaya mimpi ini tidak akan terjadi. Tetapi Allah lebih menyayangi arwah atok. Alfatihah.

* Tahun ni kami berpuasa dan beraya tanpa arwah. Adakah ini bermakna buat saya? :'(

8 sweet comments:

Unknown said...

sabar ye solehah..Allah lebih menyayanginya.. AL-FATIHAH..

Kacira said...

al-fatihah utk arwah atok awk..
bykkan bersabar...

Unknown said...

al fatihah buat atok solehah
moga ditempatkan bersama org2 beriman
tabahkan hati ye solehah

aReLaN said...

al-fatihah buat arwah. moga rohnya aman di sana ditempatkan di samping orang beriman. sabar ye solehah

Miss N™ said...

bykkan bsabar yea..
Al-fatihah buat arwah...

Nyue said...

Al-fatihah buat solehah jugakk..nyue pon berpendapat cm solehah..tahun ni, tahun pertama akk dan keluarga..puasa tanpa arwah ayah..sedeyy dan sebak xmampu nk tahan ag...

Kekzamanis said...

Banyakkan bersabar dik.. Tak baik diratapi orang yang dah pergi.. Apa yg akak boleh nasihat, selalu lah buat solat hadiah dan hadiahkan bacaan Al-Fatihah untuk arwah atok adi.. Insha Allah, semoga rohnya tenang di sana..

mummyrinazone beauty said...

Al-Fatihah kepada allahyarhamah atok perempuan solehah..sesungguhnya pada Allah kita datang dan padaNya kita kembali...semoga rohnya dicucuri rahmat..banyak dah umur 90 tahun tuh mesti banyak kenangan manis dia bersama keluarga..teringat pada arwah abah akak.umur baru 59 tapi Allah dah jemput.tak siapa boleh menidakkan..