Assalamualaikum dan hai semua.
Hari ini saya nak join segmen ni. Segmen ini memang terbaik la sebab ia berkaitan dengan buku. Orang yang ulat buku macam saya ini memang sesuai la nak join. Tanpa buang masa, jom tengok buku apa yang saya suka baca. Bukan ini saja buku yang saya suka baca, tapi kedua-dua buku ini adalah buku yang kerap saya baca berulang kali. Jom tengok bawah.
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-983-124-725-9
Halaman: ~496
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 350 gram
Tarikh Terbit: 28 Sep 2011
Kategori: Novel
Sinopsis :
Didi - gadis comel yang periang. Dia tidak pernah kisah dengan pandangan orang lain yang sering memperlekehkannya. Baginya, dia tidak peduli semua itu asalkan tidak menyusahkan orang. Sebagai seorang insan, dia punya keinginan untuk mencinta dan dicintai. Dia tidak pernah jemu menanti cinta sejati walau hatinya sering dipermainkan.
Kemunculan Syafizi, menghuru-harakan hidupnya. Katakata ibarat bom nuklear yang keluar daripada mulut lelaki itu menyebabkan darjah kebenciannya pada Syafizi di tahap takat didih. Sesuka hati saja memanggilnya Debab. Berhadapan dengan lelaki itu, dia tidak mahu kalah. Setiap ayat nuklear lelaki itu dibalas dengan ayat ala bom atom. Pesan orang tua, jangan terlalu membenci. Bimbang nanti benci bertukar menjadi sayang. Ya ke? Takkanlah Syafizi yang selalu cari pasal suka padanya. Mustahil! Daripada dia melayan lelaki mulut nuklear itu, lebih baik berchatting dengan Terhangat Di Pasaran. Walaupun mereka saling mengutuk, jejaka itu sudi berkongsi suka duka dengannya. Mungkin jodohnya dengan rakan chattingnya itu. Siapa tahu?
Review buku :
1. Novel ini terbitan Alaf21
2. Buku ini dapat memberi iktibar kepada remaja di luar sana apa yang perlu dilakukan jika perkara sebegini berlaku kepada kita.
3. Rasa-rasa anda semua la kan, akan bahagia ke jika bercinta dengan orang setakat kita berchatting dengannya sahaja? Jika anda semua nak tahu kesudahan novel ini, baca novel ini ye.
4. Saya mengesyorkan anda beli novel ini kerana novel ini sangatlah best. Bahagian yang paling saya suka pabila munculnya Syafizi. Apa yang terjadi ye? Kalau nak tahu apa yang membuatkan saya suka saat Syafizi muncul, silalah beli novel ini ye. Novel ini memang terhangat di pasaran sekarang.
Harga: RM 16.00 / RM RM19.00
ISBN-13: 978-983-3586-20-2
Tarikh Terbit: 2 Nov 2007
Jumlah Muka Surat : 128
Penerbit:PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Sinopsis :
Wanita sering dilabel sebagai kaum yang lemah tetapi anda dapat berjaya mencapai apa yang diinginkan apa-bila belajar mengurus diri, mengurus masa, percaya dan yakin yang kuat pada potensi diri sendiri. Buku ini ditulis dengan huraian beberapa rahsia yang dapat anda terokai melalui buku ini.
Review Buku :
1. Buku ini khas untuk wanita yang bekerjaya ataupun kepada wanita yang baru mahu menginjak ke alam pekerjaan.
2. Mempunyai tips-tips dan rahsia untuk menjadi seorang wanita bekerjaya yang berjaya.
3. Sebagai motivasi kepada semua golongan wanita supaya sentiasa yakin pada diri sendiri ketika bekerja.
4. Mempunyai kata-kata peransang kepada diri supaya tidak menjadi lemah supaya dapat bersaing dengan golongan lelaki yang bekerja.
3 sweet comments:
wahmcm best je buku akhrnya aku kahwin...tp nmpk teballh pulak
sakura,wlupn tebal tapi tetap best :)
wkmsalam.hi alin.yeah sy tau,sy pn skrg tgh BW blog ni
Post a Comment