Lazada Malaysia

Sunday, April 1, 2012

Home » Kenangan Saya Sebarkan Islam Untuk Orang Bukan Islam.

Kenangan Saya Sebarkan Islam Untuk Orang Bukan Islam.

Assalamualaikum dan hai semua.




Kenangan Saya Sebarkan Islam Untuk Orang Bukan Islam. Agak-agaknya la kan, korang rasa apa kenangan saya tu? Mesti korang semua tak tau kan. Oleh kerana pada masa sekarang saya pelajar jurusan Diploma Syariah Islamiyyah, kenangan ini mesti akan ada dalam kehidupan saya, begitu juga kehidupan kawan-kawan sejurusan saya. Ini semua memang tugasan kami untuk salah satu subjek yang agak berat juga bagi kami iaitu subjek Usul al-Dakwah wa al-Khatabah. Subjek ini dalam bahasa Arab, jadi tak mustahil 99% subjek yang saya belajar sekarang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya dan memang menguji kosa kata bahasa saya. Dan jangan terkejut, pensyarah-pensyarah kesayangan saya juga berasal dari Iraq. Saya selalu juga sembang dengan diorang, tapi kadang-kadang saya terpinga-pinga dan lidah terkelu sebab tak paham diorang cakap. Maklumlah diorang cakap dengan saya guna bahasa pasar Arab, manala saya nak paham semua. Aduyai sabar sajelah...


Masa ni jamuan berbuka puasa. Makanan dimasak oleh isteri-isteri pensyarah dari Iraq, makanan original dari negara diorang. Semua manis. Sampai nasi dan lauk-lauk pun manis. Saya ada masa ni tapi saya yang tangkap gambar, takkanla da muka saya tiba-tiba.hehe Yang pakai serban semua ni pensyarah-pensyarah kesayangan saya dari Iraq. Tapi pic tepi yang berada di kiri dan kanan sekali ni bukan tau, diorang berdua ni anak kepada salah seorang dari pensyarah kesayangan saya. Hensem tak? hik3 Saya dah cop yang kiri sekali ni, umur dia rasanya tua 3 tahun dari saya. Pensyarah yang paling saya rapat; yang duduk dua dari kanan. Rindunya saya kat dia. Sekarang ni dia dah tak mengajar sini, sekarang dia mengajar di Jordan. Waaa saya tak da kawan dah :(

Ok sambung cerita balik. Sebenarnya subjek ini salah satu subjek major Diploma Usuluddin tapi pelajar Syariah tetap kena ambil juga. Kenapa saya kena ambil? Saya sendiri pun tak tau, kena tanya dekan saya dulu la nanti. Mula-mula nak ambik subjek ini, memang gerun sangat-sangat sebab subjek ini susah nak lulus. Paham-paham sajelah maksud saya ye. Bila tanya pendapat dekan saya, dia syorkan saya ambil cepat-cepat subjek ini sebab pada masa tu subjek yang saya daftar kurang major. Yang saya teruja sangat nak ambil subjek ini, ustaz doakan saya dapat A jika saya ambil subjek ini masa tu. Wah, tanpa fikir apa terus saya daftar subjek ni dalam senarai subjek yang saya nak ambil. Doa-doa juga tapi pada masa tu juga, saya berjanji pada diri saya untuk dapat A untuk subjek ini dan alhamdulillah saya berjaya tunaikan harapan ustaz. Alhamdulillah syukur.

Kelas bermula. Mula-mula masuk kelas ini saya ingat boleh melenggang kejap, sekali ustaz terus bagi tugasan untuk subjek ni. Mau tak saya terkejut. Dahla gabra untuk ambil subjek ni tak hilang lagi, tiba-tiba dah kena bagi tugasan. Sabar sajelah. Nak tau apa yang kami kena buat? Peperiksaan pertengahan tahun, masuk pertandingan pidato mengenai dakwah, khutbah jihad, chatting dengan orang bukan Islam-cerita mengenai Islam, dan peperiksaan akhir tahun. Ha,tengok ni..Banyakkan tugasan kami. Ustaz bagi tugasan ini cepat sebab takut kami tak dapat selesaikan dalam masa 6 bulan. Sampai tiga bahasa kena guna. Tak ke terkontang-kanting saya dibuatnya. Antara semua tugasan ini, tugasan yang paling susah saya nak buat ialah mengenai chatting. Ramai tanya, ala chatting kan bahagian paling senang. Senang-senang juga, tapi nak tau apa yang susahnya? Meh saya bagitau.

Sebenarnya calon-calon bakal saya dakwah guna chatting tu memang ramai, tapi tak tau nak pilih mana. Akhirnya saya pilih seorang mamat kulit putih ini berasal dari London. Wah mesti hensem kan dia. Memang la dia hensem sebab dia orang Inggeris. Saya pilih dia bukan sebab hensem tau tapi sebab dia saje yang sporting, yang lain sudah blocked emel saya. Waaa sampai hati diorang buat saya macamni. Inilah cabaran yang saya nak bagitahu tu, bukan senang orang bukan Islam nak terima sebaran kita. Sabar-sabar. Demi semua, segala rintangan harus direnangi. Tak perlula ye saya tayang chatting saya dengan dia, rasa malu pulak saya. Saya malu sebab bahasa Inggeris saya lagi low dari bahasa Arab saya. Eh macamne boleh jadi macamtu... ? Heee buat-buat paham sajelah ye. Umur dia sudah 36, saya pulak 22. Jauh sangat umur dia dengan saya. Hubungan kami bukan sampai chatting situ saje, kami masih berhubung sampai sekarang. Maksud hubungan itu, bukan bercinta tapi berkawan saje tau. Niat saya sudah berubah sekarang iaitu untuk sentiasa berdakwah kepada dia bukan sekadar sempurnakan tugasan ustaz. Yang saya pelik, bila saya ajukan soalan bila dia nak kawin, dia cakap tak ada yang sesuai. Erkk tak kanlah dia tak da calon, tak kan la dia tunggu seseorang sampai sanggup teruna sampai sekarang. Sebab dulu dia pernah bagitahu saya "Tiada seindah untuk sesuatu melainkan ketenangan, saya teruja untuk itu dan saya akan menantinya sehingga saya dapat ia daripada seseorang". Dia bagitahu ayat ini selepas saya terangkan pada dia apa itu Islam. Apa maksud dia ye? Saya tak paham. Siapa yang paham, tolong bagitahu saya ye. Kawan-kawan, siapa nak dia ini, sila bagitau saya ye. Saya boleh rekemenkan.hehe Oklah. Cukup sampai sini saya cerita pasal dia ni ye. Penat menaip... Cewahhh

Sekarang, saya nak bercerita pasal seorang lagi. Saya kenal dia ini secara tak sengaja di Tagged yang berasal dari negara India. Sekarang dia kerja di Malaysia. Dia ini boleh cakap bahasa Melayu, cuma sikit-sikit saje. Dia lahir pada tahun 1962. Tua setahun dari ayah saya. eh kenapa mesti macamni? Sila jangan tanya saya ye.hahaha Yang dulu beragama Kristian, kali ini Hindu pula ye dan bukan berkulit putih. Siapa-siapa yang bercitarasa kulit ini pulak, sila bagitau saya ye. Peace~ Dia ni terdesak sangat nak kawin lagi. Saya pun tak tau kenapa. Bukan sebab dia tak pernah kawin, tapi dah ada anak seorang pun yang berumur 23 tahun iaitu tua setahun dari saya. Dia ini sudah lama bercerai dengan isteri dia. Lupa pulak saya berapa tahun dia sudah bercerai dengan isteri dia, tapi agak lama juga. Sebabnya, saya tak boleh bocorkan rahsia dia. Jadi sebab itu la dia tak boleh pilih saya. Sebabnya, umur saya kan muda setahun dari anak dia. Nanti rasa macam pelik pulak saje kan.huhu Dia ini selalu juga masuk kelas yang dianjurkan oleh PERKIM. Tau tak PERKIM tu ape? Persatuan Kemajuan Islam Malaysia. Dia ni boleh dikatakan pakar juga mengenai Islam. Dia ni tak nak masuk Islam lagi sebab dia cakap nak cari isteri dari orang Melayu dulu. urmmm kalau macamtu sampai bila la dia nak masuk Islam, risau jugak saya jadinya sebab saya takut dia terlepas untuk menjadi seorang Muslim saje nanti akibat terlalu lama menunggu wanita Melayu untuk dijadikan isteri. Risau membelenggu diri...

Okla. Panjang juga entry saya kali ni, lama juga saya tak buat entry panjang-panjang ni. Segala pengorbanan ini saya tak kan terhenti sampai di sini. Saya akan sentiasa berdakwah untuk diorang berdua sehingga diorang betul-betul kenal apa itu Islam dan saya berdoa pintu hidayah Allah terbuka kepada mereka berdua. Amin... Jika saya tak buat semua ini, siapa lagi yang nak berdakwah untuk mereka kan. Siapa kat sini yang teringin nak sahut cabaran saya untuk berdakwah dengan orang bukan Islam? Kalau nak, sila komen entry ini. Usah takut usah gentar, I know u can do it. Biiznillah.

Sila hayati lirik nasyid kumpulan Fareast-Nur Syahadah. Anda akan paham kesemuanya bila menghayati lirik nasyid ini. Selamat malam semua. Assalamualaikum~

0 sweet comments: