Sebenarnya dah lama saya tak buat tutorial kan. Jadi sebagai membayar hutang yang lama, saya buat tutorial ini khas untuk semuanya. Sejujurnya bukan saya yang mula-mula tahu buat tutorial ini, tapi saya diajar oleh blogger LEPAK. Terima kasih kerana mengajar saya, rupanya senang je nak daftar akaun Paypal ini. Apa kata kali ni saya pula yang ajar korang. Jom ikut, jom...
2. Klik Sign Up bagi sesiapa yang belum daftar akaun Paypal.
3. Pilih "Malaysia" di bahagian "Your country or region". Buat seperti gambar di bawah. Kemudian pilih "Personal" jika akaun ini untuk persendirian. Pilih "Premier" untuk sesiapa yang nak berjual beli online dan pilih "Business" jika akaun Paypal ini untuk syarikat.
4. Sila isi semua maklumat yang diperlukan. Setelah siap klik "Agree and Create Account".
5. Kemudian akan keluar bahagian maklumat kad kredit. Sila abaikan bahagian ini dan skrol sehingga ke bawah sehingga jumpa "Go To My Account". Klik "Go To My Account".
6. Kemungkinan akaun korang akan log out sendiri. Jadi sila log in semula akaun Paypal yang sudah didaftar tadi.
7. Jika sudah log in, di bahagian "My Account", klik "Profile". Kemudian, klik "Add or Edit Bank Account". Sila isi semua maklumat yang diperlukan. Sila save semua maklumat account bank berdasarkan arahan yang diberi setelah isi.
*Untuk MEPS Bank Routing Code, sila isi dengan salah satu
kod di bawah bersesuaian dengan bank yang dipilih.
AFFIN BANK BERHAD – PHBMMYKL
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD – MFBBMYKL
AMBANK BERHAD - ARBKMYKL
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD - BIMBMYKL
BANK KERJASAMA RAKYAT BERHAD - BKRMMYK1
BANK MUAMALAT BERHAD - BMMBMYKL
BANK OF AMERICA - BOFAMY2X
BANK SIMPANAN NASIONAL - BSNAMYK1
CIMB BANK BERHAD - CIBBMYKL
CITIBANK BERHAD - CITIMYKL
DEUSTCHE BANK - DEUTMYKL
EON BANK BERHAD - EOBBMYKL
HONG LEONG BANK BERHAD - HLBBMYKL
HSBC BANK MALAYSIA BERHAD - HBMBMYKL
MALAYAN BANKING BERHAD - MBBEMYKL
OCBC BANK (M) BERHAD - OCBCMYKL
PUBLIC BANK BERHAD - PBBEMYKL
RHB BANK BERHAD - RHBBMYKL
STANDARD CHARTERED BANK MSIA BHD - SCBLMYKX
THE ROYAL BANK OF SCOTLAND BERHAD (RBS) - ABNAMYKL
UNITED OVERSEAS BANK - UOVBMYKL
8. Buka akaun emel (samada Gmail, Yahoo, dll) yang
didaftarkan untuk mengaktifkan akaun Paypal ini. Sila klik link confirmation
yang diberikan.
9. Akan diberikan dua pilihan samada "Pay with my balance via top-up from my RHB Bank
Account" atau "Pay with myCredit/Debit Card". Sila
pilih pilihan yang kedua.
10. Abaikan bahagian kredit kad ini, hanya klik "Go to My Account".
Siap!
* Maafkan saya jika ada yang tak paham tutorial ini. Jika kurang paham, sila ajukan soalan di ruangan komen entri ini ye. Insya-Allah saya akan cuba balas. Terima kasih kerana mencuba.
Sebelum saya bagitau korang cara-cara untuk daftar MySurvey, saya nak terangkan dulu apa itu MySurvey. Jom kenali apa itu MySurvey :
1. Am
1.MySurvey Rewards dimiliki dan dikendalikan oleh Lightspeed Research Hong Kong (Lightspeed) Suites 1304-05, 13/F, 625 King's Road, Quarry Bay, Hong Kong. MySurvey Rewards boleh diakses dihttp://www.mysurvey.com.my
2.Dengan mendaftar sebagai ahli panel di MySurvey (Ahli) anda bersetuju untuk terikat oleh Terma dan Syarat ini.
3.Lightspeed berhak untuk meminda atau menamatkan Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Sebarang pindaan kepada Terma dan Syarat ini akan dipos di laman web MySurvey.
2. Pendaftaran dan Keahlian
1.Sebelum anda boleh mengambil bahagian dalam Program MySurvey Rewards (Program), anda mesti melengkapkan Borang Pendaftaran Ahli. Untuk menjadi Ahli, anda perlu memberikan maklumat berikut:
1.nama;
2.alamat;
3.e-mel;
4.tarikh lahir;
5.jantina;
6.status perkahwinan;
7.pekerjaan; dan
8.tahap pendidikan;
1.Maklumat ini akan disimpan mengikut Dasar Privasi Lightspeed yang boleh diakses di Maklumat Sulit Peribadi. Lightspeed berpegang teguh kepada undang-undang privasi Negara Malaysia dan Kod Standard dan Etika bagi Penyelidikan Tinjauan ESOMAR.
2.Keahlian dalam Panel MySurvey terbuka kepada penduduk Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 15 tahun.
3.Program ini tidak terbuka kepada kakitangan Lightspeed, syarikat induknya, anak syarikat, anggota gabungan dan pembekalnya yang mempunyai apa jua jenis hubungan dengan Program atau pengendalian laman web Lightspeed (Laman) dan mereka yang tinggal serumah dengan kakitangan sedemikian dan juga Ahli keluarga terdekat mereka.
3. Akaun ahli, kerahsiaan dan keselamatan
1.Seorang Ahli hanya boleh memegang satu akaun aktif. Satu alamat e-mel mestilah tidak digunakan untuk berbilang akaun walaupun jika akaun-akaun tersebut untuk orang yang berlainan.
2.Pada masa akaun dibuka, Ahli perlu memberikan alamat e-mel semasa dan kata laluan. Adalah menjadi tanggungjawab Ahli untuk memastikan bahawa butiran yang mereka berikan sentiasa terkini dan kata laluan sentiasa dirahsiakan.
3.Lightspeed berhak untuk menentukan ketulenan sebarang maklumat yang diberikan oleh Ahli.
4.Semua respons penyelidikan akan dipantau untuk tujuan pengesanan penipuan dalam talian, termasuk keahlian berbilang dan respons berbilang, bagi memelihara integriti mana-mana penyelidikan dalam talian.
4. Pengumpulan Mata MySurvey
1.Sebaik sahaja anda melengkapkan Borang Pendaftaran Ahli dan MySurvey selesai mengesahkan bahawa pendaftaran anda sah, akaun anda akan dikreditkan dengan 15 mata. Kemudian anda boleh mula mendapatkan Mata MySurvey tambahan dengan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti dalam talian di http://www.mysurvey.com.my. Mata MySurvey diberikan kepada Ahli setiap kali mereka melengkapkan tinjauan secara sah. Jumlah Mata MySurvey yang diberikan bergantung pada tempoh masa yang diperlukan untuk melengkapkan tinjauan secara sah dan kesukaran tinjauan tersebut.
2.Mata MySurvey dikumpulkan dan ditebus dari bahagian Redeem Rewards. Aktiviti yang membolehkan anda untuk mendapat Mata MySurvey mungkin berubah dari semasa ke semasa atas budi bicara Lightspeed. Sebarang perubahan kepada Program akan dinyatakan dalam Terma dan Syarat pindaan atau di Laman.
3.Ahli mestilah tidak memindahkan atau menguntukkan Mata MySurvey mereka kepada orang lain.
4.MySurvey akan menghantar jemputan ke alamat e-mel anda untuk menjemput anda melengkapkan tinjauan atau aktiviti penyelidikan pasaran lain yang boleh diakses dengan mengklik pautan yang disertakan. Penyertaan dalam tinjauan ini adalah sukarela. Jika seseorang Ahli itu membuat keputusan untuk menyertai tinjauan, sebelum mereka memulakan tinjauan, mereka akan diberitahu tentang panjang masa yang diperlukan untuk melengkapkan tinjauan itu secara sah dan jumlah Mata MySurvey Points yang akan diberikan kepada mereka. Sekiranya Ahli gagal melengkapkan Tinjuan secara sah, mereka tidak akan diberikan sebarang Mata MySurvey bagi bahagian tinjauan yang sempat mereka lengkapkan sebelum penamatan. Selain daripada tinjauan, Ahli juga boleh mendapat Mata MySurvey dengan menjalankan pelbagai aktiviti lain di Laman yang akan dinyatakan dalam Terma dan Syarat ini atau diterangkan di bahagian lain di Laman dari semasa ke semasa.
5.Ahli mestilah tidak mengakses tinjauan MySurvey semasa berada di luar Malaysia. Sekiranya Lightspeed, mengikut budi bicara mutlaknya, menentukan bahawa Ahli ada mengakses tinjauan semasa berada di luar Malaysia, penyertaannya dalam tinjauan tidak akan sah bagi tujuan mendapatkan Mata MySurvey.
6.Sebagai sebahagian daripada proses pemilihan tinjauan, Lightspeed mungkin meminta Ahli memberikan maklumat tambahan kepada yang dirujuk di 2. Ahli tidak diwajibkan untuk memberikan maklumat tambahan yang diminta. Sekiranya Ahli memilih untuk tidak memberikan sebarang maklumat lanjut, tiada penalti akan dikenakan. Sekiranya maklumat tambahan diminta dan diberikan, Ahli mungkin berpeluang melengkapkan tinjauan tambahan untuk mendapat lebih Mata MySurvey.
7.Ahli akan mendapat sehingga 10,000 Mata MySurvey bagi setiap tinjauan dan/atau aktiviti penyelidikan pasaran yang dilengkapkan secara sah.
8.Mata MySurvey akan luput 2 tahun dari tarikh akruan. Bagi mata ganjaran yang diperolehi sebelum 1 Januari 2010, ia akan kekal sah sehingga 31 Disember 2011.
9.Akaun ahli yang mempunyai kurang daripada 250 mata tidak mempunyai nilai ganjaran. MySurvey boleh, mengikut budi bicara mutlaknya, menawarkan barangan, item promosi atau opsyen lain yang boleh ditebus oleh Ahli yang mempunyai kurang daripada 250 Mata mySurvey dari semasa ke semasa;
10.Ahli boleh melihat jumlah keseluruhan Mata MySurvey mereka dalam talian dengan melawat halaman Ahli Laman.
11.Halaman Ahli terhad kepada ahli sahaja. Untuk mendapatkan akses kepadanya, Ahli mesti memasukkan alamat e-mel dan kata laluan mereka.
5. Ganjaran
1.Mata MySurvey boleh ditebus untuk mendapat ganjaran di bawah Program ini. Mata MySurvey tidak boleh dipindamilik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
2.Semua Mata MySurvey yang dikumpulkan akan hilang apabila Ahli menarik diri atau dikeluarkan daripada Panel.
3.Mata MySurvey hanya boleh ditebus dengan item-item yang disenaraikan di halaman Ganjaran Anda di Laman. Lightspeed berhak untuk mengeluarkan atau menggantikan sebarang ganjaran daripada senarai itu tanpa notis. Sekiranya Program ditamatkan, ahli akan diberitahu dan diberikan 2 bulan untuk menebus Mata MySurvey mereka.
4.Mata MySurvey akan dipos ke akaun Ahli tidak lebih daripada 30 hari selepas tinjauan atau aktiviti lain dilengkapkan secara sah. Mata itu akan tersedia untuk ditebus sebaik sahaja ia dipos di akaun Ahli. Ahli bertanggungjawab menghubungi Lightspeed jika Mata MySurvey mereka tidak didepositkan dengan betul pada bila-bila masa. Lightspeed tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kesilapan berkenaan Mata MySurvey yang tidak dimaklumkan oleh Ahli dalam tempoh masa yang munasabah dari tarikh kesilapan dibuat.
6. Penebusan Mata MySurvey
1.Sebaik sahaja lebih daripada 250 Mata MySurvey terakru, Ahli boleh menebus Mata MySurvey Points sebagai:
1.baucar hadiah;
2.barangan;
3.derma kepada salah sebuah badan amal yang disenaraikan di laman.
1.Untuk menebus Mata MySurvey, Ahli perlu melawat halaman Ahli dan mengklik 'Tebus ganjaran'. Nilai ganjaran yang dipilih mestilah tidak melebihi jumlah Mata MySurvey Points di akaun Ahli. Memilih ganjaran yang nilainya kurang adalah dibenarkan. Mata MySurvey yang tidak digunakan akan kekal di dalam akaun Ahli untuk kegunaan pada masa depan. Sebarang Mata MySurvey yang tidak ditebus dalam masa 2 tahun selepas dipos di akaun Ahli akan luput dan tidak lagi sah.
2.Ahli boleh menebus ganjaran mereka dengan memilih baucar hadiah, derma amal atau memilih daripada beraneka pilihan barangan yang disenaraikan di halaman Ganjaran Anda.
3.Semua item yang ditampilkan di halaman Ganjaran Anda digunakan untuk rujukan semata-mata dan hanya tersedia jika stok ada. Jika item yang Ahli pesan tiada dalam stok pada masa pesanan dibuat, Lightspeed akan menggantikan dengan item daripada jenama dan nilai yang sama atau mengkreditkan Mata MySurvey dengan nilai setara ke akaun Ahli untuk tujuan penebusan lain atas pilihan Ahli.
4.Lightspeed bukan pembekal produk yang disenaraikan di halaman Ganjaran Anda dan tidak bertanggungjawab atas sebarang liabiliti yang timbul berikutan pembelian atau penggunaan produk tersebut. Sebarang pertikaian mengenai produk atau baucar hadiah hendaklah diajukan kepada pembekal.
5.Lightspeed berhak untuk menukar barangan dan baucar hadiah yang tersedia di halaman Ganjaran Anda mengikut budi bicaranya dan tanpa perlu memberitahu Ahli.
6.Ahli tidak akan dapat menebus Mata MySurvey untuk mendapatkan ganjaran jika mereka tidak mempunyai mata yang mencukupi untuk menebus ganjaran atau aktiviti sedemikian.
7.Sebarang item yang diterima hasil penebusan Mata MySurvey Points tidak boleh ditukar ganti, dipulangkan atau ditukar dengan wang tunai.
8.Mata MySurvey tidak boleh ditawar-tawar dan hanya boleh ditebus melalui Lightspeed dan ditukar dengan Ganjaran. Apabila seseorang Ahli itu menebus Mata MySurvey untuk ditukar dengan ganjaran, jumlah mata yang diperlukan untuk menebus ganjaran tersebut akan ditolak dari akaun Ahli.
9.Lightspeed tidak akan dipertanggungjawabkan atas kehilangan, kerosakan atau pencurian baucar hadiah sebaik sahaja ia ditebus melalui halaman Ganjaran Anda.
10.Ahli yang tidak lagi mahu menyertai Program ini perlu menebus sebarang Mata MySurvey terakru sebelum menutup akaun mereka. Jika Ahli tidak melakukan ini, sejurus selepas penutupan akaun, semua Mata MySurvey akan hilang.
7. Penghantaran ganjaran
1.Baucar hadiah dan ganjaran barangan akan dihantar melalui mel dalam masa empat minggu. Item mungkin tiba lebih awal atau lewat bergantung pada permintaan yang tinggi dan pesanan balik daripada pengilang. Tempoh penghantaran juga mungkin lebih lama pada musim cuti.
2.Ahli boleh mengesahkan dan, jika perlu, menukar nama pertama dan akhir dan alamat surat-menyurat mereka sebelum barangan/baucar hadiah dihantar. Barangan hanya boleh dihantar ke lokasi penghantaran yang sah di Malaysia dan alamat yang diberikan dengan tepat oleh Ahli semasa menebus ganjaran. Mata MySurvey tambahan yang diperlukan untuk membayar kos penghantaran dan pengendalian Ganjaran tertentu akan dimasukkan dalam nilai keseluruhan Mata MySurvey Points bagi Ganjaran tersebut.
3.Apabila menebus baucar hadiah atau derma kepada badan amal, yuran pemprosesan akan dikenakan. Semua yuran pemprosesan adalah tanggungjawab Ahli. Namun, Mata MySurvey tambahan yang diperlukan untuk membayar kos pemprosesan yang berkaitan bagi Ganjaran tertentu akan dimasukkan dalam nilai keseluruhan Mata MySurvey Points bagi Ganjaran tersebut.
4.Semua Ganjaran tertakluk kepada ketersediannya dan sesetengah item Ganjaran mungkin mempunyai ketersediaan yang terhad. Lightspeed berhak untuk menggantikan item Ganjaran yang tidak tersedia dengan item daripada nilai yang setara atau lebih tinggi, atau mengkreditkan nilai Mata MySurvey yang setara ke akaun Ahli untuk tujuan penebusan lain atas pilihan Ahli.
8. Am
1.Ahli bertanggungjawab atas penggunaan atau aktiviti di bawah akaun mereka, termasuk penggunaan akaun oleh mana-mana pihak ketiga (yang dilarang).
2.Ahli mestilah tidak melakukan mana-mana yang berikut:
1.menghalang atau menyekat ahli lain daripada menikmati Program atau Laman;
2.menghantar mesej yang mengandungi virus, cacing atau sebarang unsur pemusnah lain;
3.menghantar mesej yang memfitnah, lucah, mengugut, memaki atau penuh kebencian; atau
4.mengganggu atau melanggar hak cipta, cap dagang, tanda perkhidmatan, logo atau maklumat sulit orang lain.
1.Ahli hanya boleh mengakses bahagian Laman yang tersedia khusus kepada Ahli dan Ahli tidak dibenarkan di bawah apa jua keadaan untuk menggunakan atau cuba menggunakan Laman atau mana-mana bahagiannya untuk mengganggu keselamatannya atau keselamatan sistem yang boleh diakses melaluinya.
2.Gambar barangan yang dipamerkan di Laman tidak semestinya menggambarkan warna atau model sebenar ganjaran yang akan diterima kerana ia bergantung pada kelainan pencetakan dan/atau kemas kini pengilang.
3.Maklumat tentang produk, perkhidmatan dan/atau aktiviti di Laman adalah tepat sepanjang pengetahuan Lightspeed. Lightspeed tidak bertanggungjawab atas sebarang kesilapan dan/atau ketaklengkapan berhubung maklumat sedemikian.
9. Penamatan keahlian
1.Kegagalan untuk berpegang teguh kepada Terma dan Syarat (dan sebarang pindaan kepada Terma dan Syarat ini kemudiannya) merupakan asas bagi penamatan keahlian anda daripada Panel dan Program MySurvey mengikut budi bicara Lightspeed tanpa notis lanjut.
2.Penamatan keahlian akan menyebabkan pembatalan semua Mata MySurvey yang terkumpul dan semua hak akses dan guna yang diberikan kepada Ahli.
3.Mana-mana ahli yang akaunnya ditamatkan tidak lagi boleh mengakses Program atau halaman Ahli di Laman ini.
4.Lightspeed boleh, mengikut budi bicaranya, menggantung atau menamatkan akaun Ahli tanpa notis terlebih dahulu. Keadaan-keadaan di mana akaun Ahli boleh ditamatkan termasuk tetapi tidak terhad kepada:
1.pelanggaran Terma dan Syarat ini (atau sebarang perjanjian lain yang digabungkan ke dalam perjanjian ini);
2.Ahli yang mengaktifkan dan menggunakan lebih daripada satu akaun;
3.kurangnya penyertaan yang tetap dalam tinjauan;
4.alamat e-mel yang tidak sah didaftarkan untuk membuka akaun;
5.Ahli atau pihak ketiga membalas e-mel atau tinjauan yang ditujukan kepada Ahli lain;
6.pemberian respons palsu atau menipu ataupun Ahli melibatkan diri atau membantu Ahli lain dalam aktiviti
7.penipuan di Laman;
8.Ahli menggunakan atau menebus Mata MySurvey yang diperolehi dengan cara yang melanggar Terma dan Syarat atau yang disalahkreditkan ke akaun Ahli; dan
9.Ahli yang menyalahguna atau mempamerkan perlakuan tidak wajar di atau berhubung Laman atau Lightspeed.
1.Sekiranya wujud sebarang pertikaian berhubung Ahli, keputusan Lightspeed adalah muktamad.
2.Ahli boleh menamatkan keahlian mereka pada bila-bila masa dengan melawat Penamatan
10. Pengecualian liabiliti
1.Lightspeed boleh, mengikut budi bicaranya, menukar, menggantung atau tidak meneruskan sebarang aspek Program dan/atau Laman pada bila-bila masa, termasuk ketersediaan sebarang ciri perkhidmatan, pautan, penaja, pangkalan data atau kandungan laman tanpa notis.
2.Lightspeed tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan kepada komputer Ahli kerana menyertai Program atau memuat turun sebarang maklumat yang perlu untuk menyertai Program.
3.Lightspeed juga tidak bertanggungjawab atas ketaktersediaan sambungan rangkaian, transmisi komputer yang gagal, tidak lengkap, bercelaru atau tertangguh, kegagalan dalam talian, perkakasan, perisian atau pincang tugas atau gangguan teknikal lain, atau sebarang kegagalan komunikasi lain atau keadaan-keadaan yang menjejaskan, mengganggu atau merosakkan Program Ganjaran dalam apa jua cara termasuk tanpa had:
1.penerimaan permintaan penebusan;
2.keupayaan Ahli untuk menyertai Program Ganjaran; atau
3.pengeposan Mata MySurvey ke akaun Ahli.
1.Lightspeed tidak membuat sebarang jaminan atau penggambaran tentang ketepatan atau kelengkapan Laman atau sebarang pautan ke Laman ini. Lightspeed tidak bertanggungjawab atas kandungan mana-mana laman web pihak ketiga yang dipautkan ke Laman ini. Pemasukan sebarang pautan di Laman ini bukan merupakan sokongan terhadap ketepatan laman web yang dipautkan ataupun laman web itu sendiri.
2.Setiap Ahli memperakui dan bersetuju bahawa Lightspeed tidak akan bertanggungjawab atau boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang perjanjian antara Ahli dan mana-mana syarikat gabungan Program berhubung item atau perkhidmatan yang diterima Ahli sebagai hasil penebusan Mata MySurvey, atau penyertaan Ahli dalam promosi dan/atau aktiviti lain milik pihak ketiga.
11. Bidang kuasa
Terma dan Syarat ini ditadbir oleh undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia dan anda berserah kepada bidang kuasa eksklusif bagi mahkamah yang melaksanakan bidang kuasa di Malaysia.
2. Klik "JOIN NOW" di sidebar kanan laman MySurvey.
3. Sila isikan semua maklumat yang diminta. Selepas isi, klik "CONTINUE".
4. Ikut arahan selepas pendaftaran. Selesai! Korang tunggu sajelah survey yang akan dihantar oleh MySurvey. Pastikan korang selalu jenguk emel korang yang telah di daftarkan untuk MySurvey kerana survey akan diberikan pada bila-bila masa dan ada had waktu. Jika korang jawab dalam waktu yang ditetapkan, banyaklah point yang korang akan dapat nanti. Kalau bukan waktunya, sikit sajelah point yang korang akan dapat. Jadi, lebih baik jawab survey tu tepat masanya.
2. Tengok dulu rewards apa yang korang nak pilih. Selesai saje pilih, klik "REDEEM".
3. Nanti korang akan jumpa seperti :
You have 725 points.
Please select the reward type
Klik "Please select one" dan korang boleh pilih sama ada nak tebus "Vouchers" ataupun "Charity". Selalunya orang akan pilih "Vouchers".
4. Tengok & pilih voucher yang disediakan mengikut jumlah point yang korang ada. Sebagai contoh, korang nak tebus voucher untuk "KFC/Pizza/Ayamas". Klik "REDEEM".
5. Sila isi semua butiran. Selepas isi, klik "CONFIRM".
6. Dah siap. Nanti MySurvey akan berikan reference number pada korang jika ada apa-apa masalah dalam proses penebusan. Korang kena tunggu beberapa minggu untuk proses penghantaran. Sabar ye! :)
* Saya dah tebus 2 keping voucher untuk KFC/Pizza/Ayamas. Korang nak juga? Jom daftar MySurvey. Nanti korang boleh dapat voucher. Dapatlah korang shopping dan makan-makan. Selamat mendaftar.
Harini saya nak ajar korang cara jana pendapatan dengan survey. Mungkin ada yang tak pernah tau, dengan luangkan masa beberapa minit untuk menjawab survey secara online pun boleh dapat duit. Kalau hari-hari jawab survey camni, boleh kaya lah korang. Nak dapat duit pun senang jugak. Apa kata korang cuba dulu ye.
2. Nanti, korang tengok bahagian sidebar kiri dalam website tu. Ada perkataan "Join now" kan?. Ha, korang klik kat situ. (Korang kena sabar sikit sebab website ni lambat loading.)
3. Korang akan dapat satu borang yang korang wajib isi. Isi borang tu dulu ye. (Gender, First Name, Surname, Your email address. )
Gender : ******
First Name : *******
Surname : *******
Your email address : *******
4. Selepas siap daftar tu, korang buka akaun emel yang korang daftar tadi. Tengok pada inbox. Korang akan dapati satu emel yang korang akan dapat dari Your Voice. Buka emel tu, dan korang akan dapat satu link yang korang kena klik. Klik link tu untuk korang buat "activate membership".
5. Selepas klik link tadi, korang akan masuk ke satu page seperti gambar di bawah. Selepas tu, korang baru boleh klik anak panah biru tu ye.
6. Korang isi semua yang diminta. Pastikan korang jujur bila isi semua ni tau. Jangan lupa tick "I have read... "
7. Yeayyy! Korang dah boleh jawab survey ni.
Dah siap daftar? Nanti korang jangan lupa share earning korang tu ye. Selamat menjawab survey... :)
Harini saya nak buat tutorial daftar Komli. Tutorial ini diminta oleh Nad. Diharapkan Nad paham tutorial ni. Jika tak paham, terus ajukan soalan pada saya ye. Kepada blogger yang betul-betul nak letak iklan Komli ni dalam blog, cuba buat dulu ye. Jika tak paham, boleh tanya. Sebelum tu, saya nak bagitau awal-awal. Iklan Komli boleh buat status glitterati Nuffnang korang ditarik. Jadi, fikir-fikirkan dulu sebelum daftar. Trafik mestilah 300 uv dan ke atas.
2. Isi butiran yang diminta. Sila isi mengikut petunjuk di bawah.
First Name : Nama pertama korang
Last Name : Nama bapa
Title : Nama blog korang
Company : Link blog korang
Address 1, Address 2, Address 3 : Alamat rumah korang
Zip/Postal Code : Kod kawasan
Country : Malaysia
State : Negeri?
City : Bandar?
Phone Number : No.hp korang
FAX : Nombor telefon rumah. Jika tiada, bagi saje nombor telefon lain
Email ID : Email korang
Preferred Payment Method : Nombor akaun bank korang
Cheque payable to : Nama penuh korang
Site Name : Nama blog korang
Site URL : Link blog korang
Description : -
Current daily unique visitors : -
Current monthly unique visitors : Sila rujuk uv bulanan blog di Nuffnang
Current monthly page views : Sila rujuk pageviews bulanan blog di Nuffnang
Projected monthly ad impression : -
Sila tick I agree to Terms and Condition serta isi kod bergambar. Pabila siap semuanya, klik Submit. Tunggu email dari Komli. Mungkin akan memakan masa beberapa hari.
Pihak Komli akan email korang untuk mengisi details yang mereka minta. Terdapat dua cara untuk korang reply email tu :
1) Fax "form detail" yang diorang bagi dalam email.
Buka emel dari Komli, print attachment yang Komli bagi, isi form detail tu dan kemudian fax pada Komli. Kalau takde Fax, korang ikut cara
kedua. 2) Buka emaildari Komli. Tekan "Forward"untuk edit emel tu,kemudian isi form details yang Komli bagi. Emel untuk reply semula : huier.lee@komli.com. Selepas siap isi, tekan "Reply".
* Sila isi form detail seperti petunjuk di bawah.
Company :Link blog korang
Address for Notification :Alamat rumah korang
Contact Name :Nama penuh korang
Contact Phone : No. telefon korang
Contact Fax : -
Contact Email : Email korang
Finance Contact Email : Email korang
IT Contact Email :-
Web Presence : Link blog korang
Ad Unit : [ ] 300 x 250 [/] 728 x 90 [ ] 120 x 600 [ ] 160 x 600
Payment Details :-
Bank Name : Jenis bank yang nak digunakan
Bank Branch Address :-
Account Name : Nama penuh korang Account Number : Nombor akaun bank korang
SWIFT :-
* Di bahagian Ad Unit, korang boleh pilih saiz yang korang nak. Jika korang nak semua, tick la semua.
Jika korang dah siap kesemuanya, tunggu sehingga Komli reply semula untuk mengesahkan kesemua detail yang diberi. Mungkin akan memakan masa selama seminggu.
Setelah dapat emel balasan dari Komli, korang ikut arahan Komli yang seterusnya sehingga mereka beri link kod banner Komli pada korang. Setelah korang masukkan saje banner iklan Komli dalam blog, automatik pengiklanan Komli akan berjalan. Selamat mencuba! :)
Kepada sesiapa yang ada produk untuk dijual dan tidak tahu bagaimana ingin promosikan produk korang tu, korang perlulah baca entri ini sehingga habis kerana saya akan bagitahu cara yang paling mudah dan ringkas untuk korang lakukan. Teringin nak tau bagaimana? Okay saya akan ceritakan bagaimana korang boleh promosikan.
Pernah dengar mengenai Laku? Ala, Laku.my... Website ini merupakan website Malaysia Marketplace. Sebenarnya saya tak pernah jenguk website ni sebelum-sebelum ni. Maklumlah saya bukan businesswoman. Jadi keinginan nak memasukkan diri ke sana sangatlah tipis. Tetapi untuk korang yang mempunyai bisnes, tiba-tiba saya merajinkan diri untuk membuat entri mengenai ni.
Kepada sesiapa yang sememangnya teringin nak tau mengenai website ni, korang klik SINI ye. Korang akan dapati website ni seperti di bawah. Ada berbagai kategori di situ. Jika korang nak lihat jenis-jenis produk yang diiklankan secara percuma di sana, korang hanya perlu klik perkataan yang merah. Contohnya ; jika korang nak lihat iklan mengenai rumah, cuma klik perkataan "House". Korang akan dapati terdapat banyak iklan yang dipromosikan di sana.
Sekarang, saya akan ajarkan pula bagaimana korang boleh beli barang yang dipromosikan di sana. Mudah saje, ikut apa yang saya ajarkan ye. Setelah korang klik perkataan "House" yang ditunjukkan di atas, korang akan dapati bahagian iklan seperti di bawah. Kemudian, korang boleh cari produk yang korang ingin beli. Contoh : Pemasangan CCTV dan ALARM SYSTEM1 Malaysia. Jadi, korang hanya perlu klik seperti di bawah.
Setelah klik, korang akan mendapat segala butiran mengenai iklan. Jadi, korang boleh telefon no.hp pengiklan untuk membeli produk mereka. Mudah kan? Oleh itu, segala urusan niaga di antara korang dan pengiklan adalah rahsia. Tapi bagaimana pula untuk kita mengiklankan produk kepunyaan sendiri? Jadi, ikut cara yang akan saya ajarkan ni.
Korang lihat di sidebar kiri website Laku.my. Korang nampak perkataan "Post Free Ad"? Korang klik di situ dulu ye.
Baca peraturan iklan di bawah supaya iklan korang tidak dipadam.
Remember
You are not allowed to post ads on the same product or service more than once simultaneously.
No pure marketing ads.
If you want to modify your ad, delete it and insert a new one.
Ads which do not follow the rules will be deleted.
.: Sila isi borang yang diberikan :.
Selepas siap, sila klik "Continue". Siap!
p/s : Korang rajin-rajinkanlah diri untuk lihat produk yang dipromosikan di sana. Boleh dikatakan produk di sana berkualiti juga. Oklah, selamat mencuba! :)
Teringin nak jadi jutawan, tapi tak tahu bagaimana? Jangan risau. Pakar Perniagaan Internet En.Irfan Khairi ada jalan penyelesaiannya. Apa kata korang semua ikut saya untuk sertai affiliates ini yang dianjurkan sendiri oleh En.Irfan Khairi. Alhamdulillah, setakat ini income yang diterima cukup memberangsangkan. Nak join juga? Apa kata korang ikut langkah-langkah di bawah ye...
1. Bukak link INI. 2. Di bahagian "Referrer Id", sila isikan : bc19158d. Isi kesemua butiran yang diperlukan, sila abaikan bahagian "Tax SSN/EIN (USA only)". Kemudian klik submit. 3. Kemudian selesai mendaftar, korang akan dapati seperti di bawah.
4. Buka emel korang. Kemudian sila check bahagian inbox emel mengenai "Mentor Jutawan". Sila lihat username dan password yang diberikan. (Sila jaga elok-elok emel ini, jangan sampai terbuang!) 5. Log in dengan username dan password yang diberikan, DI SINI. 6. Siap! Korang ambil lah link untuk dipromotekan nanti di bahagian "Banners". 7. Selamat mencuba... :)
Hari ini saya nak perkenalkan korang dengan satu program Affiliate yang mungkin ada diantara korang tidak pernah mengetahuinya. Jadi, jika saya sebut mengenai Zamzarina Zamri, pasti majoriti di antara korang semua mengenalinya. Zamzarina Zamri ialah pemilik Harmony Affiliates ni. Jika korang nak tahu lebih lanjut mengenai Harmony Affiliates ni, korang boleh lawat DI SINI. Ada banyak info mengenai affiliates ini di sana.
Sudah baca laman web Harmony Affiliates dan berminat untuk sertai bersama-sama? Sekarang saya ingin ajar korang cara-cara untuk mendaftar affiliates ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila ajukan di komen entry ini.
1. Buka link INIdan klik "Apply Now" untuk mendaftar.
2. Isi semua butiran yang diberikan. Sila isi butiran dengan lengkap dan benar.
3. Selepas selesai mendaftar, buka akaun emel yang telah korang daftarkan tadi. Contoh : Jika korang daftar guna akaun gmail, bukalah akaun gmail korang. Sila check email anda mengenai Affiliate Harmony.
4. Nanti dalam emel tu korang akan dapat satu link affiliate Harmony seperti di bawah.
5. Jangan lupa baca syarat yang diberitahu dalam emel. Sekarang korang boleh copy link affiliate tu dan korang boleh share di facebook ataupun di blog korang.
7. Daftar untuk Harmony Products pula seperti cara-cara di bawah.
8. Isi semua butiran yang diperlukan. Kemudian klik "send registration". Siap!
9. Jika korang nak letak affiliate link di sidebar blog seperti yang saya buat, buatlah seperti meletakkan banner contest yang selalu diletakkan di sidebar blog.
p/s : Mudah saje kan? Oleh kerana borang daftarnya terlalu banyak, jadi korang kena hati-hati apabila mengisi butiran tersebut untuk mengelakkan kesilapan. Terima kasih kak Intan Berlian kerana ajar cara nak daftar. Selamat mencuba.
Rasanya mungkin ramai yang dah tahu mengenai BLIN.GD ni. Bagi sesiapa yang belum tahu lagi mengenai BLIN.GD, ia seakan-akan Churp-Churp tapi earningnya lagi banyak daripada Churp-Churp. Maksudnya, jika korang nak jana pendapatan lagi lumayan, saya syorkan korang join BLIN.GD ni. Korang ada keinginan nak cuba? Mari saya tunjukkan cara mudah untuk mendaftar BLIN.GD ni.
2. Korang boleh pilih sama ada nak daftar melalui Facebook ataupun Twitter.
3. Sila isi butiran "Personal Information, Bank, Contact dan Address". Sila pastikan butiran yang diisi lengkap dan benar.
4. Kemudian klik "Save changes".
Cara Untuk Share Iklan :
1. Klik pada "Home".
2. Pilih iklan yang sedang aktif untuk anda share. Kemudian klik "share". Contoh iklan : Bieber Manned Up In Malaysia
3. Skroll ke bawah, nanti korang akan nampak step 2 seperti gambar di bawah. Kemudian klik "share".
4. Skroll ke bawah lagi dan nanti korang akan jumpa step 2 lagi seperti gambar di bawah. Klik "share on twitter" atau "share on facebook". Anak panah kuning yang menunjukkan link iklan, korang boleh copy link tersebut untuk paste di mana-mana yang korang suka.
5. Siap!
Sebelum korang share link iklan korang tu, sila baca syarat di bawah dulu ye.
Terms & Conditions of BLIN.GD service
You are encouraged to share your links on the following places:
Your Facebook profile
Your Facebook Page (if you have one)
Your Twitter updates
Your personal pages on other social networks (eg Myspace, Friendster, etc)
Your status on instant messengers (MSN, Yahoo etc)
Your blog or website
Please note that the following list of DONT'S. This is important - not following these rules may result in your account being banned, and your earnings being invalidated:
Do not click your own links
Do not create multiple accounts
Do not share your links on Facebook Pages or Facebook Event Pages that you do not own
Do not spam blog chatboxes, forums or message boards
Do not have misleading text that does not accurately describe the destination of the click
Do not 'bunch' your links. Using services that combine multiple links to be opened with one click will result in your account being banned.
Do not share your links on websites with pornographic, copyright infringing or illegal content (eg hacking tips/tools, illegal downloads)
Accounts that engage in fraudulent or abusive behaviour will be banned. Please keep it clean & honest for Blin.gd to deliver more great campaigns and higher click rates for you!
* Setiap earning share untuk setiap iklan BLIN.GD boleh kalahkan earning churp-churp. Tak percaya? Jom tengok SINI. Rugi kalau korang tak join! Apa lagi, jomlah join sekarang~! :)