Assalamualaikum w.b.t.
''Tips Bodek Orang Klik Nuffnang Kita dan Dapat Duit Free''.
Amboi, $_$ mata korang semua ye bila sebut pasal duit. Maklumlah, semua orang suka duit, terutamanya duit yang free-free sahaja masuk dalam akaun kita..hehe. Saya tak ada pengalaman sangat hendak kongsi idea ini, sebab tahun ini saya baru sahaja mendaftarkan diri ke akaun Nuffnang. Budak baru belajar katakan. Tapi, saya akan cuba kongsi idea ini walaupun duit dalam akaun Nuffnang saya masih sedikit lagi.
Berikut adalah cara yang pernah saya buat:
1. Mula-mula, mestilah ada akaun Nuffnang dahulu. Sila daftar Nuffnang ye.
(Kalau tak tahu website Nuffnang, sila klik iklan Nuffnang yang ada dalam blog ini.)
2. Selepas daftar Nuffnang, pergilah bodek Nuffnang. Maksud saya, tanyalah soalan kat Nuffnang. Mesti Nuffnang akan jawab! Kalau tak percaya, pergilah cuba..nyiahaha.
(Tips : Tanya soalan yang menguji Nuffnang sampai diorang cepat-cepat hendak jawab)
3. Bila korang sudah copy dan paste link iklan Nuffnang dalam blog, korang cubalah buat orang lain tergoda dengan tajuk iklan Nuffnang korang sampai diorang hendak klik link itu..
ha, tajuknya apa? Tak kisah apa-apa, buatlah ikut kreativiti korang ye.
4. Entry blog mestilah BEST! Kalau tak best,macamna hendak tarik minat blogger luar datang kat blog korang. Bak kata Nuffnang, semakin ramai pelawat blog korang, semakin tinggi income korang.
5. Rajin-rajinlah komen blog orang. Janganlah bila sudah baca entry orang, tiba-tiba buat sombong kat tuan empunya blog itu. Tak baik tau.. T_T
6. Cuba 'promote blog' dalam bahasa Melayu 'promosi blog' korang kat mana-mana laman web atau blog orang yang popular okay. Dengan kata lain, asal korang masuk blog orang lain, pergilah promosi link blog korang. Ini cara yang paling cepat bagi sesiapa yang malas hendak buat entry banyak-banyak.. opss bukan saya yang ajar, orang lain yang ajar okay.
7. Pergi cakap kat kawan-kawan blogger korang macamni. ''Saya klik Nuffnang awak,awak klik Nuffnang saya"..huahuahua ini idea paling jahat daripada saya dan cara yang paling berkesan untuk korang dapat duit banyak-banyak. Kalau korang hendak saya buat macamni kat korang, sila bagitahu saya okay. (pssttt jangan bagitahu Nuffnang okay..nyiahaha)
8. Walaupun Nuffnang bayar mengikut cara-cara yang mereka sudah bagitahu, janganlah sesekali korang menduakan Nuffnang. Jangan bagi Nuffnang merajuk ye sayang. Buatlah Nuffnang jatuh cinta kat blog korang. Ini adalah taktik yang saya rasa berkesanlah kot hendak bodek Nuffnang ini. Sebab, kadang-kadang saya tengok kebanyakan blog suka pasang iklan lebih daripada satu. Bagi saya, pasang iklan banyak-banyak ini boleh buat orang pening kepala tengok blog korang. Kalau tak percaya, tepuk dada tanyalah hati.
9. Kalau korang suka kan aktiviti luar, korang bolehlah sertai komuniti Nuffnang. Tapi, saya tak terlebih rajin hendak jadi komuniti Nuffnang ini. Maklumlah dengan aktiviti harian saya sebagai seorang pelajar terlalu sibuk, jadi saya tak ada masa hendak melibatkan diri dalam semua ini.
10. Sabar itu separuh daripada iman. Kalau korang tak bersabar dengan Nuffnang ini, PLEASE REMOVE YOUR NUFFNANG ACCOUNT. Untuk pengetahuan korang semua, NUFFNANG bukan hendak bagi korang kaya, tetapi diorang cuma hendak tolong pendapatan korang sahaja. Kalau ada yang mengeluh dan hendak kaya dengan NUFFNANG ini, saya pesan awal-awal, tak payahlah buang masa korang semua daftar akaun NUFFNANG ini. Nanti, korang juga yang bising. Ini bukan saya yang cakap, tapi saya tengok sebilangan blogger yang ada sikap sedemikian rupa sampai kutuk NUFFNANG lagi itu. Kesian NUFFNANG. Harap NUFFNANG sabar ye.. Peace for NUFFNANG SAYANG! ^_^
Itu sahaja tips yang dapat dikongsi bersama.
Harap maaf jika ada terkasar bahasa dalam entry ini.
Yang baik datang daripada Allah, manakala yang buruk datang daripada saya sendiri.
Diakhiri dengan lafaz, Assalamualaikum.
4 sweet comments:
nnt solehan klik la nuff akak ye. ;)
betul leh caya ker ni.. Bukan apa. Byk skrg ni yg menipu jer.. sory, hehe
betul ker leh caya ni.. al maklum la skrg ni kan byk yg menipu jer.. maaf, nak bertanya jer.. klu betul awk dah dapat hasil, alhamdulillah la 2..
oke....sy klik nuffnang awak...awak klik nuffnang saya....hehee .. :)
Post a Comment