Lazada Malaysia

Friday, March 14, 2014

Home » » Tutorial : Daftar, Upload Lagu & Download Lagu 4shared.com

Tutorial : Daftar, Upload Lagu & Download Lagu 4shared.com

Assalamualaikum.

Sejak-sejak ini saya selalu share lagu yang saya upload sendiri ke dalam akaun 4shared. Kawan-kawan asyik tanya saya bagaimana nak ambil lagu dari akaun 4shared saya ini. Sebenarnya mudah sangat nak download lagu guna 4shared, dari dulu sehingga sekarang saya adalah pengguna setia 4shared. Kepada sesiapa yang masih tidak tahu bagaimana untuk mendaftar akaun 4shared, upload lagu ke dalam akaun 4shared dan download lagu dari akaun 4shared, boleh ikut tutorial ini ye. Sesiapa yang tidak paham dengan tutorial ini, boleh tanya saya.

Daftar Akaun 4shared

1. Buka link 4shared.

2. Korang akan dapati seperti gambar di bawah ketika ingin mendaftar. Korang boleh pilih salah satu pendaftaran yang diinginkan.


3. Setelah proses pendaftaran selesai, log in akaun seperti biasa. Selesai sudah daftar.


Upload Lagu Ke Dalam Akaun 4shared

1. Setelah log in akaun 4shared, klik pada nama akaun 4shared korang. Sebagai contoh, nama akaun 4shared saya ialah Solehah Shamsuddin. Klik pada nama akaun korang.


2. Selepas itu, korang akan dapati ruangan seperti gambar di atas. Klik "Muat naik" dan tunggu sehingga proses upload lagu ke dalam akaun 4shared selesai.

Download Lagu Dari Akaun 4shared

1. Taip tajuk lagu & nama artis di dalam kotak search "Carian Fail". Contoh : Ainan Tasneem-Aku Suka Dia.

2. Korang akan dapati pelbagai hasil carian yang dicari. Klik pada nama artis dan lagu yang dikehendaki. Sebagai contoh, gambar yang ditunjukkan di bawah ini. Klik pada "Ainan Tasneem - Aku Suka Dia.mp3"


3. Contoh : Klik SINI. Jika ingin download lagu ini, klik pada "Muat turun" seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.


4. Kemudian, klik pada "MUAT TURUN PERCUMA". Tunggu sehingga download selesai. Download ini adalah automatik. Mudahkan caranya? Apa lagi, jomlah daftar 4shared.

1 sweet comments:

dya nasir said...

dya dah pernah buat acc 4shared ni tpi bila nk log in xblh..